Kempen Kedua PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals.


Kepelbagaian menu antarabangsa dibawa ke Malaysia menggunakan produk daripada Anchor Foods Professionals

Malaysia memang dikenali sebagai syurga makanan, tak hairanlah ramai pelancong sendiri datang ke Malaysia untuk menikmati makanan yang ada di sini. Kempen PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals kembali untuk musim yang kedua. Kempen kali ni mengetengahkan menu global sebagai rujukan. Kempen ni mempelbagaikan menu pizza untuk menjadi lebih menarik dan berbeza daripada pizza yang biasa.


Baca : Kempen PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals

Sabtu lepas, Sally follow PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals sempena kempen terbaru mereka, "Anchor Food Professionals Brings a Piece of Global Food Trends to Malaysia". Untuk kempen kali ni, ada 5 menu yang diketengahkan...dan semuanya berlainan daripada kempen yang pertama, harusnya lebih sedap dan lebih banyak cheese!


Sebanyak 18 outlet restoran yang akan terlibat kali ni di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak..Tak kisah la korang kaki makan atau bukan, kelainan dengan PizzArt mmg tak dapat nak elakkan..Dalam kempen ni, korang boleh cuba pizza yang diluar kebiasaan...antaranya PizzBurger, Deep Cheese Pizza, Pizza Roll, Ultimet Pizza dan Cheese Pretzza.

Kempen ini akan berjalan bermula Disember 2017 sehingga awal Jun 2018.

Resepi untuk semua pizza yang hebat ni menggunakan barang-barang yang bermutu tinggi keluaran Anchor Foods Professionals...antaranya Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Parmesan Shredded Cheese, Anchor Butter, Anchor Colby and Cheddar Cheese, Anchor Extra Yield Cooking Cream, dan Anchor Cream Cheese.

Untuk kempen kali ni..kami hanya terjah dua buah restoran di Lembah Kelang. Apa yang istimewanya, semua jenis pizza ni hanya boleh didapati di restoran yang mempunyai pizza oven dan kitchen crew yang berpengalaman dalam dunia kulinari.

Pizza House di Bandar Utama, Selangor


Cheese Pretzza

Yang ni merupakan pizza + pretzel..Jangan ingat pizza bentuk bulat je ok..hahaha..Cheese Pretza menggunakan produk Anchor Cream Cheese, Anchor Extra Yield Cooking Cream, Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Cheddar Cheese, semua bahan ni diletakkan didalam (stuffed) sebelum dibakar. Sedap kalau korang makan waktu panas-panas. Dalam dia ada inti yang sedap, sekali makan macam tuna.


Pizza Roll

Menu yang ni memang sesuai untuk korang yang tak sukakan menu yang berat, sesuai untuk breakfast dan juga untuk snek. Dalam ni produk Anchor yang digunakan ialah Anchor Shredded Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese dan Anchor Colby and Cheddar Cheese, dicampur dengan daging Masala dan bayam.

U Pizzeria di Subang, Selangor


Lupa nak cerita dengan korang, di awal penjelajahan kami kedua-dua buah restoran..kami kena paksa berlawan siapa yang makan paling banyak..hahaha..gambar kat atas ni masa rasa menu yang ketiga di restoran pizza; U Pizzeria.



PizzBurger

PizzBurger ni merupakan gabungan pizza dan juga burger. Ada sekeping patty ayam yang diperasakan dengan resipi rahsia dan digabungkan dengan Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby and Cheddar Cheese dan dibakar dengan light crust yang dibuat menggunakan Anchor Butter. Kalau korang nak tau, sekeping daging burger tu seberat 180g tau! Bayangkan berapa kenyang lepas makan?


Deep Cheese Pizza

Deep Cheese Pizza diinspirasikan daripada Chicago-authentic deep dish pizza, yang dilapiskan dengan gabungan Anchor Shredded Mozzarella Cheese dan Anchor Colby and Cheddar Cheese dan inti Putanesca. Deep Cheese Pizza tak dapat manrik perhatian Sally..mungkin juga sebab Sally tak dapat rasa pedas daripada menu ni..hehe


Seronok betul hadiri PizzArt kali ni sebab semua rakan blogger sangat memberikan kerjasama..Terima kasih kepada Ms Linda Tan, Pengarah Anchor Food Professionals Malaysia yang tak jemu melayan kereneh merepek kitorang. Thanks jugak untuk team Anchor dan owner restoran Pizza House & U Pizzeria.

Kalau korang nak cuba cuba kepelbagaian variasi pizza yang telah diolah, korang boleh kunjungi 18 outlet yang mengambil bahagian:

↪ U Pizzeria, Subang, Selangor
↪ Pizza House, Bandar Utama, Selangor
↪ Pizza 185, Bandar Puchong Jaya, Selangor
↪ Havana, Changkat, Bukit Bintang
↪ The Butcher’s Table, Petaling Jaya
↪ US Pizza, Bayan Lepas
↪ US Pizza, Georgetown
↪ Mustard Sandwich House, Ipoh
↪ Food & Desire, Ipoh
↪ Temasek Hotel Café (Portugese Settlement Hotel) di Ujong Pasir, Melaka
↪ Hungry Bear, Bukit Beruang, Melaka
↪ Finale Kitchen Bar, Segamat, Johor Bahru
↪ The Chubs Grill, Kota Kinabalu
↪ Mad Ben Café, Kota Kinabalu
↪ Osome Wood Fired Pizza, Kuching, Sarawak
↪ Chillax Café & Bistro, Miri, Sarawak
↪ Bistecca & Bistro, Sibu, Sarawak.

Korang juga boleh ke laman Facebook Anchor Dairy Malaysia untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

13 Comments

  1. Teringin nak buat.. Anchor ni byk jgk produk2 dia ye.. Deep pizza tu betul2 rasa terliur hehee.. Alaaa phg tak ada.. Kena gi kl la baru boleh merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak buat yg sama..kalau ade oven yg sesuai maybe boleh..heheh

      Delete
  2. Wahh menarik konsep pizza yang dbuat tu.. Selalu tengok pizza yg bulat jer hihihi..

    ReplyDelete
  3. ya allah sedapnye sis..dah la pose ni

    ReplyDelete
  4. Kita suka guna cheese anchor... Tp menarik ea... Boleh buat mcm2 jnis pizza...

    ReplyDelete
  5. Dapat pi dua2 restoran ke??amboih...best nya..Sini tak de la Sally..telan air liur je la..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...sebab nak cikidaut lain-lain pizza yg disediakan oleh lain-lain restoran :D

      Delete
  6. Menu ni sesuai untuk minum petang dgn makan malam. Jarang tengok pizza macam ni

    ReplyDelete
  7. Ingatkan berlawan siapa masak pizza lagi sedap, rupanya berlawan siapa yg makan lagi banyak. Hehe btw cheese pretzza tu nampak menarik.

    ReplyDelete
  8. Sedap tak sally? Tengok macam yummy jeee.. hehe

    ReplyDelete
  9. dapnyeee bile awak nak banjeee kite hehe..

    ReplyDelete
  10. TB baru je beli unsalted butter dari brand Anchor ni lah.. Anchor ni banyak dah produk dia.. TB nak try cheese dia ni plak.. mesti sedap kan buat pizza guna cheese Anchor.. adoi sedap pulak tengok gambar2 atas ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!