Bercuti ke Ä“RYAbySURIA, Bentong.


Ä“RYAbySURIA | Diam tak diam dah hampir setahun Sally berkunjung ke Ä“RYAbySURIA, Bentong. Kali pertama dulu masa Majlis Penjenamaan Semula SURIA RESORTS & HOTEL dan juga nak memperkenalkan duta mereka; pelakon Saharul Ridzwan.

Baca juga : Duta terbaru Ä“RYAbySURIA; Saharul Ridzwan!

Penat memandu daripada KL - Bentong. Haha!

Nak dijadikan cerita, Sally dapat voucer percutian 3D2N di hotel yang sama setahun yang lepas, tapi dah nak dekat expired la baru menggelabah nak pergi tukar. Masi ni la baru nak tempah, tapi kalau dah short notice memang takkan la dapat untuk weekend, dengar kata sampai ke bulan Ogos dah penuh untuk weekend. Yela..ramai yang buat Hari Keluarga, meeting dan kursus dan macam-macam lagi.

Kebetulan masa ke Ä“RYAbySURIA untuk kali pertama, kami agak rapat jugak dengan one of the staff masa tu yang sekarang ni dah jadi General Manager untuk Ä“RYAbySURIA, Bentong..Jadinya dapat la jugak selit untuk weekdays dan alhamdulillah jugak sebab cousin Sally dapat cuti sama dengan tarikh yang kami tempah. Kami?

Iye, kami...Blogger Neyra Syazeyra & Farah Dafri pun ada sama..Hahahaha, ini semua jenis yang dah last minute baru nak redeem. Nasib baik juga la Sally ni tak bekerja buat sementara waktu, kalau tak...fuhhh...mau berpeluh nak fight date.

Nur Aqila & Ibu

Sepanjang 3D2N ni Sally rasa kerja Sally berendam dalam hot pool ni, makan, berendam dan repeat! Untuk korang yang tak tau, Ä“RYAbySURIA, Bentong terkenal dengan kolam air panas semulajadinya dan sebab lokasi dia yang paling hampir dengan Kuala Lumpur.

Kak Neyra takde bawa sesape, jadinya Sally jadi partner dia la..Ibu dan cousin Sally guna voucher Sally untuk dapat satu bilik. Sally saje request connected room, jadinya bukak je pintu tengah tu Sally dah boleh keluar masuk nak pergi dekat ibu dengan cousin. Tak payah nak ketuk pintu bagai.


Selain daripada Bentong, Ä“RYAbySURIA juga terdapat di Janda Baik, Johor, Cherating, Merang dan Kota London. Suria Resorts & Hotels di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd dah beroperasi selama 17 tahun, dan selama 17 tahun beroperasi di Malaysia dan juga di United Kingdom, Suria Resorts & Hotels dibantu oleh CYDASTUDIO International.

Hari kedua sempat jugak pergi ke Genting Highlands Premium Outlet, yang terletak 30 min je daripada Ä“RYAbySURIA, Bentong. Takde banyak benda pun nak cerita, tapi mmg happy la sebab dapat bawak ibu bercuti, walaupun dekat. Nak bawak g Korea tak mampu lagi nak tanggung dua kepala..hahaha



Kalau korang nak cari tempat beridah yang dekat dengan ibukota tapi masih ada elemen alam semulajadi tu, boleh la berkunjung ke Ä“RYAbySURIA, Bentong. Surely akan puas hati. InsyaAllah. Transformasi Ä“RYAbySURIA masih dalam fasa perubahan, jadinya masih ada beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki. Overall, Sally takde masalah dengan hotel ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Ä“RYAbySURIA, sila layari:
Website: www.suriaresorts.com
Facebook: www.facebook.com/ERYAbySuria
Instagram: www.instagram.com/ERYAbySuria

Post a Comment

6 Comments

  1. tak tau pon kewujudan tempat nih sally! sekarang baru tahu..Allahu sedihnya kita awk. haha

    ReplyDelete
  2. saya suka swim, bolehlah nanti menginap disini

    ReplyDelete
  3. Bestnya dia dapat cuti.. kita dapat tengok je wak..

    ReplyDelete
  4. amboi..amboi...seronoknya diaaa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!