Pretz n' Beanz, Kopi dan pretzel di Solaris Mont Kiara

11:36:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


2016 ni Sally dengan kawan-kawan nak mula dengan Cafe Hopping Session kat kafe-kafe yang ada kat area Kuala Lumpur ni...Walaupun ada yang kata membazir bila kita melepak di kafe macam ni tapi bagi Sally kopi merupakan medium terbaik untuk Sally kurangkan stress dan penat, asyik Starbucks pun muak jugak...eh..

Pretz n' Beanz

Ni salah satu kafe yang Sally nak kenalkan pada korang...Pretz n' Beanz sendiri dah melambangkan apa yang dijual disini...Basically kafe ni menekankan penjualan kopi dan juga pretzel sebagai menu utama mereka...tapi jangan terkejut dengan cara mereka variasikan pretzel ni...Tunggu sampai habis entri ni, mesti korang akan tergoda..hahahaha




Apa yang Sally suka dengan kafe ni ialah kawasan dia...sangat santai dan tidak terlalu sesak...susun atur dia pun mmg best...kita boleh pilih nak bersantai kat luar, nak duduk berbual disofa atau di kerusi makan yang tersusun rapi...pendek kata mmg selesa laa...

Menu utama kat sini semestinya pretzel...kepada peminat pretzel, kafe ni korang mmg tak boleh ketinggalan...yang menarik pasal pretzel yang ada kat Pretz n' Beanz ni ialah pretzel mereka dibakar sepenuhnya...takde goreng dan dibuat fresh setiap hari...haa...jom tgk menu apa yang best kat sini...Ikut selera Sally okay?

Basil Cheese (RM 8.05)

Cinnamon Sugar (RM6.90)

Dah nama pun kafe jual pretzel, menu yang paling utama mestilah pretzel kan..hihihi..kat atas ni ada dua jenis menu yang Sally suggest korang cuba...Sally mmg suka dengan cinnamon (kulit kayu manis) dan yang menjadi pilihan Sally mestilah Pretzel Cinnamon Sugar...kepada peminat keju, korang boleh cuba Pretzel Basil Cheese...Basil Cheese ni best sebab kita boleh rasa masin-masin lemak keju mozarella, daun basil dan juga garam laut...sedap!

Kalau rasa tak cukup ummmph lagi..korang boleh ambik extra dip selection yang ada macam Caramel Sauce, Chocolate Sauce, Cream Cheese & Sour Cream with Onion..

Chicken Hawaiian & Hot Pepper Chilli Chicken

Kat sini pun ada seleksi pizza tau...istimewa pizza yang ada di Pretz n' Beanz ni sebab kerak pizza tu diperbuat daripada pretzel...haaa...macam mana kekdahnya tuu korang kena la cuba sendiri...yang menjadi pilihan Sally semestinya Chicken Hawaiian & Hot Pepper Chilli Chicken...korang boleh pilih daripada dua saiz yang ada sama ada nak 7 inci atau 10 inci...Harga berlainan mengikut topping yang dipilih...

Sally pilih yang 7 inci je supaya boleh makan lagi banyak benda..hahahaha...typical Sally yang berazam nak kurus..hihihi...

Pretzel n' Stew : Green Curry (Chicken) - RM 19.70

Pernah makan pretzel dengan stew?

Di Pretz n' Beanz ni korang boleh cuba makan pretzel dengan stew...ada 3 jenis stew yang menjadi kegemaran mereka yang datang kat sini...tapi Sally masih lagi dengan Green Curry (Chicken) ni...rasa lemak dia cukup dan mmg sama macam Green Curry yang famous kat Thailand...

Kalau korang tak suka kari, korang boleh cuba Beef Goulash atau Cheesy Chicken..

Champignon Baked Egg (RM 19.70)


Kat Pretz n' Beanz juga ada seleksi menu, "All Day Breakfast"...Hahahaha...tak kira la pagi ke malam ke korang boleh je nak makan breakfast pun...Sally pilih Champignon Baked Egg, sebab dalam ni ada banyak cendawan...Basically Champignon Baked Egg is a freshly cook eggs with mushrooms and cheese, served with freshly baked plain pretzel.

Benda ni sedap sangat...entah kenapa...mungkin jugak sebab ada banyak cendawan yang membuatkan Sally gila sekejap...tapi yang paling penting tak muak walaupun ada banyak cheese...boleh main tarik-tarik kot cheese dia..hahahaha...

Green Tea  (RM16.20)
Florentine Cookies (RM16.20)

Dah selesai dengan makanan, kita pilih air pulak...hahaha...selalunya boleh je pilih air dulu...tapi bila lapar, makanan itu satu kemestian...Sally mulanya ingat nak cuba kopi yang ada kat sini...tapi macam terpesong sekejap...Sally pilih Florentine Cookies, sebab tu antara menu baru yang ada...

Triple Chocolate Cake (RM11.55)

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream (RM15.05)

Caffe Green Mint Mocha (RM16.20)

Okay, Sally terpedaya...Sally cuba jugak kopi dia kat sini...tak complete la kalau cafe hopping tapi tak cuba seleksi kopi yang mereka ada kan...Sally cuba Caffe Green Mint Mocha...rasa dia sangat creamy dan mmg pekat...sebenarnya Sally bukan peminat mocha, tapi Slaly nak tau macam mana rasa bila Mocha digandingkan dengan Mint...tapi ternyata tidak mengecewakan...

Kalau korang berada di kawan Solaris Mont Kiara atau nak cari tempat untuk bersantai, Sally suggest korang cuba Pretz n' Beanz Cafe...

Pretz n' Beanz Cafe
Address : 22, Jalan Solaris 4, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 03-6204 9733
Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website: http://www.pretznbeanz.com
Facebook: https://www.facebook.com/pretznbeanz

Opening Hours:
Monday – Thursday & Sunday [7.30am - 12.00am]
Friday & Sunday [7:30 am - 1:00am]

You Might Also Like

10 comments:

  1. lava cake & triple cake dia mcm sgt sedap & manis jer..nak trylah..

    ReplyDelete
  2. kak sally! seriously tergoda tgk menu kat situu. wuuu bila boleh merasa ni.. hihih

    ReplyDelete
  3. wuuu nak try test cuba yang cinnamon sugar tu. tapi apakan dayaaaa.. kat sini takdak kedai nii. lapar menengok gambar makanan nii >.<

    ReplyDelete
  4. hey :(((((((( saya lapar......... hahahaha

    ReplyDelete
  5. Fuhhhh, makanan dia. Mengancam!

    ReplyDelete
  6. pretzel.. terus terbayang pretzel auntie anne's lah camnie hahaha

    ReplyDelete
  7. Saya paaling suka cinnamon pretzel tu. Harum semerbak bila panas-panas.

    ReplyDelete
  8. Mula-mula ingat restaurant barat yang agak mahal..matilanak nak review macam ni..bila belek menu sekali tengok harga berpatutan..ok set..bleh lepak sini selalu

    ReplyDelete
  9. Jom repeat.. rindu Volcano Cake With Ice Cream.. Melting!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!