Pretz & Beanz kini dibuka di Bangsar!


Masih ingat dengan entri Sally tentang Pretz n' Beanz Cafe di Solaris Mont Kiara...? Masa pertama kali Sally makan kat sana, Sally mmg dah tau yang akan ada lagi satu branch yang akan dibuka di Bangsar dan bila tau yang branch ni dah dibuka. terus la Sally pergi sana!





Branch yang terbaru ni dibuka di Bangsar Village, kalau korang yang kaki cafe hopping mesti tau kawasan ni...bagi Sally kawasan yang dipilih ni sangat strategik tapi sayangnya masalah parking tu la yang mematahkan semangat...errr...tapi bila teringat makanan yang sedap-sedap ada di sana, sanggup ku redahi!







Interior untuk branch yang baru ni agak fresh dan lebih teratur, sampai nak pilih tempat duduk pun jadi serba salah...sana cantik, sini selesa..hahahaha...tipikal Sally yang over excited for something small! LOL!

Di Bangsar, ada beberapa tambahan menu yang baru dan juga pelbagai perisa yang baru...semuanya mmg sedap dan Sally rasa seronok dapat makan pretzel yang sedap ni lagi sekali...



Seaweed Pretzel

Tak dinafikan, pretzel kat sini mmg terbaik...Sally puji ni bukan sebab Sally suka dengan makanan dia tapi mmg Sally suka tekstur pretzel dia...walaupun dah lama, pretzel mereka masih lagi lembut dan tidak liat...Korang kena cuba sendiri dan rasakan perbezaannya...

Ada banyak variasi yang lain dan korang boleh pilih ikut selera korang....



Aglio Olio Prawn Spaghetti

Yang ni menu baru yang terdapat dalam "All Day Dining" di Pretz & Beanz...Sally makan ni dengan kak Huda...menghadap dua orang sampai habis...hahahaha...rasa dia yang pedas dan udang dia yang segar tu buatkan rasa spaghetti ni sedap dan sedap gilaaa laaa..hahahaha...kalau korang tak nak makan pretzel, korang mesti cuba spaghetti ni tau!



Royale Salmon Egg Benedict

Ini menu "All Day Breakfast", maknanya kalau korang datang tengahri ataupun datang malam masih boleh makan sarapan...Kepada peminat ikan salmon, menu ni ada keistimewaan yang tersendiri...Mmg sesuai makan pada bila-bila masa pun...



Pizza yang paling Sally suka, masih kekal menjadi milik Hot Pepper Chilli Chicken...dana masa ke branch Bangsar, Sally ada jugak mencuba Flammkuchen...Fuhhh nama pun kan...dalam Flammkuchen ni ada pelbagai campuran cheese dan my choice will stick to Hot Pepper Chilli Chicken...hahahaha



Champignon Baked Egg

Champignon Baked Egg mmg menu wajib yang Sally akan order kalau ke sini...Menu ni pun sama juga ada dalam variasi "All Day Breakfast"..Benda ni sedap sangat...entah kenapa...mungkin jugak sebab ada banyak cendawan yang membuatkan Sally gila sekejap...tapi yang paling penting tak muak walaupun ada banyak cheese...boleh main tarik-tarik kot cheese dia..hahahaha...



Kalau korang berada di kawasan berdekatan Bangsar Village ataupun teringin nak mencuba pretzel atau nak cari tempat untuk bersantai, Sally suggest korang cuba Pretz n' Beanz Cafe...

Pretz n' Beanz Cafe, Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-22019026

Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website: http://www.pretznbeanz.com
Facebook: https://www.facebook.com/pretznbeanz
Google+: bit.ly/PretzNBeanz
Instagram: instagram.com/pretznbeanz

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik kafe ni! Siqah akan terjah nanti. Hihi.

    Betullah cakap sally. Bangsar Village memang banyak kafe menarik tapi seksa nak cari parking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa singgah, menu kat atas ni mmg paling Sally suka...

      parking tu mmg kena redah aje laaa

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!