Sabtu lepas Sally sempat ke majlis perkahwinan kawan baik Sally, Muhaimin di Ipoh...Muhaimin ni merupakan antara kawan baik lelaki yang Sally rapat masa belajar di KPM Beranang...Sally pernah cerita pasal dia dalam beberapa entri dalam blog ni macam entri bila kenangan 2009 terjah ke WhatsApp.
Gagah jugak la ke Ipoh kan...tapi bila fikir kawan baik kita, jadinya ralat sikit la kalau tak pergi meraikan hari bahagia dia...ingat awalnya nak ke Johor masa nikah tapi kebetulan ada kerja pulak masa tu jadinya Sally pergi yang kat Ipoh sahaja...
Ralat sikit la sebab photographer ni ambik gambar senget! Huh! rosak semua gambar...Silap jugak sebab Sally lupa nak check gambar tu sebelum kata okay...haaaaaihhh! Harap-harap gambar yang ada dalam kamera dia cantik laaa...Best jugak makanan sebab ada rojak!
Sally jumpa kembar Sally! Hahahaha...takde laaa bukan kembar pun...saje je ajak Dayah pakai baju yang sama warna...bukan selalu dapat pakai baju yang sama macam ni..Kebetulan Dayah bawak baju ni jadinya Sally pun pakai la baju yang sama warna..hihihi...
Terima kasih jugak kat Fayadh sebab tolong drive sampai ke Ipoh...harapkan Sally dengan Dayah yang takde lesen ni mmg tak sampai laa...
Encik Muhaimin & Puan Aishah, Selamat Pengantin Baru...semoga jodoh ini berkekalan sehingga ke Jannah...Min, semoga dapat pikul tanggungjawab ini dengan penuh cekal...! May Allah bless your journey!
Lepas ni turn Robbani Razali pulak! Wahhhh! All my bro's is going to be married now!
12 Comments
Kan Kak Sally? Kalo kawan baik kawin tak pergi memang ralat sangat rasa. Hehe !
ReplyDeletecongrats untuk family u..
ReplyDeleteCongrats pengantin :)
ReplyDeleteseronok kan sally bila kita dapt hadirkan diri ke majlis kawan-kawan rapat kita..macam kita boleh sama-sama follow cerita kehidupan satu sama lain..dari single..berkahwin dan seterusnya in sha Allah..
ReplyDelete>>comel wajah baru blog sally.. ^^
alhamdulillah..tahniah dan selamat pengantin baru :)
ReplyDeleteehehe kadang2 memang spoil sikit orang amek gmbr kita.. x kena taste
ReplyDeletetpi dia da tolong amek kan.. redha je la =)
eh eh asal nak komen tahniah..
ReplyDeleteok tahniah kawan baik Sally da kawen..
bulan 3 ni musim ramai orang kawen..musim cuti sek aritu,makan lauk kenduri je..huhu
ReplyDeleteCongrats buat pasangan mempelai yang diraikan :)
ReplyDeleteHappy Newly Weds untuk kawan baik sally :)
ReplyDeleteSelamat pengan tin baru buar bro sally dan pasangan... tahniah juga buat sally sekeluarga. Semoga sentiasa berbahagia dan ceria serta diberkati di dunia dan akhirat... aamiin... :)
ReplyDeleteSelamat Pengantin baru buat kawan sis sally :)
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!