Shopping di Freeport A'Famosa Outlet.


Lama betul nak cerita pasal shopping session Sally masa ke Freeport A'Famosa Outlet di awal pembukaan mereka yang lepas...Kalau korang ke Melaka, Sally suggest korang singgah la ke sini...Freeport A'Famosa Outlet is another affordable place to shopping...lebih kurang macam di Johor Premium Outlet laa...tapi kat sini lagi best sebab interior dia macam ala-ala Perancis..Freeport A'Famosa Outlet ni terletak bersebelahan dengan A'Famosa Resort..Kalau daripada Plaza Tol Alor Gajah tu dalam 5km sahaja korang dah sampai...


Masa kena shopping untuk Style On A Shoestring Contest tu..Jujur kata mmg rambang mata nak pilih...bayangkan la ada masa 2 jam je mana sempat nak habiskan duit shopping..Hahahaha...Nasib baik jugak la dapat jugak selesaikan semuanya dan jumpa outfit yang sesuai...


Ada banyak outlet yang best kat sini...Sally punya sasaran macam biasa la Nike, Crocs dengan Nature Republic....tapi ada macam-macam outlet lain yang ada disini...Contohnya macam ELLE, SKECHERS, Levis, Cotton On, Forever 21,  SAMSONITE, HUSH PUPPIES, CLARKS, PONEY, CARLO RINO dan banyak lagiii laa kalau Sally nak senaraikan...

Kat sini juga ada mesin ATM CIMB kalau korang lupa nak bawak keluar duit atau pun tak cukup duit cash...tapi kebanyakkan kedai menawarkan membuat bayaran menggunakan kad debit / kad kredit...Hello! Shopping kot...semua benda boleh buat...

Surau dan tandas juga disediakan untuk kemudahan pelanggan yang datang untuk membeli belah di Freeport A'Famosa Outlet....So, jangan lupa solat pulak bila dah sibuk berbelanja tuu..!



Cantik sangat kan kawasan dia...Sally suka sangat interior Freeport A'Famosa Outlet ni sebab nampak macam kita shopping kat luar negara pulak kan...hihihi...biarlah feeling je pun asalkan dapat la jugak perasaan shopping kat oversea dengan outlet jenama luar negara...kat sini korang boleh dapat hampir 80% diskaun tauu...Rugi kalau tak shopping kat sini...Freeport A'Famosa Outlet akan mula dibuka sepenuhnya bermula Januari 2016...


Happy face after shopping! Full loaded of shopping bag! Hahahahaha...Nice outfit everyone! :)



For more info regarding Freeport A'Famosa Outlet :

Address:
Freeport A'Famosa Outlet
Jalan Kemus , Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Tel: 06-552-8573 or 06-552-8051

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!