REVIEW FILEM OPERASI X (2018)


Filem pertama untuk bulan November ni Sally mulakan dengan filem Operasi X yang sudah pun mula ditayangkan pada 1 November 2018. Kebetulan selepas pergi event pagi semalam, rasa macam malas nak balik rumah terus dan Sally ajak rakan blogger untuk tengok wayang. Sally ada share pasal trailer filem ni jugak minggu lepas.

Baca : Operasi X; Filem Terbaru 2018 terbitan Dream Pictures Production.



Filem ini menceritakan tentang seorang pegawai polis, ASP Redzuan (Aaron Aziz) yang telah ditugaskan bagi mengetuai Operasi X yang mana fokusnya untuk melumpuhkan Belut (Awie), seorang penjenayah yang terkenal sebagai raja penyeludupan. So, bermulanya konflik selepas kematian adik kepada Belut, Mat Bong (Amerul Affendi) dan juga rakan karib Redzuan, Inspektor Aman.

Belut menyangkakan yang kematian Mat Bong ada kaitan dengan ASP Redzuan dan dalam masa yang sama Operasi X dilancarkan untuk melumpuhkan Belut. Beberapa ahli yang terlibat dalam Operasi X sepeti Janggut, Pablo, Nash dan Ali Mat yang menguatkan lagi jalan cerita filem ini.



Review daripada sallysamsaiman.com:

1. Nama watak
Honestly Sally macam tak boleh terima, nama Belut, Janggut, Mat Bong...dia macam gangster, penjenayah tapi hati cute...hahaha...Macam Pablo, Redzuan, Nash, Ayu nampak la macam wow sikit kan...ini nama comel, jadi serba salah nak takut...hahaha...Mungkin Belut sebab susah nak tangkap kot kan? Hihihi

2. Jalan cerita
Jalan cerita sama je macam cerita yang lain-lain tapi Sally suka cara pengarah elaborate jalan cerita untuk biar kita kekal tengok sampai habis. Suka Sally nak tekankan, filem ini bukan filem aksi secara menyeluruh tapi lebih kepada romantik komedi + aksi...Hahaha...serius tak kering gusi.

3. Watak
Watak pertama yang paling Sally tak boleh nak hadam ialah Belut (lakonan Awie)...Masya-Allah dia punya bersahaja tu buat kita rasa "stress" but in a good way laa...Kelakar...Ada satu scene yang paling Sally suka masa dia tuju lagu untuk Bashah & Lady Lion, part ini mesti korang gelak!

Watak kedua Sally suka Janggut (lakonan Jibob)...sebagai hacker dia agak clumsy la pada Sally, tapi dengan adanya watak dia tu yang buat cerita ni menarik. Watak Ali Mat (lakonan Hefny Sahad) paling rasa macam annoying tapi punchline setiap skrip ayat dia tu yang aduh...tertusuk hati rakyat Malaysia..hahaha

Watak ASP Redzuan (lakonan Aaron Aziz) pun agak geram. Dia punya gugup nak bercinta tu rasa hiyakkk hiyakkkkk nak debik...tapi suka la sebab ada sisi lain kita boleh tgk...selalu kalau Aaron Aziz je watak romantik kan?

4. CGI
Agak sedikit hampa dengan CGI filem ini, sebab ada beberapa scene yang nampak sangat tak real, yang lain-lain tu Sally macam boleh terima tapi ada satu dua scene yang agak menghampakan. Harap dapat lebih beri perhatian untuk filem akan datang.



S A N T A I

Filem ini bukan sebuah filem yang berat walaupun membawakan kes-kes yang berat di dalam jalan cerita. Filem ini sebuah filem yang korang kena tonton dalam keadaan santai sebab filem ini bukan sebuah filem aksi 100%, Sally agak terhibur sebab filem ini ada "sense of humor" nya yang tersendiri disamping komedi yang dibawakan oleh Dato Awie, Hefny Sahad dan Jibob.

Lagu Tema Operasi X - LARI nyanyian Dato Awie dan McFaz juga sangat menarik dan kena dengan jalan cerita filem ini la. Lagipun suara Dato Awie mana boleh nak sangkal kan?

JANGAN TERLALU NAK MENCARI KESALAHAN

Sally perasan rata-rata yang dah tengok trailer, tengok hanya untuk memberikan kejian dan menunjukkan siapa yang lebih banyak dapat mencari keburukkan, kesalahan dalam filem ini. Pada Sally setiap satu filem ada kelebihan mereka yang tersendiri. Sama juga macam naskah Operasi X ini. Apa yang boleh Sally cakap, cuba hayati dan just enjoy the rest of the movie. InsyaAllah akan jumpa kelebihan filem Operasi X ini.

Selamat menonton guys!

Post a Comment

8 Comments

  1. tadi pom survey tiket cite ni jugak nmpk mcm menarik je cite ni. Satu lagi, Dato Awie tu nampak mcm ada sorang pelakon tamil. huhuhuh

    ReplyDelete
  2. cam best jer, nak pergi tengok filem Operasi X ni esok!

    ReplyDelete
  3. bukan mencari kesalahan atau cuma mengeji tapi bila ada marketing besar untuk judge dari trailer, agak hampa bila trailer gagal hidangkan sesuatu yang bagus. Labur duit untuk contest boleh tapi labur duit untuk CGI tak boleh? Anyway good luck with the contest sis.

    ReplyDelete
  4. Wah Best Nyer! I pun nak perg tengok cerita ini.

    ReplyDelete
  5. wah bestnya cerita i boleh tgk esok

    ReplyDelete
  6. macam menarik pulak dengar sally cerita! hahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!