Saturday, September 15, 2018

Resipi Tteokbokki yang confirm jadi dan confirm sedap!!

1:36:00 PM 3 Comments

Tteokbokki | Kepada peminat K-Drama, KPOP dan peminat makanan Korea selalunya mesti teringin nak makan tteokbokki. Sally mmg suka jelajah kedai dengan menu makanan Korea yang ada kat KL. Salah satu menu yang akan Sally cuba bila kemana-mana kedai jual makanan Korea adalah tteokbokki. Even kat Seoul pun memang Sally suka cari kedai jual tteokbokki walaupun Sally bukannya suka sangat tapi entah kenapa suka sangat try sana sini.

Macam mana masakan Malaysia, walaupun dengan resipi yang sama, sukatan yang sama pun kadang-kadang rasa tetap berbeza. Same goes macam tteokbokki, walaupun sama je cara masaknya tapi lain-lain kedai mesti akan ada rasa yang berbeza.

All this time, Sally dah cuba banyak resipi nak buat tteokbokki..Macam-macam resipi la sampai rasanya lidah pun dah tak kenal rasa tteokbokki yang sebenar. Biasa la bila dah melayu yang masak, dari resipi Korea pun boleh hala ke tekak Melayu.


RESIPI TTEOKBOKKI (VERSI MELAYU) - Untuk 3-4 orang makan
BAHAN-BAHAN
5-6 biji telur puyuh (direbus) - Sally suka guna telur puyuh sebab comel-comel
Fishcake, Fucuk, Daun Bawang
Rice cake (anggaran satu pinggan) - buat sendiri (LINK) atau beli yg frozen

**Resipi untuk buat rice cake dekat link tu guna tepung beras Korea, dan kalau nak buat sendiri pastikan menggunakan beras Korea, jangan guna tepung beras yang Siam tu. Teksturnya lain.

**Kalau nak resipi mudah boleh guna 1 cawan tepung pulut, ½ cawan air dengan sedikit garam. Larutkan garam dalam air dan adun supaya jadi doh. Kukus atau rebus, tapi jangan sampai terlalu lembik.


SOS
3-4 ulas bawang putih (cincang halus)
3 sudu besar Gochujang (Korean Chili Paste)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar tomato
2 sudu teh gula perang
1½ sudu besar minyak bijan
½ sudu besar Gochugaru (Korean Chili Powder)
½ cawan air stok ikan bilis
Garam secukup rasa
Bijan (Untuk hiasan)

CARA-CARA MASAK
  1. Rebus rice cake sampai masak.
  2. Dalam periuk atau kuali, masukkan semua bahan kecuali garam dan bijan. Kalau suka boleh masukkan bawang Holland utk lebih manis
  3. Kacau rata, kalau rasa macam gochujang tu dah cukup masin, tak payah masukkan garam lagi.
  4. Dah agak masak, masukkan rice cake, Fishcake, Fucuk, Daun Bawang, gaul sampai sebati.
  5. Tutup api, masukkan dalam pinggan dan tabur bijan sebagai hiasan.

Thursday, September 13, 2018

[Air-Fryer] Resipi Chicken Wing Sedap (versi SPICY!)

8:45:00 PM 14 Comments

Sejak-sejak ada air-fyer...memang keja nak buat ujikaji dengan resipi...Biasanya Sally suka masak ayam dengan air-fryer...Sally suka outcome ayam yang masak penuh dan tiada kerak-kerak hangus yang melampau tu...Selain daripada tu, kalau guna air-fryer ayam tak terlalu kering (kalau kena dengan masa dan suhu yang betul)

RESIPI CHICKEN WING SEDAP & MUDAH (VERSI PEDAS)
BAHAN-BAHAN:
  • 10 ketul kepak ayam
  • 1 labu Bawang Putih
  • 2cm Halia
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • 3 sudu besar Kicap Manis
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 3 sudu besar Madu
  • 3 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu besar Serbuk Lada Hitam 
  • 2 sudu besar Serbuk Paprika/Serbuk Cili
  • Gula & Garam (secukup rasa)
  • Serbuk Rosemary (optional)

CARA-CARANYA:
  1. Tumbuk sehingga lumat bawang putih dan halia
  2. Bersihkan ayam dan keringkan air (jangan terlalu basah)
  3. Campur semua bahan, perasakan dengan gula dan garam. Kalau rasa dah cukup manis dengan madu tak perlu masukkan gula
  4. Perap ayam dalam adunan tadi dalam sejam, lebih lama lagi baik. Tabur serbuk Rosemary.
  5. Bakar dalam air-fryer guna suhu 180°c 20minit (Kalau nak gelap sikit boleh tambah masa)

Wednesday, September 12, 2018

WURST KL : Good food & cool places to eat in KL!

