KL SKY TOUR, teroka Kuala Lumpur dengan helikopter!


KL SKY TOUR, teroka Kuala Lumpur dengan helikopter | Ingat tak pasal entri terbang dengan helikopter keliling Kuala Lumpur yang pernah Sally share minggu lepas..? Ni Sally nak share dengan korang...Weh, mmg serius best naik heli keliling KL...bukannya selalu dapat peluang macam ni kan...lepas ni kalau orang tanya macam mana bentuk Berjaya Times Square daripada atas, boleh jawab weh! Hahahaha...


Majlis perasmian KL Sky Tour telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, YBhg. Dato' James dan juga YBhg. Dato Zakaria pada 25hb Ogos yang lepas...Memang terasa bertuah betul sebab dapat menjadi antara orang yang terawal naik helikopter dan jelajah Kuala Lumpur dalam melalui udara...Selalu kita pandang je kan kali ni dapat naik sendiri mmg terasa berbeza!

KL Sky Tour ni merupakan salah satu program yang telah dirangka oleh Cempaka Helicopters & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai promosi Malaysia dan juga memberi kelainan dan pilihan yang lebih untuk terokai Malaysia.


Haaa! Sally nak share dengan korang antara pakej yang ada untuk korang cuba dengan KL Sky Tour:

The KL Explorer - 6 minit (RM198/pax) - Landmark bandaraya Kuala Lumpur
The City Explorer - 15 minit (RM488/pax) - Kuala Lumpur termasuk Batu Caves, King’s Palace & bandaraya Kuala Lumpur.
The Jungle Escape - 30 minit (RM 960/pax) - Melihat sekitar hutan hujan tropika.
The Mountain View - 45 minit (RM 1,388/pax) - Pemandangan lebih 6,000 kaki untuk melihat bukit bukau, Genting Highland dan kawasan sekitar Kuala Lumpur

Setiap pakej datang dengan view yang berbeza...kalau nak tengok lebih daripada view KL, boleh join The Mountain View...tapi kalau nak jimat boleh je kalau nak ikut The KL Explorer, walaupun hanya 6 minit, korang boleh tengok macam-macam view di bandaraya Kuala Lumpur!



Fleet atau helikopter bawah Helikopter Cempaka yang beroperasi dengan KL Sky Tour ada dua pilihan, sama ada THE ROBINSON R44 (kapasiti penumpang seramai 3 orang) atau pun THE ROBINSON R66 TURBINE (kapasiti penumpang seramai 4 orang)...Jangan risau walaupun jauh kat atas langit tu masih ada air-cond dan yang penting sekali selesa dalam tu sebab luas!
 

 
Jangan lupa cuba tau! Memang ada kelainan!! :)

Untuk maklumat lanjut:
📞 019- 258 6818
💻 www.klskytour.com
📧 info@klskytour.com
📷 instagram.com/klskytour

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!