Yana Yunus Kembali Dengan Single Baru, Januari 2020!


Mungkin ada yang pernah dengar namanya dan mungkin juga ada yang tak pernah, Yana Yunus atau nama sebenarnya Kameliana Mohd Yunus, mula menyanyi sejak berumur 15 tahun. Pada tahun 2018, Yana Yunus kembali aktif selepas 10 tahun menghilang daripada dunia seni.

Tahun lepas juga, Yana kembali dengan single yang berjudul "Sudah Jangan Bertanya" terbitan Radical Records dan untuk perancangan 2020, beliau akan menerbitkan sebuah lagi single yang berjudul "Jangan Cemburu" ciptaan Azizul Adha. Istimewanya single yang terbaru ini akan membawakan genre ROCKDUT (Rock + Dangdut) yang jarang kita dengar.

Baca: Yana Yunus, kembali beraksi selepas 10 tahun!


Lagu-lagu lain seperti "Pelita Hatiku" sebelum ini pernah menjadi OST bagi filem Kemarau Cinta (arahan Mior Hashim Manap dan lakonan oleh Nasha Aziz, Pool, Eman Manan, Azean Irdawaty, Noralbaniah, Pie, Hisham Ahmad Tajudin, Aziz Singah dan Ilya Buang) dan "Pelita Hatiku" juga pernah tersenarai sebagai 5 Lagu Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia. Manakala lagu "Demi Cinta" pula pernah diangkat menjadi lagu tema drama terbitan RTM; Warkah dari Alabama.


Bagi melebarkan sayapnya dalam bidang seni di Malaysia, Yana Yunus juga telah mula menceburkan diri dalam bidang lakonan bermula pada awal tahun 2018 menerusi filem Kemarau Cinta dan juga Tak Ori Tapi Ok.

Yana yang lahir di Indonesia pernah bekerja secara sepenuh masa sebagai penyanyi di hotel dan kini masih lagi bergiat aktif dalam nyanyian dan gigs di hotel, resort dan kelab di Malaysia. Pengalaman-pengalaman ini membuatkan Yana lebih mudah serasi menyanyi dengan band tanpa rasa kekok.

Yana juga sering terbabit dalam acara berkonsep kemasyarakatan dan patriotisme, antaranya termasuklah:

- Program Amal KL (Oktober 2019)
- Karnival Sambutan Hari Malaysia Segamat, Johor (September 2017)
- Karnival Bersamamu Benut Johor (November 2017)
- Karnival Interaktif Batu Pahat, Johor (Februari 2018)
- Karnival Gempak Pra Ramadhan, Melaka (Mei 2018)
- Karnival Sambutan Bulan Kemerdekaan Tangkak, Melaka (Ogos 2018)
- Karnival Semarak Perpaduan Bangsa Johor (Oktober 2018)
- Karnival Gempak Lelong & Makan Tebrau, Johor Bharu (Oktober 2018)
- Konsert Metal Return XPDC vs MAY 1.0 Ipoh, Perak (Disember 2018)
- Karnival Carboot Sale Pandamaran Klang (Disember 2018)
- Karnival Seni Kraf & Pelancongan Labis, Johor (Januari 2019)
- Karnival Hari Pekerja Segamat, Johor (April 2019)
- Karnival Mega Sukan Budaya Merlimau, Melaka (September 2019)
- Karnival Pesta Makanan Kota Tinggi, Johor (Oktober 2019)


Lebih istimewa apabila Yana juga terbabit membantu mengumpul dana untuk bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia menerusi Konsert Amal IRAMA anjuran Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia yang berlangsung di perkarangan kompleks membeli belah SOGO Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2019.


Anak kelima daripada lapan orang adik beradik ini tidak pernah berputus asa dan sentiasa gigih berusaha untuk mengukir nama dalam bidang seni, Yana juga telah menghantar sendiri lagunya ke Rakam Khanah RTM (penyelaras dalam penerimaan lagu-lagu tempatan baru) untuk dinilai dan seterusnya diterbitkan. Usahanya berbaloi apabila lagunya "Demi Cinta" telah diluluskan dan dibenarkan dimainkan di radio-radio milik RTM.

Walaupun kini berstatus ibu tunggal, namun lahirnya dua orang putera; Muiz Mikael dan Muiz Muhammad memberikan semangat untuk kembali aktif dalam bidang seni sepenuhnya. Untuk sebarang jemputan majlis boleh hubungi (call/WhatsApp Meli di talian 016-515 3849) dan boleh follow Yana di akaun media sosial seperti dibawah:

Facebook : Yana Yunus Official
Instagram : @yanayunus_official
YouTube : Yana Yunus

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!