9:17:00 AM 12 Comments



WURST KL; restoran wajib cuba di Kuala Lumpur | KL ni penuh dengan restoran. WURST baru je beroperasi selama 3 bulan dan yang best sekali restoran ni ada di dalam MOV Hotel di area Bukit Bintang. Gila senang nak cari kan?

WURST merupakan sebuah deli (delicatessen) dikatakan sebagai sebuah kedai yang mana selalunya menjual makanan sejuk contohnya macam keju, salad, dan kadang-kadang memasak makanan. WURST terkenal sebagai sebuah deli moden yang pakar dalam pembuatan sosej, bebola daging, pasta dan macam-macam lagi!



Kalau korang ke sini, jangan lupa cuba #wurstslidebestslide! Haaa...yang ini yang paling Sally suka...tak payah nak tunggu lif, tak payah nak penat turun tangga, korang boleh slide je dengan gelongsor yang ada daripada lobi ke terus ke WURST! Sepantas kilat sampai..haha



WURST merupakan first deli di Malaysia yang mempunyai gelongsor bersaiz dewasa daripada lobi terus ke basement (restoran). Yang best sekali walaupun dorang taraf deli tapi masakan dia semua superb. Salute to Chef Logan yang kreatif dalam food pairing.

MENU TERBARU DI WURST KL


SALMOREJO SOUP

Salmorejo ini dikategorikan sebagai puree atau pun sup la. Selalunya dihidangkan sejuk tapi untuk WURST mereka hidangkan panas. Tau jela rakyat Malaysia kan kalau cakap pasal sup je mesti nak kena panas.

Salmorejo di WURST menggunakan tomato momotaro dan bahan-bahan lain termasuklah telur dan cebisan itik salai. Sedap gila tapi Sally tetap prefer dalam keadaan sejuk daripada panas...tapi dua-dua sedap juga.


HUMMUS & GUACAMOLE

The best starter! Crispy flat bread tu makan macam nachos pun ye jugak. Tak cukup satu pinggan weh! Hummus dia tak terlalu creamy, sedang-sedang sedap je. Biasanya makan hummus di kedai makanan Arab, tapi kat WURST pun ada kalau korang teringin.


ANGUS BEEF MEATBALLS

Sally memang suka gila dengan meatballs ni. Jangan lupa eh semua bebola daging di WURST semuanya dibuat sendiri oleh Chef Logan tau. Bayangkan bebola daging yang padat dan mampat dengan isi, di hidangkan dengan tomato passata, paneer cheese & sweetcorn bread.


HAGGIS

WURST juga satu-satunya deli di Malaysia yang serve Haggis yang asli. Haggis merupakan makanan kebanggaan negara Scotland yang mengandungi campuran organ dalaman kambing (kadang-kadang guna haiwan lain) dijadikan dalam bentuk puding. Awalnya macam tak berapa kena dengan selera tapi bila makan terus tak boleh nak berhenti.


AGLIO-OLIO


Basically ini aglio olio laa...Hahaha...Pasta tu dibuat sendiri oleh chef dan kalau korang perasan pasta ini di hidangkan dalam pot. Bak kata chef, rakyat Malaysia ni suka kamera makan dulu sebelum tuan dia jadinya dia hidangkan dalam pot supaya tahan panas lebih lama.

Sotong, kepah, kupang dan udang..semuanya mmg segar dan kalau nak rasa pedas boleh la makan dengan cili padi kering tuu....sedappp wehhh...terdiam rasa lepas makan sebekas. Haha


LAMB CHOP - SOUS VIDE (24 HOURS)


Untuk peminat kambing, yang ini memang untuk korang. Kambing dia dimasak dengan kaedah sous vide, yang mana cara memasak dengan meletakkan daging di dalam vaccum seal bag dan dimasak dalam masa yang lama. Biasanya guna kaedah water bath atau stim dalam masa yang lama. Macam yang ada di WURST, di masak dalam masa 12 jam. Selain itu ianya dihidangkan dengan sundried tomatoes, feta crumbs, kentang rebus & sos espagnole.


