Duta terbaru ERYA by Suria; Saharul Ridzwan!



Selamat datang!

Kalau macam ni punya handsome yang ajak ke sini...harus datang!
Hahahaha...macam ni la baru gaya duta untuk rangkaian SURIA RESORTS & HOTELS yang kini dikenali sebagai ERYA by Suria kan?

Suria Resorts & Hotels di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd dah beroperasi selama 17 tahun, dan selama 17 tahun beroperasi di Malaysia dan juga di United Kingdom, Suria Resorts & Hotels dibantu oleh CYDASTUDIO International.

Penjenamaan semula ini sejajar dengan visi 2050 kerajaan Malaysia dengan objektif mereka bagi memantapkan struktur organisasi, ideologi mereka selepas 17 tahun bertapak dalam dunia perhotelan. 'ERYA by Suria' sangat positif mengorak langkah bagi menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. Sejajar dengan globalisasi, mereka telah menggabungkan ciri-ciri "Green Hotel" kepada rangkaian hotel mereka.


Selain daripada tu, direktif enam segmentasi juga memfokuskan setiap perincian kepada semua lokasi ERYA by Suria di Merang, Cherating, Janda Baik, Bentong, Johor Bharu dan London. Enam segmentasi yang ditawarkan adalah ERYA LUXY, ERYA EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SYLO dan ERYA CAMP.

"Target market" lebih fokus dengan dwifungsi segmentasi ni...contohnya macam ERYA EXEC yang diwakili oleh ERYA by Suria Johor Bharu...memfokuskan mereka yang sering datang ke Johor Bharu, Kota Iskandar daripada Singapura untuk urusan perniagaan..Jadinya infrastruktur "Office On Go" dilaksanakan disini bagi melengkapkan sisi lengkap seorang eksekutif atau 'business traveler'.


Pemilihan Saharul Ridzwan pada Sally sangat tepat sebab beliau merupakan seorang artis yang mempunyai rating yang tinggi disamping menjadi selebriti yang sangat aktif di media sosial dan mempunyai pengikut yang ramai. Beliau juga merupakan Ikon Muslim Volunteer Malaysia, yang mana melengkapkan lagi strategi pemasaran ERYA by Suria.


ERYA by Suria ada dibeberapa lokasi di Malaysia dan juga London.
1. Erya By Suria Hot Spring Resort, Bentong
2. Erya By Suria Cherating
3. Erya By Suria Janda Baik
4. Erya By Suria Merang
5. Erya By Suria City Hotel, JB
6. The Royal Cambridge Hotel, London

Transformasi ERYA by Suria masa dalam fasa perubahan, diharapkan dengan suntikan dan penjanamaan mereka bakal memberi nafas baru kepada ERYA by Suria dan lebih maju kehadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang ERYA by Suria, sila layari:
Website: www.suriaresorts.com
Facebook: www.facebook.com/ERYAbySuria
Instagram: www.instagram.com/ERYAbySuria

Post a Comment

2 Comments

  1. First time dengar pasal Eyra nih padahal dah 17 tahun kot menapak.lepas nih lagi letop la dorang sbb ada duta helok haha.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!