KL Sky Tour ni merupakan salah satu program yang telah dirangka oleh Cempaka Helicopters & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai promosi Malaysia dan juga memberi kelainan dan pilihan yang lebih untuk terokai Malaysia.
Haaa! Sally nak share dengan korang antara pakej yang ada untuk korang cuba dengan KL Sky Tour:
✅ The KL Explorer - 6 minit (RM198/pax) - Landmark bandaraya Kuala Lumpur
✅ The City Explorer - 15 minit (RM488/pax) - Kuala Lumpur termasuk Batu Caves, King’s Palace & bandaraya Kuala Lumpur.
✅ The Jungle Escape - 30 minit (RM 960/pax) - Melihat sekitar hutan hujan tropika.
✅ The Mountain View - 45 minit (RM 1,388/pax) - Pemandangan lebih 6,000 kaki untuk melihat bukit bukau, Genting Highland dan kawasan sekitar Kuala Lumpur
Setiap pakej datang dengan view yang berbeza...kalau nak tengok lebih daripada view KL, boleh join The Mountain View...tapi kalau nak jimat boleh je kalau nak ikut The KL Explorer, walaupun hanya 6 minit, korang boleh tengok macam-macam view di bandaraya Kuala Lumpur!
Fleet atau helikopter bawah Helikopter Cempaka yang beroperasi dengan KL Sky Tour ada dua pilihan, sama ada THE ROBINSON R44 (kapasiti penumpang seramai 3 orang) atau pun THE ROBINSON R66 TURBINE (kapasiti penumpang seramai 4 orang)...Jangan risau walaupun jauh kat atas langit tu masih ada air-cond dan yang penting sekali selesa dalam tu sebab luas!
Untuk maklumat lanjut:
📞 019- 258 6818
💻 www.klskytour.com
📧 info@klskytour.com
📷 instagram.com/klskytour
bestnyeeee.. tapi cik en gayat orangnya.. ahahha
ReplyDelete