WURST SAUSAGE PLATTER
5 types of handmade sausages, Wagyu sirloin 200gm (marble score 4, wet aged), two salads, sweetcorn bread and three sauces.


Macam yang Sally asyik cakap dengan korang, WURST mempunyai kepakaran dalam membuat sosej, bebola daging serta pasta mereka sendiri. Macam apa yang ada dalam WURST Sausage Platter ini, chef hidangkan 5 jenis sosej. Favorite Sally, sosej ikan salmon dan sosej Chicken Green Curry! Dalam ni pun ada sweetcorn bread dan daging Wagyu. Kira memang complete la platter ni!


CANOLLI’S

Untuk pencuci mulut ada Canolli's. Canolli's merupakan sejenis mousse (menggunakan coklat Nutella) dan dihidangkan dengan buah-buahan. Tak cukup satu set boleh mintak aiskrim pulak..hahaha..


LOGGY'S NOIR DU BLANC

Loggy's Noir du Blanc ini tgh trending tau di Instagram, siap ada official hashtag #loggytime lagi..Sally suka gila dengan honey comb caramel tu...rasa dia macam makan madu tapi bentuk crispy. Semua combination ni buat kita nak jilat sampai habis pinggan kayu ni. Adoi laa... Walaupun tgh hujan sekarang Sally masih lagi boleh rasa sedapnya aiskrim ni kat mulut! Haha!

Restoran ini berstatus pork-free. Kalau korang mencari tempat yang ada kelainan dalam menu dan dimasak dengan penuh kreativiti, WURST KL la tempat yang paling sesuai. Selain daripada makanan yang ada, korang boleh main gelongsor jugak! Hehe

WURST KL (inside MOV Hotel, Bukit Bintang)
No 43, Mov Hotel, Level B1, Jalan Berangan, 50200 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Facebook : www.facebook.com/wurstkl
Instagram : www.instagram.com/wurst.kl
Phone no : +603 2781 9801

Monday, September 10, 2018

Produk penjagaan bibir dan kulit dengan Pure Beaute'.

7:31:00 PM 9 Comments

Selain daripada menjaga badan, kita selalu ambil berat tentang wajah..tapi biasanya lebih kepada kulit muka dan jarang la teringat kepada penjagaan bibir. So, bila dah terleka tu mula la bibir merekah la apa la...Sally pulak bukannya jenis yang menjaga sangat tapi kadang tu bila dah merekah terus rasa tak selesa!


Lapisan bibir sangat nipis dan sensitif kepada cahaya matahari, bahan kimia, dan juga bahan-bahan lain yang mungkin terdapat dalam makanan atau minuman. Jadinya kalau mencari lipbalm atau lipstick, pastikan yang tiada terlalu banyak plumbum.

Selain daripada menjaga kebersihan gigi dan mulut, tabiat menjilat bibir juga perlu dielakkan kerana air liur mengandungi enzim pencernaan yang boleh merosakkan lapisan bibir dan membuatkannya menjadi lebih kering.

Selain daripada minum air supaya kekal hidrat, sebenarnya ada cara lebih baik lagi untuk kekalkan kelembapan bibir iaitu menggunakan balm dan skrub sekali sekala.

HONEY LIP SCRUB & HONEY LIP BALM


Sally gunakan lip scrub daripada Pure Beaute'. Produk ini menggunakan 100% barang natural dan memang tidak ada terkandung bahan kimia dalam ni. Nak guna pun mudah sangat, cuba basahkan bibir sikit dan sapu lip scrub di bibir. Gosok lembut dalam 2-3 minit dan bilas dengan air bersih atau lap menggunakan tisu basah. Korang boleh rasa bibir jadi lembut dan takde rekahan.


