Majlis Pelancaran SAFI DERMASAFE, produk sesuai utk kulit sensitif.


Pernah tak korang rasa kulit macam bermasalah, kulit sensitif?

Kulit Sally jenis combination, memang berminyak dan juga ada beberapa bahagian yang kering. Sally bukannya manusia yang suka menjaga muka. Haha.

Tapi bila SAFI DERMASAFE dilancarkan, terasa teruja nak tau tahap keberkesanannya sebabnya SAFI DERMASAFE dirumus supaya menjadi produk penjagaan wajah yang mesra kulit, bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi.



SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia; baru-baru ini telah melancarkan rangkaian inovasi kecantikan terbaharu, SAFI DERMASAFE. Ianya adalah hasil komitmen berterusan penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation); makmal produk HALAL terbesar di dunia.

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit” yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan tiada ujian keatas haiwan.


Sally bersama beberapa orang rakan blogger di Majlis Pelancaran SAFI DERMASAFE sempat menyertai aktiviti membuat terrarium. Seronok juga walaupun nak dekat 2-3 dahan pokok kaktus tu Sally patahkan masa nak hias terrarium Sally..Haha!

BEAUTY CHIT CHAT BERSAMA SAFI SKIN EXPERTS #SAFISKINSTORY


Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI & Dr Usula Chong, Ketua Penyelidik

“Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya Penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona.”

Tambahnya lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup.


Dr. Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr. Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

“Di antara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini.”

Tambah beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.



Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Pan Choi Yen, Puan Caryn Loh (Watsons), Encik Sriram Krishnamurthy (Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd) dan juga Puan Mahsuri Sulaiman

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my

Post a Comment

6 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!