Sunday, July 15, 2018

NAFAS CUBE : PENGINAPAN ALA CAMPING DI MARDI, SRI KEMBANGAN.


REVIEW NAFAS CUBE


Pertama kali tahunya pasal Nafas Cube ni masa Sally hadiri MAHA tahun 2015 di MAEPS. Masa first time nampak tu mmg teruja gila...Sally suka konsep kontena dan culvert. Dulu ada khemah tapi tak tahu kenapa dah tak ada, mungkin faktor cuaca atau faktor menyelenggara kawasan.


Sally suka konsep penginapan kat sini yang sangat santai dan macam throwback zaman camping sekolah dulu, cuma yang bezanya kat sini lebih modern la..Ada sedikit kekangan kalau korang bawak family ke sini unless kalau korang pilih kontena. Tapi Sally tetap rasa NAFAS Cube ni sesuai kalau nak buat gathering ke reunion ke..

Kalau korang tinggal dalam culvert mungkin agak sesuai kalau tinggal dengan kawan-kawan. Jangan risau, kalau nak solat ada surau berdekatan dengan tempat penginapan ni. Depan pintu masuk NAFAS Cube ni.


Bilangan unit yang agak terhad membuatkan tempat ni lebih privasi dan sesuai untuk buat reunion ke atau beriadah dengan kawan-kawan. Walaupun agak sunyi dan macam menakutkan sikit, tapi sangat mendamaikan..Lagi-lagi dengan adanya tasik berhadapan dengan kawasan penginapan ni.


Sally pilih untuk tinggal di dalam culvert. Oh, sebelum terlupa...Sally sebenarnya redeem voucher daripada Traveloka sempena Staycation bersama Traveloka & The Butterfly Project di KL Journal Hotel tahun lepas.

Satu malam kalau bilik culvert ni lebih kurang RM120, Sally cadangkan korang kalau nak cuba tinggal di NAFAS Cube, boleh cuba tempah dengan Traveloka sebab harganya berbeza daripada laman web yang lain atau kalau korang tempah direct dengan mereka, Sally dapat harga RM90 je untuk 2 orang. Guna aplikasi lagi bagus, untuk lebih faham pasal aplikasi Traveloka ni..korang boleh baca kat entri ni → macam mana nak jimat untuk travel selalu?


Berbalik kepada penginapan Sally, Sally pilih culvert sebab daripada awal lagi memang dah terdetik nak cuba tinggal kat sini. Culvert ni memang sesuai untuk 2 orang sahaja, almaklum la saiz dia pun agak kecil dan dalam tu pun hanya memuatkan 2 katil single (ada yang katil queen juga) dan sedikit ruang untuk berdiri dan letak barang-barang.

Tandas pulak berada disebelah culvert ni..dekat je...baik korang bawak selipar la untuk memudahkan keluar masuk bilik air. Kalau korang pilih kontena, dah ada bilik air dalam tu. Selain daripada tu, culvert ni juga disertakan dengan penghawa dingin, dan 4 bahagian plug untuk mengecas. Sayangnya sebab tak ada kettle dalam bilik...Agak kelaparan jugak la Sally masa tu, nasib baik ada bekal roti dan air mineral sendiri sebab kafe yang ada dulu dah ditutup dan bakal diambil alih oleh pihak MARDI sendiri. So, kekangan kat sini makanan!

DAN BANYAK GILA NYAMUK KAT LUAR! HAHAHA



Kesimpulannya, Sally rasa NAFAS Cube merupakan salah satu inisiatif yang bagus sebab kita boleh dekat dengan alam sekitar dan keluar daripada kebiasaan kita tidur kat hotel. Selain daripada tu ada banyak aktiviti boleh kita buat, salah satunya jelajah MAEPS dan MARDI.

Sally insyaAllah akan datang lagi, cuma kali ni nak kena ambil kontena la pulak...puas jugak nak solat, mandi, makan macam kekangan sikit. Atleast kat dalam kontena ada kettle dan TV..hihi

6 comments:

  1. Nice nya tempat ni. Nanti boleh lah stay sini kot kot tetiba rasa nak buat weekend getaway. Hahah!

    ReplyDelete
  2. wow nampak best dan mengujakan ni sally..tq berkongsi info sally..bleh try ni kalau ade reunion dengan kawan2 kan

    ReplyDelete
  3. I pernah laway kat sana tapi belum ada chance stay kat situ lagi, nice kan.

    ReplyDelete
  4. nyamuk kat luar je kan ? kat dalam tadak kan ? kalo da jenuh weh.. hahaha x tido gamaknya keje tampar nyamok..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!