10 street food yang kita boleh cuba di Korea - Muslim choice!

11:11:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Peminat drama Korea, secara tak langsung akan mula nak makan makanan Korea...tapi tak semua makanan Korea kita boleh makan...lagi-lagi kalau kita memang berada di bumi Korea...Daripada pemerhatian Sally, ada beberapa makanan yang dijual dijalanan yang kita boleh makan...

Korang boleh baca entri Sally yang lepas [Travelogue Korea : Street foods in Seoul] & [Late Night Food in South Korea :)] untuk beberapa makanan yang pernah Sally cuba makan semasa Sally ke Korea dulu...payah betul nak survive bila kita berjalan budget..hihihi...So, mmg Sally takde la makan kat kedai...

Hotteok



Basically, hotteok ni merupakan roti yang digoreng dan dalam dia ada inti madu..Ada sesetengah peniaga guna sirup gula bagi menggantikan madu...tapi rasanya masih sama je...Selalunya hotteok ni dijual semasa musim sejuk sebab dia lebih sedap makan masa panas.

Bungeoppang



Yang ni antara makanan yang Sally banyak beli masa kat Seoul..hahahaha...sebabnya ahjumma yang jual bungeoppang ni ada dekat dengan kawasan Guest House...yang lagi membuatkan Sally selalu beli kat dia sebab setiap kali pergi je benda tu tgh panas-panas lagi...fuhh! Syok makan masa autumn! Bungeoppang ni sebenarnya sama je masa makanan Jepun, Taiyaki...dalam dia ada inti kacang merah..

Kalau nak best lagi...cari yang served dengan aiskrim Vanilla...hihi

Tteokbokki / Rabokki



Ini kalau tak tau..memang tipu sangat..hihi..Tteokbokki ni mmg snek yang utama di Korea...kebanyakkan rakyat dorang masih jugak makan Tteokbokki walaupun mereka tak suka pedas...Tteokbokki ni bahan utama dia rice cake, fish cake, dan gochujang...tapi Sally suggest korang cari yang agak nampak meyakinkan sikit la yer...sebab ada sesetengah rice cake tu sendiri mempunyai wain dalam kandungan dia..

Rabokki pula sama je macam Tteokbokki tapi ada campuran ramen dalam tu...lebih banyak dan lebih kenyang!

Eomuk / Odeng



Eomuk atau Odeng ni sebenarnya kepingan "fish cake" yang direndam dalam sup kosong...selalunya banyak dijual semasa musim autumn atau winter...Ada yang tak berani makan sebab takut dengan kandungan sup dia...Jadinya kalau nak pilih eomuk/odeng, pilih yang takde campuran bahan lain dalam tuu...dan elakkan kedai yang ada menjual "sausage" atau "sundae"...

Gyeranppang



Gyeranppang ni basically hanya telur dan roti...Kalau Sally, masih yakin la untuk makan...tapi kalau korang tak yakin...jangan makan ye..Bentuk dia orang putih panggil round-rectangle..hahahaha..bujur ke eh..? Bujur laaa..hahahaha

Hodugwaja



Hodugwaja is a type of Korean cookie from Cheonan, South Korea. It is made by putting in a mixture of pounded walnuts with red bean paste in dough and baking..Jujur kata Sally tak pernah nampak lagi yang ni..Nanti kalau Sally ke Korea lagi sekali...Sally carikan untuk kenalkan kat korang...

Twigim / Tempura



Masa makan Twigim/Tempura ni...Sally pergi kat kedai yang vegetarian..hihi...sebab takut jugak nak beli benda-benda yang bergoreng...tak tau minyak dia daripada apa kan...Sally hanya akan beli twigim yang seafood macam udang, sotong dan jugak sweet potato..yang lain belum yakin!

Bbokki



Korean sweet made from sugar and baking soda..Rasanya korang pernah je tengok dalam drama kan...selalunya benda ni dorang buat masa camping..hihihi...sedap jugak!

Kkultarae



Kkultarae is a type of Korean dessert made with honey and maltose, as well as various fillings..Kalau ke Myeongdong, akan ada seorang lelaki yang muka dia macam Afdlin Shauki..hahahaha...dia pandai jugak bahasa Malaysia...korang boleh beli Kkultarae dengan dia...kedai dia ada dekat area shoplot yang jual barangan KPOP..atau kalau nak tengok oppa yang jual, boleh pergi kat Insadong..hihi

Masa g Korea, Sally tak beli pun sebab tak cukup duit masa tu...tapi dapat rasa yang kawan travel Sally beli...hihihi...sedap jugak...sekali makan macam makan sagun pun yer..

Mayak Gimbap / Samgak-Gimbap



Mayak Gimbap adalah gimbap versi mini...selalunya inti dia lebih kepada sayuran dan jugak kimchi...Samgak Gimbap pula banyak dijual di convenient store...Samgak-Gimbap berbentuk segitiga..Sally rasa sepanjang masa kat Korea, benda ni yang paling banyak Sally makan...sebab dia berunsurkan nasi...jadinya lebih kenyang...

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang kita boleh makan...mungkin tidak la diklasifikasikan sebagai halal..tapi masih lagi boleh dimakan jika yakin dengan bahan-bahan yang digunakan...contohnya macam makanan laut yang dipanggang atau dikeringkan, buah-buahan..kentang bakar...

Banyak...tapi sebagai Muslim...carilah makanan yang kita yakin..sebabnya makanan tu akan menjadi darah daging kita...tapi kalau nak selamat lagi...bawak la makanan sendiri..hihi...

You Might Also Like

10 comments:

  1. dulu time pegi korea tk dapat pun makan street foods :( nmpk sedap2 okot! next time kalau pegikorea nak makan smua ni! terutama fish cake dgn gimbap!

    ReplyDelete
  2. Info menarik nih.. Mana tahu satu hari nanti akk nk ke korea kan..

    ReplyDelete
  3. Moga Sha dapat laaa sampai Korea one fine day nanti.. teringinnnn walaupun takde laa obses sangat dengan korea... cuma... makanan depa sha suka :)

    ReplyDelete
  4. wah teringin nak makan ni...semoga suatu hari tercapai

    ReplyDelete
  5. semua nmpk mnyelerakan.. bestnya kalau dpt p sana..

    ReplyDelete
  6. telan air liur tgk tapi kalau akak pegi sana mau tak makan kot...kekekeke..akak ni susah nak try benda baru...huhuu..teruk skit akak nie

    ReplyDelete
  7. Banyak lagi yang tak pernah rasa ni. Huhi :D

    ReplyDelete
  8. Adeh, salah timing masuk sini. Terus rasa nak mengunyah :)

    ReplyDelete
  9. sedap semua. boleh gemuk gi korea

    ReplyDelete
  10. Saya memang dari dulu sampai sekarang nak cuba yang empat pertama tu.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!