Monday, August 13, 2018

Yana Yunus, kembali beraksi selepas 10 tahun!


Dunia hiburan Malaysia ni tak pernah lekang daripada artis baru, masuk rancangan realiti je dah keluar dapat jadi artis.

Berbeza dengan Yana Yunus atau nama sebenarnya Kameliana Mohd Yunus, beliau mula menyanyi sejak berumur 15 tahun dan pernah menyertai Malaysian Idol (Musim Pertama) dan berjaya menjadi Top 30 masa tu. Pada awal penyertaan beliau sebagai penyanyi, beliau pernah menjadi recording artist dibawah naungan PonyCanyon Entertainment (Malaysia) yang kini dikenali sebagai Interglobal Music (Malaysia). Beliau akan kembali dengan single terbaru yang berjudul "SUDAH JANGAN BERTANYA" terbitan RADICAL RECORDS dalam masa terdekat ini.


Beliau pernah menerbitkan sebuah album malangnya tidak sempat di lancarkan kerana beliau telah berhijrah dan bekerja di Vietnam untuk tempoh masa 2-3 tahun dan kemudiannya sibuk dengan anak dan keluarga setelah pulang ke Malaysia. Album ini hasil daripada karya gabungan Indonesia dan Malaysia.

Lagu-lagu beliau seperti "Pelita Hatiku" telah menjadi OST bagi filem Kemarau Cinta (arahan Mior Hashim Manap dan lakonan oleh Nasha Aziz, Pool, Eman Manan, Azean Irdawaty, Noralbaniah, Pie, Hisham Ahmad Tajudin, Aziz Singah dan Ilya Buang) dan "Pelita Hatiku" pernah tersenarai sebagai 5 Lagu Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia. Manakala lagu "Demi Cinta" pernah diangkat menjadi lagu tema drama terbitan RTM; Warkah dari Alabama.


Bagi melebarkan sayapnya dalam bidang seni di Malaysia, Yana Yunus juga telah mula menceburkan diri dalam bidang lakonan bermula pada awal tahun 2018. Yana yang lahir di Indonesia pernah bekerja secara sepenuh masa sebagai penyanyi di hotel dan kini pun masih lagi bergiat aktif dalam nyanyian dan sering membuat persembahan di majlis-majlis korporat, majlis perkahwinan, dan pelbagai jenis majlis lain.

Jika anda nak lihat beliau dengan lebih dekat, boleh ke Sutra Hotel di Seremban 2 setiap hari Jumaat (8-11pm) kerana beliau akan membuat persembahan disana. Untuk jemputan majlis boleh hubungi (call/WhatsApp Meli Entertainment di talian 012-3162849)

Aktiviti bulan Ogos dan September, Yana Yunus akan menyertai:-
↪ Karnival Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 Peringkat Daerah Segamat pada 19 September 2018 bertempat di Gedung Nagoya Segamat.
↪ Karnival Interaktif Dataran Yong Peng, Batu Pahat (akan dinyatakan nanti)
↪ Karnival Fiesta Reunion Artis di Pasaraya Giant, Ipoh (akan dinyatakan nanti)

Facebook : Yana Yunus Official
Instagram : @yanayunus_official
YouTube : Meli Entertainment

5 comments:

  1. Serius akak tak kenal Yana Yunus..Baca entry Sally ni baru kenal dan tahu.

    ReplyDelete
  2. K.el pun x kenal dgn yana yunus ni..jap lagi nak usha ig dia hihi

    ReplyDelete
  3. ni first time dengar nama dia =| hehe..

    ReplyDelete
  4. Tak ingat dah siapa dia ni..kene tgk youtube semula taip yana yusuf ni..hehehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!