Menu terbaru Alanna's Kitchen, Pandan Indah - 2017

12:34:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Alanna's Kitchen, Pandan Indah | Yeay! Review restoran favorite Sally lagi....Sepanjang tahun lepas, Sally mmg agak kerap jugak la makan kat sini...selain daripada sebab environment dia, Sally mmg suka gila la dengan semua makanan kat sini...oo...lagipun Sally mana pernah tak suka makan! Haha!

Makan di Alanna's Kitchen, Pandan Indah
Weekend date dengan ibu di Alanna's Kitchen
Wafer sedap daripada Alanna's Kitchen

So, sempena tahun 2017 ni...Alanna's Kitchen nak memperkenalkan beberapa menu baru yang ada dikedai mereka... Walaupun baru je setahun bertapak, tapi menu yang ada kat sini semuanya sedap!

Awalnya Alanna's ni mmg terkenal dengan hidangan makanan Arab dan fusion laa...Semua bahan rempah dibawa terus daripada sana...So, nak memantapkan lagi menu makanan Arab dia, mesti kena ada kambing! Hahahaha...


Arabic Lamb Mandy + Rice (RM 18.90) *Free Drinks

Portion dia just nice...perapan pada kambing tu mmg marvelous la kan...Sally suka dengan kombinasi dia...Nasi dia agak kering tapi bila makan dengan sambal tu, salad sayuran tu..just nice laa...


Beef Stew + Mandy Rice (RM 17.90)

Kalau peminat daging kena la cuba..sedap ooo...makan masa panas...kalau tgh demam ke, selsema ke, hujan ke...sure senyum je lepas tu!


Seafood Carbonara (RM 17.90) *Free Drinks

Carbonara kat sini mmg one of a kind laa...selalunya kalau Carbonara kita susah nak habiskan kan? Selalunya sebab muak laa...tapi Sally mmg suka Carbonara kat sini...dalam kata lain Sally obses..LOL

Kalau dulu selalu makan carbonara yang basic je...sekarang ni dah ada seafood pulak..haihhh...makin kerap la Sally datang nanti..hihihi


Grilled Sambal Fish (Sea bass) + Rice (RM13.90) *Free Drinks

Sambal dia sedap...tapi pedas..I mean GILA PUNYA PEDAS! hahahaha...Style masakan ni macam nyonya punya sambal...ada cili..ada lada hitam...fuhhh...bila makan tu berpeluh jugak laa...Complete set jugak sebab ada bendi! 😋

Selain daripada seabass (siakap), korang boleh juga pilih ikan kembung..


Shish Tawook Grilled Chicken + Rice (RM 12.90) *Free Drinks

Eh, boleh pulak skip satu menu Arab..hahaha..nampak tak Sally kalau makanan pun bias jugak..pilih yang mana gila sedap dulu..hahahaha...Shish Tawook Grilled Chicken ni lebih kurang sama dengan menu Grilled Chicken Mandy yang ada kat sini, tapi Shish Tawook Grilled Chicken hanya menggunakan dada ayam sahaja..So, jangan mengada nak pilih peha ke menda..sekeh kang!

Kalau tak nak makan nasi, korang boleh twist sikit...mintak Shish Tawook Chicken Wrap + Fries...Baru la Arab sikit kan makan kebab!



Bolognese Chicken Rice Ball (RM10.90)

Ini pun menu yang baru...mmg agak rare jugak la kan..hahahaha...selalunya kalau Bolognese kita makan dengan spaghetti, tapi kat Alanna's Kitchen, korang boleh makan nasi dengan kuah Bolognese!

Bebola ni besar tau...dan sesuai untuk mereka yang nakkan kelainan..

p/s : Pastikan makan masa panas...nanti cheese dia cair meleleh~~


Abalone & Scallop Porridge (RM28.90)

Pernah makan Abalone? Sally pernah makan tapi bukan yang fresh laa...selalu beli yang dalam tin je...kalau nak tau Abalone ni agak mahal tau...tapi kat sini korang boleh makan bubur Abalone dan Scallop...

Jangan risau sebab isi dia semuanya banyak...ada 2 Abalone bersaiz besar dan 6 Scallop! Untuk lebih istimewa lagi, bubur ni dimasak 9 jam untuk bagi rasa dia masuk dalam mulut korang tuu..huhuhu...dan jangan terkejut sebab hanya ada 4 PORTION SETIAP HARI!

Lepas dah makan semua menu kat atas ni...please..please...cuba wafer dorang...Wafer ni sedap ooo...pastu cakap nak garing sikit...baru syok!

Antara menu wafer dan aiskrim yang terbaru:


Single Waffle + 1 scoop Homemade Ice cream
Waffle + 2 scoops Homemade Ice cream
Waffle + Mix fruits + 2 scoops Homemade Ice cream

Pilihan aiskrim dia pulak korang boleh pilih Vanilla, Chocolate, Mango, Raspberry & Green Tea, semua wafer akan dihidangkan dengan sos coklat dan kepingan badam yang dibakar.

Kalau korang nak tau...resepi untuk buat wafer ni dibuat sendiri oleh Madam Kiew, even sos coklat dia pun dia buat sendiri...dengan kadar 60% pahit...perghhh..nampak tak...well, aiskrim pun harusnya buat sendiri jugak! hahahaha...senang kata everything daripada dapur dia laaa!

Kalau korang teringin nak makan makanan yg manis-manis, nak makan kek nak makan wafer, atau just nak dine-in untuk makan makanan Arab, Barat, Melayu...boleh la ke kat Alanna's Kitchen...

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134

You Might Also Like

4 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!