Kulit Sally jenis combination, memang berminyak dan juga ada beberapa bahagian yang kering. Sally bukannya manusia yang suka menjaga muka. Haha.
Tapi bila SAFI DERMASAFE dilancarkan, terasa teruja nak tau tahap keberkesanannya sebabnya SAFI DERMASAFE dirumus supaya menjadi produk penjagaan wajah yang mesra kulit, bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi.

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit” yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan tiada ujian keatas haiwan.
Sally bersama beberapa orang rakan blogger di Majlis Pelancaran SAFI DERMASAFE sempat menyertai aktiviti membuat terrarium. Seronok juga walaupun nak dekat 2-3 dahan pokok kaktus tu Sally patahkan masa nak hias terrarium Sally..Haha!
BEAUTY CHIT CHAT BERSAMA SAFI SKIN EXPERTS #SAFISKINSTORY
Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI & Dr Usula Chong, Ketua Penyelidik
Tambahnya lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup.
Dr. Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan
Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr. Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
“Di antara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini.”
Tambah beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.”
Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my
terbaek :)
ReplyDeleteWah.. bestnya.. macam nak kena try ni.
ReplyDeleteBagusnya safi keluarkan produk untuk kulit sensitif.
ReplyDeletekalau sha beli ni taklain takbukan sebab packaging dia cantik!!!!!!!
ReplyDeleteWAH..menarik ni
ReplyDeletebagusla kalo focus untuk kulit sensitif..
ReplyDelete