Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold, Membawa Misi Melahirkan 100 Orang Jutawan QASEH dan 1,000 Usahawan Baru.

Selepas hampir dua tahun berdepan dengan fasa pandemik, Qaseh Health Resources (QHR), sebuah syarikat dibawah naungan Ana Global Ventures, buat julung kalinya meneruskan acara penganugerahan tahunan kepada stokis dan agen yang telah mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019 - 2021 di sebuah majlis eksklusif; Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold.

Menurut Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Puan Hasniza Hassan, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru 2022 ialah melahirkan 1000 orang usahawan baru dengan minima pendapatan RM2,000 sebulan dan melahirkan 100 orang jutawan Qaseh Gold dalam tempoh 3 tahun (2024).



“Apa yang terdetik di hati saya, bagaimana saya sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas, supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia." - Puan Hasniza Hassan

Baca lanjut: Qaseh Gold; Minuman Botani Berasaskan Kurma.

Jelasnya lagi, sebagai permulaan beliau akan mengadakan sesi latihan khas untuk leaders dan team. Fokus sesi latihan ini adalah untuk membina fokus daya berfikir, kepimpinan, jualan dan pemasaran termasuk pemasaran menggunakan media sosial dan penjenamaan peribadi serta pemilihan dan pembinaan sistem agen yang lebih kukuh, supaya dapat mencapai misi utama syarikat.



Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Suffian Amrin turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.

Sebanyak 8 anugerah utama dengan meraikan 117 penerima anugerah pada malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold. Berikut merupakan senarai anugerah yang diraikan:

ANUGERAH QASEH WELLNESS ADVISOR
Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menyertai Qaseh Wellness Advisory Program (QWAP), iaitu sebuah program anjuran pihak HQ bersama Pakar Pemakanan dan Nutrisi Kumpulan Ana Global Ventures, Coach Surainee Wahab.



ANUGERAH OVERSEA STUDY KRABI
Anugerah ini ditawarkan kepada mereka yang layak untuk bersama-sama menikmati percutian ke Krabi yang telah digantikan dengan hadiah wang tunai bernilai RM1000 untuk setiap pemenang disebabkan pandemik yang melanda negara.



ANUGERAH PRESIDENT
Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM16,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH ACHIEVERS
Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM8000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP SELLERS

Anugerah ini diberikan kepada Ejen yang telah berjaya meraih jualan tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PP (Pengurus Pemasaran)
Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah)
Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPN (Pengurus Pemasaran Negeri)
Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.



QHR juga mengalu-alukan penyertaan Stokis dan Ejen bagi menyertai misi melahirkan 1000 usahawan dengan pendapatan minima RM2000 sebulan pada tahun 2022 dan 100 jutawan Qaseh Gold menjelang tahun 2024. Maklumat lanjut boleh hubungi saudari Aqila pada talian 019-3388297.



Post a Comment

2 Comments

  1. Yay! dapat berjumpa korang kat situ

    ReplyDelete
  2. Menarik. Ada peluang untuk sesiapa yang nak tambah pendapatan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!