Grand Prize to Melbourne from Visit Melbourne.


Alhamdulillah!

Itu je yang boleh Sally ungkapkan sekarang...terasa besar betul rezeki yang Allah berikan pada Sally tahun ni...Walaupun tahun ni bukanlah tahun yang terbaik dalam hidup, ada banyak benda yang jadi tapi benarlah apa yang Allah janjikan...setiap orang ada rezekinya, ada ujiannya yang tersendiri...kita sebagai hamba kenalah sentiasa bersyukur, redha dan terima segala perancangan yang telah Allah aturkan pada kita..dan ini merupakan hadiah harijadi yang paling besar Sally terima.

Kan Allah tu sebaik-baik perancang.

Mungkin ramai yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tau kan...Entry ni merupakan entry lanjutan daripada entri teaser yang Sally share kelmarin..........


Jujur kata Sally mmg tak jangka langsung akan menang...Sebulan yang lepas, Sally ada nampak satu contest yang dikongsi oleh travel blogger yang femes, Mr Jocko. Contest ni pada awalnya tentang ‘ACE Melbourne’ yang dianjurkan oleh Visit Melbourne...Sally join pun bukannya sebab nak menang tapi sebab contest ni bukan macam “contest”...

Kita hanya perlu share pasal ape yang kita pernah tgk di Melbourne atau apa-apa yang berkaitan dengan Melbourne atau kenapa kita nak ke Melbourne..Sally dengan grammar tonggang terbalik pun masih cuba kongsi walaupun tau tipis...Jujurnya Sally sebenarnya aim nak dapatkan pakej penginapan di Grant Hyatt Kuala Lumpur..hahaha...tapi Allah tu Maha Pemberi...dia bagi lebih daripada apa yang Sally minta...Mungkin juga rezeki buat ibu sebab Sally tak mampu nak bawak dia berjalan...Selalunya cukup nak bawak diri sendiri je..tapi kali ni boleh bawak dia berjalan...

Kalau korang tanya kenapa Sally cakap tahun 2015 Sally paling bertuah, korang boleh refer entry YA ALLAH! SYUKURRRR!! SALLY MENANG GRAND PRIZE!...


Sebenarnya ni kali kedua Sally menang hadiah Grand Prize untuk ke luar negara, pertama macam dalam entry tu...ke Singapore (penginapan, tiket kapal terbang dan juga tiket VIP untuk menonton konsert solo Jung Yong Hwa)...dan ni kemenangan Sally kali kedua...Sally serius rasa yang Sally takkan ada luck untuk mana-mana contest dah selepas tu sebab Sally rasa tu hadiah yang sangat besar untuk tahun ni...tapi Allah knows best, kan?

Buat masa ni Sally belum ada apa-apa details untuk bile Sally akan ke Melbourne, nanti kalau dah terima Sally akan kongsikan dengan korang ye...Korang doakan segalanya dipermudahkan ye...tak sabar nak jejak bumi Melbourne pulak...

Tahun 2015 – Singapore, Langkawi, Pantai Timur Trip, Taiwan, InsyaAllah; Melbourne.

Terima kasih Visit Melbourne!

Post a Comment

12 Comments

  1. Allhamdulillah Sally... hadiah terindah... Allah syang Sally.....

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini dik sally....tiada ungkapan lain juga akak nak ucapkan kepada dik sally....Alhamdulillah dan tahniah dik...syukur kepadaNya kerana memberikan rezeki kepada dik sally walaupun bnyk dugaan yang dik sally tempuhi sepanjang tahun 2015 dan semoga tahun 2016 dan tahun² berikutnya dik sally dan keluarga sentiasa di murahkan rezeki lagi...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki tu.. tahniah sally.. rezeki dapat bercuti.. ;)

    ReplyDelete
  4. terbaiklah... Alhamdulillah rezeki=)

    ReplyDelete
  5. tahniah kak sally!! waaa.. melbourne!! best tu!! semoga dipermudahkan segalanya ye kak..

    ReplyDelete
  6. wohaaaa! congrats kak! rezeki tu. haha

    ReplyDelete
  7. best kan bila unexpected rezeki tu datang hihi <3
    congrats lovely kak sally!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! so happi for yaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kak Sally! Congrats ya :)

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhhhhhhhhhhh Melbourneeee.. bst gile!! TAHNIAHHHHHHHH

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah sally...
    rezeki Allah memang tak diduga.
    usaha, doa, tawakal :)
    tahniah!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!