Menu Ramadhan 2017 di Alanna's Kitchen, Pandan Indah



Alanna's Kitchen, Pandan Indah | Kalau melihat kepada nama, kedai ni mungkin menjadi tanda tanya...kedai jual apakah? Tapi...kalau korang penah baca beberapa entry review Sally sebelum ni...mesti korang dah tau antara menu-menu yang ada kat sini...

Entri berkaitan:
Makan di Alanna's Kitchen, Pandan Indah
Weekend date dengan ibu di Alanna's Kitchen
Wafer sedap daripada Alanna's Kitchen
Menu terbaru Alanna's Kitchen, Pandan Indah - 2017

Alanna's Kitchen agak terkenal dengan menu makanan Arab dan yang istimewanya bahan-bahan perapan semuanya dibawa khas daripada Timur Tengah dan jangan terkejut, sebab semua bahan-bahan disediakan segar setiap hari.


Menu Ramadhan 2017 di Alanna's Kitchen, Pandan Indah

Bercakap pasal Ramadhan, kalau korang terasa nak makan makanan Arab, Sally suggest korang makan kat sini...sebabnya makan nasi dia sahaja pun boleh bertambah tau...bukan takat makan dengan lauk-lauk dia...and most recommended, Arabic Lamb Mandy!


Macam yang korang tengok...menu ni bukannya menu baru yang ada di Alanna's Kitchen..tapi yang ni kiranya special la untuk Ramadhan...sebabnya kalau korang beli mana-mana menu Arabic Food, korang akan dapat free kurma, kuih (samosa/popiah) dan soft drinks. Macam dalam gambar tuu...Korang boleh tengok ada portion untuk 2 orang dan portion untuk 4 orang, ikut kehendak korang laa..Harga pulak takde beza, contohnya kalau korang pilih Arabic Chicken Mandy + Arabic Lamb Mandy, harga dia RM11.90 + RM19.90.


PERINGATAN!!
Kalau korang nak datang berbuka kat sini, dan nak makan makanan Arab...Sally sarankan korang call dan buat tempahan sebelum datang...sebab selalunya kat sini mmg akan full house masa berbuka puasa...dan selalunya menu makanan Arab mmg selalu habis! hahahaha


Kalau korang teringin nak makan makanan yg manis-manis, nak makan kek nak makan wafel, atau just nak datang berbuka puasa untuk makan makanan Arab, Barat, Melayu...boleh la ke kat Alanna's Kitchen...Tempat dia selesa, makanan portion besar dan yang paling penting sekali...sedap gila oii!

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134
Facebook | Instagram

Post a Comment

3 Comments

  1. Ramai blogger yg rmbuat review pasal Alana kitchen ni, mesti best kan.. So memang wajib kene try ni

    ReplyDelete
  2. besornya portion sepinggan. ni kalau makan mmng kena share 2 orang xD

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!