Operasi X; Filem Terbaru 2018 terbitan Dream Pictures Production.



Diam tak diam, dah nak akhir tahun 2018 kan? Bulan November ini sebenarnya ada banyak filem yang Sally tunggu...hahaha...walaupun Sally bukanlah jenis yang kaki tengok wayang tapi ada beberapa buah filem yang akan menarik Sally ke pawagam bulan ini, dalam sengaja atau tidak sengaja..hahaha...

Sebagai pembuka tirai November, filem Operasi X, sebuah filem aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad akan mula ditayangkan di pawagam. Sally rasa lately ni banyak cerita aksi yang mula mendapat perhatian daripada peminat filem Malaysia. Penerbit filem Operasi X iaitu Dream Pictures Production juga merupakan sebuah produksi yang terkenal dengan pembikinan pelbagai genre filem sebelum ini.


Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?

Jujurnya dah lama dah tak tengok Aaron Aziz dalam filem aksi, agak rindu jugak la dengan lakonan beliau kan...untuk Awie pulak, Sally agak teruja nak tau macam mana dia bawak watak antagonis dalam filem ni...biasa la kalau dah biasa tengok dia sebagai seorang yang "poyo" dan agak bersahaja perwatakkannya, jadinya bila dia jadi watak jahat, lagi la excited nak dibuatnya.

Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!

Sebelum menonton sesuatu filem di pawagam, memang kebiasaan Sally untuk menonton trailer dulu...hahaha...walaupun banyak komen yang agak negatif di laman YouTube, tapi sebenarnya Sally agak "ingin tahu" macam mana filem ini akan "keluar"...I mean the outcome as a whole-completed movie.


So, korang dah tengok? Apa komen korang? Best atau tidak pada korang?

Trailer dia agak gempak kan...lagi-lagi pula ini lakonan Awie, Aaron Aziz, Datuk Yusof Haslam, Hairul Azreen dan Hefny Sahad...Sally tak tak judge daripada trailer..hehehe...So, maybe next week Sally akan ke pawagam terdekat untuk tonton sendiri. Sally sangat berharap filem ini takkan menghampakan rakyat Malaysia, khususnya peminat filem aksi yang menanti-nantikan lebih banyak genre aksi seperti ini dalam pawagam, asyik cerita cinta pun bosan juga kan? Cerita cinta biar kat TV je dah la..hahahaha

Operasi X akan keluar serentak di seluruh pawagam Malaysia bermula 1 November 2018. Jangan lupa tengok tau!

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!