Kempen PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals

7:19:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments



Kempen PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals | Siapa yang tak suka dengan pizza kan? Sekarang ni zaman orang pelbagaikan pizza...Sabtu lepas, Sally follow PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals sempena kempen terbaru mereka, "PizzArt Trail with Anchor Foods Professionals".

Anchor Foods Professionals terkenal dengan produk tenusu mereka macam butter dan juga cheese dan food trail kali ni nak mengetengahkan pizza sebagai produk utama. Sebanyak 25 outlet restoran yang terlibat di Semenanjung dan Sabah Sarawak..Tak kisah la korang kaki makan atau tak, kelainan dengan PizzArt mmg tak dapat nak elakkan..Dalam kempen ni, korang boleh cuba pizza diluar kebiasaan...antaranya Flower Pizza (still in progress), Pizza Bombs, Adjaruli Khachapuri, Mini Muffin Pizza dan Pot Pie Pizza.

LINDA TAN - DIRECTOR, ANCHOR FOOD PROFESSIONALS MALAYSIA

Kempen ni akan bermula pertengahan bulan Mei sehingga bulan November 2017. Sepanjang kempen ni, korang boleh kumpulkan Fridge Magnet bentuk pizza ni kalau korang order "PizzArt"..Resepi untuk semua pizza yang hebat ni menggunakan barang-barang yang bermutu tinggi...antaranya Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Unsalted Butter, Anchor Colby Cheese, Anchor Cheddar Cheese, dan Mainland Edam Cheese.

Kempen PizzArt yang Sally ikuti haritu semuanya terletak di Lembah Klang, dan I must say..I love all the newly invented pizza..mmg superb semuanya..Lokasi pertama yang Sally kunjungi untuk PizzArt trail ni ialah MOVIDA Kitchen+Terrace, IOI Boulevard, Puchong.


TRIO PIZZA MUFFINS

Yang ni paling favorite pasa Sally la...Dalam trio yang sedap ni ada 3 jenis perisa yang berlainan tau..hehe...yela...kadang-kadang kalau kita beli sampai 3 perisa yang sama, maybe ada yang kena dengan selera dan ada yang kita tak suka..jadinya dalam trio ni korang boleh cuba 3 jenis perisa yang berlainan; Smoked Duck & Peach, Chicken Pepperoni & Jalapeño & Turkey Ham & Chives.

U PIZZERIA, SUBANG JAYA


U FORMAGGIO & POT PIE

Lokasi kedua untuk PizzArt trail kami berhenti kat U Pizzeria, Subang Jaya...Sally sebenarnya kali pertama tau yang ada wujudnya kedai ni tau..hehehe..Adjaruli Khachapuri, amboii sakan nama dia kan..hehehe..

Adjaruli Khachapuri juga dikenali sebagai Georgian Cheese Bread, merupakan sebuah hidangan yang kaya dengan doh roti, cheese dan telur...tapi macam yang dijual di U Pizzeria, takde telur dan ianya dinamakan sebagai U Formaggio (Say Cheese in English translation)..Kat sini juga ada Pot Pie..Pie tapi menggunakan doh pizza sebagai crust pie tuu..!


Last stop di MOVIDA Kitchen+Terrace, Sunway Giza! Alaaa...dah habis dah makanan kita! Hahahaha...Takpe..takpe...jom kita tengok apa yang special pula kat sini..hehehe..


PIZZA BOMBS

Menu terakhir ialah "Salted Egg Pizza Bombs"...Sally suka rasa dia...tapi Pizza Bombs kat Movida juga dah diolah sedikit...sebenarnya pizza bombs yang asal perlu dibakar, tapi di Movida korang boleh rasa pizza bombs yang digoreng...Tekstur dia lebih kepada macam karipap tapi lebih lembut dan lebih nipis daripada karipap.


Finally, tamat la PizzArt trail Sally dan rakan-rakan blogger yang lain di restoran yang mengambil bahagian..dan kalau korang nak cuba cuba kepelbagaian variasi pizza yang telah diolah, korang boleh ke Movida dan U Pizzeria di sekitar Lembah Klang, Movida dan U Pizzeria di Perak, US Pizza aan Lunarich di Penang, Sky Garden Resto Bar di Kedah, Movida di Melaka aan Johor, Ejohng Concept di Johor, The Chubs Grill dan Mad Ben Café di Sabah dan Chillax Café & Bistro, Coup De Grill dan Bistecca & Bistro di Sarawak.

Korang juga boleh ke laman Facebook Anchor Dairy Malaysia untuk maklumat lanjut dan sepanjang bulan Julai korang boleh menang banyak hadiah istimewa daripada Anchor Dairy Malaysia dengan menyertai contest yang akan dijalankan.

You Might Also Like

7 comments:

  1. awak makan cheese....ini tidak adil..hahaha

    ReplyDelete
  2. ermm sedap tengok gambar makanan tu..nasib baik dah raya..hihihi.. kalu tgk bulan puasa mau terliur ni..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  3. Adoiii la sally...awat lah gambar makanan tuh memgoda jiwa raga akak...nak nak yg cheeeeeseeeeebedebah tuh hah...hoiii mengugat keimanan seketul mimi aje nih

    ReplyDelete
  4. ya allah.. lemah semangat cneggini tngk makanan2

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!