Late Night Food in South Korea :)

12:00:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments

Huhuhu...hari ni kita cerita pasal snek yang ada kat Korea pulak ek..hehehe...Korea Selatan sebagai contoh, bukan sahaja cukup terkenal dengan artis dorang macam CNBLUE..hehehe, malah negara itu juga cukup terkenal dengan senarai makanan yang sesuai pada waktu tengah malam hingga ke awal pagi!omputih panggil supper...tau tak sape..? supper laa..hahaha...



RAMYEON

Ramyeon adalah mee segera khas Korea Selatan dan sangat popular di kalangan masyarakatnya. Sama seperti masyarakat Malaysia yang menggemari mee segera jenama Maggi, ramyeon merupakan makanan wajib ada di setiap dapur orang Korea. Penyediannya mudah sahaja di mana setelah diletakkan air panas ke dalamnya, hanya perlu tambahkan telur, kimchi, keju atau daun bawang. Memang menyelerakan dimakan panas-panas! kalau susah sangat nak cari ramyeon...makan je Maggi Kari Aaron Aziz tu..hehe



TTEOKBOKKI

Tteokbokki adalah snek ringan popular yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan di Korea Selatan. Ia adalah sajian yang terdiri daripada potongan kek beras, daging, telur, dan juga taburan bijan. Tteokbokki mempunyai variasi rasa yang pelbagai seperti rasa pedas manis, daging lembu, dan pedas berapi.

RABBEOKKI

Hidangan yang sama seperti tteokbokki dengan tambahan ramyeon di dalamnya (tengok atas)



BIBIMBAP

Bibimbap merupakan makanan tradisi yang terkenal di Korea Selatan. Bibimbap adalah sejenis hidangan yang terdiri daripada semangkuk nasi putih panas yang dilcampurkan di atasnya kimchi, sayuran jeruk masin dan pes lada hitam. Sebagai tambahan, boleh juga dicampurkan sekali telur mentah atau telur goreng dan kepingan daging lembu. Selepas itu, semua hidangan bibimbap itu dikacau sebati sebelum dimakan. Bibimbap boleh dihidangkan sama ada sejuk atau panas. Tetapi jika bibimbap yang di ambil sebagai hidangan tengah malam, ia lebih ringkas. Selalunya masyarakat Korea Selatan menyediakan bibimbap dengan mencampurkan apa sahaja jenis sayuran yang mereka temui di dalam peti sejuk ke dalam periuk nasi yang mengandungi lebihan nasi yang di masak. Mereka akan campurkan juga minyak wijen atau gochujang dan dikacau sebati.



GOGUMA / SWEET POTATO

goguma adalah sejenis makanan yang banyak dijual di gerai-gerai jalanan di Korea Selatan. Ia amat digemari untuk dimakan sebagai late night snack terutama sekali ketika cuaca yang sejuk. goguma merupakan sejenis kentang panggang yang manis dan jika dinikmati panas-panas dalam cuaca malam yang dingin. Ia membantu menghangatkan lagi suhu badan.



HOPPANG

Sama seperti goguma, hoppang juga snek ringan yang sangat digemari dan banyak dijual di gerai-gerai jalanan. Ia memiliki isi yang pelbagai sebagai intinya. Inti hoppang terdiri daripada sayur-sayuran, kacang merah, daging, 'toping' pizza dan lain-lain. Kebanyakan peniaga hoppang gemar berniaga berdekatan stesyen keretapi bawah tanah. Lebih kurang macam kuih pau laa...
 
Banyak kan...sebab dorang kat sana tgh malam pun masih lagi bekerja...ada certain pasar yang bukak hanya pada tgh malam...so, bukak kedai makan kat sana mmg berbaloi...tapi makanan dorang laa...makanan kita takde motif..muahahaha...

You Might Also Like

9 comments:

  1. kak liya suka semua nya.. especially toboki n bibimbap tu ^_^

    ReplyDelete
  2. didiey suka goguma..eh???tetiba teringat goguma couple..hikhik!!!!

    ramyeon tu slalu nmpk kt supermarket. halal x ea??nk try je ble tgk

    ReplyDelete
  3. yg no 2 tu macam yong taufu la sally

    ReplyDelete
  4. wah ramen tuh sedap .. tapi Ieka lebih suka tengok dorang makan kimbap .. tapi makanan dekat atas tu nampak macam sedap jew

    ReplyDelete
  5. sweet potato tu mcm sedap laaaa ayoooo mummy sally tolong buatttkannnn nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hihihihi

    ReplyDelete
  6. ramyun nie mcm maggi jugak. bibimbap nampak sedap. teringin nak rasa. haha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!