Travelogue Taiwan - Green Green Grassland / Cing Jing Farm


Last entry : Sun Moon Lake

Perjalanan ke Green Green Grassland atau turut dikenali sebagai Cing Jing Farm mengambil masa yang agak lama...Sama macam masa nak ke Sun Moon Lake...Cing Jing Farm ni terkenal sebab keluasan padang hijau dia dan yang paling penting sebab kat sini ada banyak kuda dan jugak kambing biri-biri...

Sama seperti nak ke Sun Moon Lake, Sally ambik bas daripada Taichung dengan membeli tour bus ke sini...kalau tak silap Sally kena dalam NT$600 (RM85)...Pada Sally mmg agak mahal...tapi daripada nak terpinga-pinga sebab tak tau nak naik bas ape, nak balik macam mana...baik beli aje tour...senang kerja...

Ladang ni terletak diatas bukit...Jadinya kat sini mmg agak sejuk...hihihi...jap ehhh...Sally kasi korang tgk kawasan dia...









Teringat masa kat sini...Sally rasa hanya ada 3 orang je yang berhijab...ramai gila yang pandang Sally, Kak Nadia & Kak Huda macam alien...hahahaha...yang best sekali jumpa dengan Singaporean couple, Chinese...dia pun terkejut nampak kitorang...Dia kata sangat salute kat kami yang mampu sampai ke sini walaupun sepatah haram mandarin tak paham....and thank you also to the couple because they helped us to have the fresh big pear and persimmon there...They were extremely sweet!

Teringat masa nak masuk sini...penjaga tiket dia dok puji hijab kita ni cantik...dia dok tanya apa yang kita pakai tuu...dok belek lah sampai puas...So, meaning that maybe sangat sedikit masyarakat Islam ataupun mereka yang berhijab ke sini...Mmg tak dinafikan, Taiwan mmg negara warga cina khususnya...Kalau tidak, takkan la sampai dalam flight ada kami bertiga je yang bertudung..hahahaha...







Kalau korang ingat dalam entri Taichung Park, Sally ada bagitau yang Taiwan ni mmg bandar yang romantik...kat setiap pelusuk negara ni ada je tanda cinta di...kat sini pun sama...Sempat jugak la naik ke puncak ladang ni..hihihi...







Puas bergambar...rehat la sekejap kat bawah pokok...makan roti...buat alas perut...sebab agak penat eh sebenarnya naik 499 anak tangga nak sampai ke puncak ni...Nasib baik la kawasan dia cantik...mmg tak perasan pun naik tangga sebanyak tuu...hahahaha...

Korang nak tau tak?

Sally mmg suka sangat ambik gambar dalam kawasan yang besar...lagi-lagi padang...hihihi...kalau nak letak seluruh gambar photoshoot Sally...mau jadi album gambar haaa...hahahaha...Jadinya Sally letak la beberapa keping untuk kongsi dengan korang...





Kalau kat Malaysia, kita ada Kundasang...kat Taiwan ada Cing Jing Farm la yang boleh disamakan dengan New Zealand...Kalau korang naik kereta sendiri, mungkin boleh la keluar dekat exit kedua yang ada kat puncak...tapi kalau korang naik bas...sila lah gagahkan kaki untuk turun balik ke entrance tadi...hahahaha...Sally pilih untuk jalan di bukit tu...sebab nak tgk kawasan ni dengan lebih luas lagi...

Personally, I do feel that the Cing Jing Farm is well-worth a visit, especially if you're a nature lover. Be sure to have your camera ready to capture some breathtaking pictures and be amazed by its amazing landscape....

*Abaikan jerawat tuu! hahahaha



www.cingjing.gov.tw

Post a Comment

3 Comments

  1. wah bestnyaaa dapat travel huhu

    ReplyDelete
  2. Comelnya baa baa sheep tuh! Bukan main lagi Sally main guling2 ye :)

    ReplyDelete
  3. Comelnya binatang-binatangnya. Wajib pergi ni kalau saya pergi Taiwan satu hari nanti.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!