Apa boleh buat dekat Bukit Merah Laketown Resort?


Kalau cakap pasal Bukit Merah Laketown Resort, mungkin ada yang dah biasa pergi dan ada jugak yang tak tau...walaupun mereka dah hampir 21 tahun bertapak di Malaysia tapi mereka masih releven sebagai tempat percutian sekeluarga mahupun aktiviti team building.

Tapi kan, apa yang boleh kita buat dekat Bukit Merah Laketown Resort?

Laketown Hotel / Kampung Air Water Chalets



Kalau korang ada masa, Sally suggest korang bermalam dekat Laketown Hotel atau Kampung Air Water Chalets. Sebabnya ada banyak aktiviti boleh dilakukan sepanjang ada kat sini tau... Kampung Air Water Chalets sesuai kalau korang datang dengan keluarga, kalau dengan kawan-kawan pulak boleh pilih Laketown Hotel.



Ada 4 jenis suite yang boleh dipilih untuk Kampung Air Water Chalets; Seri Teratai, Rajawali, Seri Lembayung dan Cenderawasih. Sally suka Kampung Air sebab boleh tengok alam semulajadi dengan dekat...berdiri kat balkoni dah boleh nampak tasik yg terbentang luas. hmmm. rindunya!

Untuk Laketown Hotel pulak korang boleh pilih daripada 4 jenis jugak; ada Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite dan Kelisa Emas Suite. Ikut kesesuaian kapasiti korang la...ikut berapa ramai...hehehe



Laketown Waterpark

Untuk tengok tarikan terbaru yang ada di Laketown Waterpark, korang boleh baca entry ni (3 Tarikan Terbaru di Laketown Waterpark)



Laketown Ecopark

Berkeluasan 3 ekar, kat sini terbahgai kepada 3 bahagian; Nature Trail, Reptile Park dan Tropical Trek. Kita boleh tgk haiwan dari dekat...Selain daripada tu korang boleh jugak cuba Skycycle...walaupun kayuh guna tangan sejauh 200m, tapi kita boleh la tengok haiwan daripada atas...gittew~







Kat sini juga ada 3 ekor ikan Arapaima tau, ikan air tawar terbesar...fuhhh...kalau korang tengok dia makan, sedut je...takde nak kunyah-kunyah dah...So, kalau datang Bukit Merah pastikan sampai ke Laketown Ecopark!

Laketown Adventure Park
Kat sini mainly untuk group booking (+605-890 8888) sahaja, korang boleh explore:

Adult Practice Course
Kids Practice Course
Zipmania
Jacob’s Ladder
Canopy Walk
Burma Bridge

Laketown Recreation Park

Ini part yang paling Sally suka...sebab kat sini ada pelbagai jenis aktiviti antaranya kayak, memanah, memancing, Lake Cruise, Water Confidence dan banyak lagi la senang kata...







Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk laman web rasmi Bukit Merah Laketown Resort (www.bukitmerahresort.com.my)

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!