Untuk tambahkan kesan nya, gunakan sekali Honey Lipbalm. Suka gila bau lipbalm ni sebab bau bubblegum..rasa nak kunyah pun ada..hahaha..Lip balm ini mmg 100% homemade tanpa bahan kimia yang terlarang. Kalau korang nak tau banyak kebaikkan kalau korang amalkan guna lipbalm antaranya:

đź’„Merawat kulit bibir yang kering dan merekah
đź’„Melembutkan dan melembapkan kulit bibir
đź’„Mencerahkan kulit bibir yang gelap dan kusam
đź’„Mencantikkan bibir sebab bibir akan nampak pink semulajadi

Di dalam lip balm keluaran Pure Beaute' ni terkandung:
đź’‹Shea Butter
đź’‹Castor oil
đź’‹Honey
đź’‹Bubblegum flavour
đź’‹Beeswax



Kandungan madu dalam lipbalm memberikan efek bibir kelihatan cerah dan kemerahan.

Mudah je kan? Sally selalu guna lipbalm bila nak pakai lipstick atau liptint. Selain daripada bagi sapuan yang sempurna, ianya juga dapat buatkan warna lipstick atau liptint akan tahan lebih lama dan kekal cantik.

THE COFFEE SCRUB

Selain daripada lip balm dan lip scrub, Pure Beaute' juga mempunyai coffee scrub. The Coffee Scrub keluaran mereka sangat bagus untuk menghilangkan sel kulit mati dan mencerahkan serta menghaluskan kulit.

Selain daripada itu, penggunaan skrub ini secara kerap boleh membantu mengurangkan selulit, membuang kulit-kulit kasar dan membantu proses detox iaitu pengeluaran racun dari bahagian dalam kulit ke permukaan.

Skrub yg diperbuat drpd biji kopi Arabica dan campuran vitamin A & C, 100% beraroma kopi dan bebas dari bahan kimia. Di dalamnya terkandung minyak Argan, cocoa butter, gula kasar, minyak zaitun, shea butter, minyak Jojoba dan ekstrak vanila.


Sally suka tekstur skrub kopi ni sebab tak terlalu kasar dan tak terlalu halus. Bila pakai lepas bilas tu rasa kulit lembut je...part putih ke cerah tu takde la kisah sangat janji daki-daki tu hilang dan bersih.

Kalau korang tgh mencari produk homemade dan berbaloi untuk dibeli, Sally cadangkan korang cuba la lip scrub, lip balm dan The Coffee Scrub daripada Pure Beaute'.

Harga Asal:-
đź’ťHoney Lipscrub : RM15
đź’ťHoney Lipbalm : RM20
đź’ťThe Coffee Scrub: RM28
➡Total : RM63 (Tidak termasuk postage)
PROMOSI HARGA JIMAT UTK 3 ITEMS DI ATAS: RM58 SAHAJA!!🔥

Cepat-cepat hubungi Pure Beaute' untuk dapatkan set korang sekarang.
WhatsApp: www.wasap.my/60149664721/purebeaute_hq
Instagram: @purebeaute_hq

Sunday, September 9, 2018

Min'z Sambal Hitam Pahang kini boleh didapati di Potboy Groceries!

9:52:00 PM 15 Comments

Min'z Sambal Hitam Pahang, Potboy Groceries | Awal bulan Julai lepas Sally ada berkongsi kisah pasal peruncit dalam talian yang dikenali sebagai Potboy Groceries. Potboy Groceries merupakan peruncit dalam talian yang berpengkalan di Lembah Klang dan menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian. Bayangkan beli satu barang pun Potboy akan hantarkan!


Min'z Sambal Hitam Pahang x Potboy Groceries

Siapa yang tak kenal dengan Sambal Hitam...lagi-lagi kalau cerita pasal Min'z Sambal Hitam Pahang. Produk keluaran Bumiputera yang menitikberatkan tentang resipi dan keaslian rasa sambal hitam. Min'z Sambal Hitam Pahang menggunakan resipi asli sambal hitam daripada Raub dan sedang berkembang dengan maju sekarang dan mula mendapat perhatian.

Sally berbesar hati betul dapat bersama-sama dengan team Potboy Groceries dan Min'z Sambal Hitam Pahang semasa mereka menjalankan FB Live Session di kedai Min'z Sambal Hitam Pahang yang terletak di Setia Alam.

Pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh pemilik produk, Kak Min yang juga merupakan seorang blogger yang semakin meningkat naik. Selalunya kalau cerita pasal Sambal Hitam Pahang, orang ingat mestilah makan dengan nasi, tapi jangan tak tau, ada macam-macam resipi yang korang boleh buat dengan Min'z Sambal Hitam Pahang!

FB Live Session bersama Potboy Groceries



Beberapa rakan blogger turut bersama dengan Sally untuk merasa sendiri keenakkan sambal hitam dengan resipi asli ini..Bayangkan la bukan main banyak lagi kita boleh buat dengan sambal hitam..makan bubur nasi, buat bebola nasi/pulut dengan inti sambal hitam, goreng sayur dan semestinya dengan sedikit twist menu barat, spaghetti aglio olio perisa sambal hitam!

Tengok la bersemangat sungguh blogger Afzal Sukasuki makan...sedap sangat la gamaknya! hahaha..


Variasi Min'z Sambal Hitam Pahang

Min'z Sambal Hitam Pahang terdiri daripada 3 variasi;

Sambal Hitam Pahang - Ikan Bilis Kering
Sambal hitam pahang yang bertekstur seakan serunding.
Harga : RM15 sebotol

Sambal Hitam Pahang - Ikan Bilis Basah
Sambal hitam pahang versi original seperti masakan ibu di rumah.
Harga : RM15 sebotol

Sambal Hitam Pahang - Ikan Talang
Sambal hitam pahang yang menggunakan isi ikan talang jeruk yang berkualiti tinggi.
Harga : RM20 sebotol

Produk ini adalah produk yang sedia dimakan (RTE) dan sangat sesuai la untuk pelajar yang tinggal di asrama, ibu-ibu yang tak sempat nak masak, mereka yang kerap travel dan semestinya sesuai untuk seisi keluarga tak kira bangsa.



Kalau Sally suka makan dengan bihun goreng, ataupun kalau sambal hitam ikan bilis kering dengan bubur nasi...dan semestinya la makan dengan roti atau campur dalam sandwich kegemaran Sally...semuanya sedap wehhh! hahaha. Kalau selalu goreng buat kangkung goreng belacan, cuba la sekali buat kangkung goreng sambal hitam pahang ikan talang. Lagi terangkat!

Apa yang Sally suka sangat sebab sambal hitam mereka didatangkan tanpa pengawet dan tahan lama sebab dimasak hampir 12 jam. Sambal mereka tiada perisa tambahan seperti kicap dan asam jawa dan menggunakan belimbing buluh yang direbus menggunakan kayu api.

Kepada korang yang teringin nak rasa dan nak dapatkan produk Min'z Sambal Hitam Pahang, boleh la buat belian di Potboy Groceries (link) atau boleh walk-in ke kedai mereka atau boleh hubungi mereka terus untuk urusan penghantaran.

Min'z Sambal Hitam Pahang
Alamat: No 106-G, Jalan Setia Permai BS U13/BS, Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam
Facebook : Min'z Sambal Hitam Pahang
Instagram : @minz_sambal_hitam
No telefon : www.wasap.my/60146667772

Friday, September 7, 2018

Vietnamese Spring Roll, menu yg sihat dan sedap!

8:27:00 AM 11 Comments


Vietnamese Spring Roll, rasanya ramai yang dah pernah makan...menu ni bukannya menu baru yang ada kat Malaysia ni...tau jela rakyat Malaysia...asal ade menu yang viral di negara orang, mesti akan sampai kat Malaysia.

Sally memang dah lama teringin nak buat Vietnamese Spring Roll, tapi biasa laa..terkenangkan harga udang yang mahal terus la lupakan hasrat...tapi dah lama tu terasa nak makan jugak buat jugak la minggu lepas...kebetulan dah ada crab stick, sayuran dengan udang kecik..jadilah daripada takde kan...

Sos tu pun Sally buat sendiri..campur-campur je beberapa bahan...asalkan jadi..kalau korang malas nak buat sos tu boleh je pakai sos cili Thai ke kan...sedap jugak..Sally ni memang sejenis suka makan sayur, walaupun ada beberapa jenis sayur Sally tak suka makan. Bila dapat buat Vietnamese Spring Roll, abang Sally yang liat nak makan sayur tu pun boleh habis 3-4 ketul sekali hadap..haha

Korang pernah ke makan Vietnamese Spring Roll?