[Review] Pengalaman Bercuti 3H2M di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands.

Review GEO Resort & Hotel, Genting Highlands | Mencari tempat percutian yang agak dekat dengan Kuala Lumpur sememangnya menjadi rutin penduduk di Lembah Klang dan sekitarnya sebab lebih mudah akses dan tak perlu pandu terlalu jauh. Salah satu lokasi semestinya Genting Highlands, salah satu sebab kerana faktor cuaca yang lebih sejuk di Genting Highlands berbanding di Lembah Klang.



Macam netizen yang lainnya, Sally pun tak lepaskan peluang untuk bercuti selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditarik dan Kebenaran Untuk Rentas Negeri diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang sudah lengkap 2 dos vaksin Covid-19.



Percutian 3H2M Sally mengambil masa kurang daripada sejam sahaja daripada rumah. Takde la penat sangat kan. Sally naik kereta dengan beberapa orang rakan, tapi kalau nak naik bas daripada TBS pun boleh, hanya RM10 je. Jangan risau jarak terminal ke GEO Resort & Hotel hanya kira-kira 3km, sampai je boleh booking Grab terus ke hotel.

Sama juga jika korang teringin nak ke Genting Highlands Premium Outlets (GHPO). Tarikan utama GEO Resort & Hotel (GEO) selain daripada kedudukannya yang berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur, ianya juga sangat terkenal sebagai sebuah hotel yang lengkap dengan fasiliti, makanan yang sedap dan juga pemandangan yang cantik menghadap ke puncak Genting Highlands.



Untuk percutian kali ini, Sally memang gunakan sebaiknya masa di hotel. Cuba semua fasiliti yang ada, makan tengahari, minum petang semua dekat hotel, sambil menghayati cuaca dan udara yang nyaman. Sejuk dan jauh daripada hiruk pikuk bandaraya.

SENARAI PENGINAPAN YANG ADA DI GEO RESORT & HOTEL, GENTING HIGHLANDS

Di GEO, ada 4 jenis penginapan yang boleh kita pilih, salah satunya ialah Superior Room, macam bilik yang Sally pilih. Pilihan yang lain ada antaranya:

PREMIER SUITE
Premier Suite didatangkan dengan katil bersaiz Super King dan bilik mandi moden yang lebih besar dan tab mandi. Bilik ini dilengkapi dengan sofa berkembar, meja kopi tambahan dan televisyen pintar definisi tinggi 55 inci yang besar.

FAMILY SUITE
Jujur kata, ikut hati nak tempah bilik yang ini sebab terpikat dengan Queen Bed yg ada tangga tu, tapi bilik yang ini memang sangat besar tau, ada katil bersaiz Super King yang luas dengan katil dua tingkat bersaiz Queen, dan meja tulis yang serba lengkap bersebelahan dengan tingkap besar. Sesuai sangat untuk yg datang dengan kawan-kawan atau keluarga.

DELUXE ROOM
Yang membezakan Deluxe Room dengan Superior adalah kemudahan moden dan bilik pancuran mandian berasingan.

SUPERIOR ROOM

 

Superior Room merupakan bilik standard, kita boleh request untuk katil Super King atau katil Super Single. Bilik ini dilengkapi dengan meja, kerusi kulit dan balkoni. Bilik mandi pula ada bilik kaca pancuran mandian tertutup yang berasingan.

Kalau korang tanya, salah satu benda yang paling suka tentang GEO mestilah BANTAL dia! Kalau korang nak tau, semua bantal dekat GEO Resort & Hotel ditempah khas tau. Dia punya selesa tu sampai tahap nak bangkit dari katil pun rasa macam kena gam je, TERLALU SELESA!



Toiletries pun lengkap, tuala, mesin kopi, kopi dan teh, seterika dan papan seterika dan juga televisyen ada tersedia dalam bilik, pendek kata kalau datang sehelai sepinggang pun tak risau la. Penimbang berat pun ada tau, kot la tiba-tiba risau berat naik makan tak ingat dunia bila hujung minggu.

GEO Resort & Hotel juga terletak di kawasan yang kita boleh kata macam pekan kecil, jadi takkan ada masalah sebab ada KK Mart, 99 Speedmart, 7-Eleven, Watsons, stesen minyak Petron dan pelbagai jenis kedai makan ada, Starbucks pun ada!

