Churros! Churros! Street Churros dari Korea!


Sebagai Duta Kecil Korea yang paling comel dan paling suka makan, Sally kena kongsi dengan korang satu lagi benda yang berkait dengan Korea...Believe me, when it comes to Korea, I will try to be the first to know..gittew~

Kalau before ni Sally ada cerita pasal 10 street food yang kita boleh cuba di Korea, tapi Sally sebenarnya lupa ada lagi satu street food yang boleh kita makan...Churros! Hahahaha...Walaupun churros bukanlah makanan yang berasal daripada Korea tapi churros masih lagi menjadi salah satu pilihan utama ketika musim sejuk dan musim luruh...


Kalau korang peminat Running Man, korang mesti ada perasan yang Street Churros ni ada dalam episod 310...Haaa..kalau korang tak perasan tu..pelik la kan...Sally pun nampak dalam episod tu baru la Sally ke kafe ni tau...

Macam yang korang semua tau, churros sangat la sedap kalau makan masa panas..Jadinya konsep kat kafe ni, order-buat-goreng-makan...As simple as that...Kalau korang nak tau, bahan-bahan yang digunakan semuanya dibawa daripada Korea...Jadinya kalau korang makan churros kat sini dan kat Korea, rasanya akan sama...Ok..ok...Sally tau korang macam dah malas nak baca Sally bebel kan..meh tengok antara menu churros yang ada kat sini...


Derhakanya Sally, Sally tak nak share dengan korang yg biasa punya dulu..hahahaha...sebab ni antara favorite Sally..'Filling-chu' ni merupakan churros yang mempunya inti kat tengah dia...macam yang korang nampak tu...itu perisa cream cheese...buat masa ni ada satu perasa ni je...lepas ni akan ada bluberi dengan coklat pulak...harga dia RM7.90 je satu...


Okay...dah boleh patah balik tengok churros yang original punya...Churros ni datang dengan 3 perasa, coklat, cinnamon dan cheese...Macam biasa la Sally punya favorite harusnya Cinnamon la kan...kalau korang rasa macam tak cukup dengan perasa yang ada...korang boleh beli additional dip dengan harga RM1.50...Ada Chocolate, Cream Cheese, Strawberry and Blueberry...Kalau beli churros sahaja, RM4.90.


Yang ini pulak kalau korang jenis suka sesuatu yang panas dimakan dengan aiskrim...'Ah-Chu' ni didatangkan dengan churros dan juga aiskrim vanila..toping dia korang boleh pilih sama ada nak Choco Choco, Choco Berry and Strawberry, atau pun boleh je ambik Plain Vanilla kalau korang nak...Harga bermula daripada RM7.90, mengikut perasa yang korang pilih....


Selain daripada churros, ada juga beberapa minuman yang korang boleh cuba sebagai pasangan kepada churros korang yang sedap tuu...antaranya ada Choco Latte, Green Tea Latte, dan Milk Tea Latte. Sally suka Green Tea Latte tu daripada banyak-banyak ni...


Pilihan air panas lain pun ada..ikut kepada selera korang...ada Americano jugak!


Kalau tak nak yang bersusu, boleh cuba Fresh Lemonade atau Passion Fruit Ade. Yang dalam gambar ni Passion Fruit. Ada campuran air berkarbonat sikit...

Buat masa ni hanya ada branch dia IOI Putrajaya sahaja, tapi ada 4-5 buah outlet lain akan dibuka selepas ni...Berkemungkinan di Berjaya Times Square, di area Damansara dan beberapa kawasan lain...So, keep your eyes open, the next branch might be around you!


STREET CHURROS
LG-66A, LOWER GROUND FLOOR
IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

IG : @STREETCHURROSMY
FB : STREETCHURROSMY

Post a Comment

12 Comments

  1. dulu akk penah try buat sendiri..
    sedap jugak tapi sedap sebab sendiri buat..sendiri makan..hahaha..
    nanti klu pegi ioi boleh la try :)

    ReplyDelete
  2. Nak terjah kafe nie jugak!! Nak menapak ke IOI yang buat malas tu. Tapi teringin nak rasa. Hee

    ReplyDelete
  3. teringin nak merasa kesedapan churros ni ... terutama yang dengan eksrem tu! ;)

    ReplyDelete
  4. Alaa....sedapnya...bila kala nk pi..xde cawangan kat MV ke sally?

    ReplyDelete
  5. Wahhh, kagum dgn yang ada filling tu. Besar ea churros nya?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. sedap churossssssssssssssssss

    ReplyDelete
  7. pernah buat sendiri tapi mungkin tak sesedap yang sally makan ni..macam menarik je yang ada filling tu..Akak suka churros dimakan panas2..

    ReplyDelete
  8. Sha lagi kesian sebab tak pernah makan Churros! Tengok gambar pun dah jelessss... Kenapa Ampang takde? Kalau Ampang ada memang meminta2 kat husband! Hhahaha! Cinnamon & cheese tu macam memanggil2 je, sayang pulak jauh..

    ReplyDelete
  9. sedapnya..nanti nak singgah juga

    ReplyDelete
  10. mlm2 tgk churros lg rs lpr blk haha..cpt2 la die buka cawangan kt kl plak

    ReplyDelete
  11. Memang nampak jelas dan ketara dia nie peminat korea.... siap tahu episod yang mana satu tue

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!