TEMPAT MAKAN DAN RUANG ISTIRAHAT


Macam yang Sally share pada awal tadi, Sally memang manfaatkan sehabis masa dekat dalam hotel, jadi sempat la juga cuba menu minum petang, makan tengahari, makan malam dan semestinya sarapan pagi la kan.

Afternoon Tea at Glas Haus

Glas Haus merupakan ruang istirahat yang berada di tingkat paling atas GEO Resort & Hotel. Dikelilingi tingkap kaca, ruang di atas ini hanya di buka untuk Afternoon Tea sahaja buat sementara waktu.



Dah naik tempat sejuk, mesti la kena feeling lebih ada teatime, sambil tgk awan kepuk-kepuk berjalan. Three-tier Stand Afternoon Tea at Glas Haus ni mmg best, sbb kaya dgn pilihan teh yg menarik. Rambang mata nak pilih teh yang mana nak minum dulu.

Wajib cuba Geo's Scone (ada Jam & Butter), karipap, dan pelbagai jenis menu sweet and savoury...Sally jamin semua sedap 😍 Afternoon Tea at Glas Haus tersedia setiap hari dari jam 2.00 - 6.00pm, harga pula hanya RM98-nett untuk 2 orang.



Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam di CABANA

Cabana merupakan restoran makan sepanjang hari berkonsepkan kontemporari. Disini kita akan dapat rasai pelbagai pilihan bufet yang mewah untuk sarapan pagi, dan nikmati menu a-la-carte makan tengah hari dan makan malam, pilih sama ada hidangan timur atau barat, semua ada.



Kolam renang GEO Resort & Hotel juga terletak di sebelah Cabana, dan kawasan ini juga boleh disewa untuk acara seperti sambutan hari jadi. Masa Sally makan tengahari dekat sini pun ada orang yang sewa kawasan kolam renang untuk sambutan "Baby Shower Party", jangan risau pasal makanan sebab boleh tempah sekali dengan Cabana.

Sarapan Pagi


Menu bufet sarapan pagi dekat sini memang mewah, ada pelbagai jenis makanan, daripada timur ke barat. Salah satu tarikan dekat sini ialah bahagian roti canai, sebab memang dibuat depan mata, siap terbang-terbang la. Jangan lupa order ROTI SARANG BURUNG tau, special daripada Chef!





Makan Tengahari

Makan Tengahari, Sally pilih untuk makan dekat Cabana lagi, nampak tak punya gigih malas nak keluar. Untuk tengahari hanya ada menu a-la-carte sahaja, jadi boleh la pilih pelbagai jenis menu, menu barat ada, nak selera timur pun ada.

Sally dengan kawan-kawan order beberapa menu Barat macam Fettucine Seafood Aglio Olio, Spicy Marinara, Peri Peri Chicken, Masala Chicken Pizza, Margherita Pizza dan Nasi Goreng Padang, yang mana antara menu best seller dekat Cabana.



By the way, kalau korang ada ruang untuk pencuci mulut, WAJIB cuba tau Ais Krim Nasi Lemak, aiskrim kelapa dihidangkan dengan sambal, telur, kacang, timun dan ikan bilis. Bunyi macam pelik kan tapi percaya la lepas makan mesti akan rasa nak lagi especially sambal dia tu!



Makan Malam

Dah cuaca sejuk, hujan lebat pula, malam tu Sally teringin nak makan steamboat. Punya la teruja bila tau dekat Cabana pun ada steamboat. Sup dia ada 2, boleh pilih nak Tom Yam atau Original...Awal tu memang tawar, lepas dah masuk segala bahan dalam tu, terus jadi sedap!



Harga steamboat dikira ikut berapa pax, minimum kena 2 pax, RM90/pax. Walaupun bukan konsep bufet, tapi jujur ya, apa yang dihidangkan pun dah memang banyak dan lebih dari cukup. Bayangkan portion semua ni kami makan seramai 10 orang.



Secara keseluruhan, Sally memang puas hati dengan GEO, kawasan cantik, bilik luas dan lengkap, makanan sedap (yang ini kena tekankan) HAHAHAHA sebab Sally memang mostly makan dekat hotel, jadi memang rasa seronok la percutian kali ini.

Average rate satu malam bermula dari RM350 untuk harga bilik, tapi worth it! Insya-Allah akan repeat lagi kalau tiba-tiba rasa nak shopping dekat GHPO...Hahahaha...Nampak sangat dah ada niat nak datang balik!

GEO RESORT & HOTEL
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Phone: +603-9213 0838
Fax: +603-9213 0828
Email: inquiry@georesort.my
Website: www.georesort.my

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!