Thursday, January 11, 2018

Staycation bersama Traveloka & The Butterfly Project di KL Journal Hotel.


Staycation | Traveloka | The Butterfly Project Malaysia | KL Journal Hotel

Hujung tahun lepas, Sally antara manusia yang bertuah sebab terpilih dalam 40 orang mewakili The Butterfly Project untuk staycation dengan Traveloka di KL Journal Hotel..Buat korang yang tak tahu, Traveloka ni merupakan salah satu laman web yang memudahkan kita cari semua benda dalam satu klik…Haaa…sebelum tu..mesti nak tau apa yang berlaku sepanjang staycation kami kan?


The Butterfly Project di KL Journal Hotel.

Seawal pukul 10 pagi lagi dah terpacak dah Sally kat hotel..hahaha..almaklum laa rumah dekat je kan...Sampai-sampai je dah daftar, dah laga-laga pipi dengan semua blogger, BROs dan Mamasan, dan tak lupa juga kat semua krew Traveloka yang ada kat situ..sempat jugak grab makanan yang disediakan untuk tea break dan terus dengan sesi ice-breaking dengan my fellow bloggers.

Sakan masing-masing...walaupun majoritinya kita kenal tapi tak semua kita kenal secara mendalam..mungkin ada yang kenal nama atau pernah jumpa kat mana-mana event..Mmg tak kering gusi melayan kerenah dorang..


TRAVELOKA : Jadi bijak untuk travel lebih kerap.

Dengan Traveloka, korang ada banyak pilihan hotel, penerbangan atau promosi untuk kedua-duanya...dalam masa yang sama korang jugak boleh dapatkan pelbagai maklumat tentang negara atau kawasan yang bakal korang lawati…dan yang paling best Traveloka akan suggest beberapa tempat pelancongan yang ada berdekatan dengan hotel yang korang pilih…

Actually ni merupakan kali ketiga Sally ke hotel ni..tapi ni kali pertama menginap kat sini..Sally suka dengan hotel ni sebab hotel ni mengingatkan kita kepada masa dulu..Lepas daripada sesi ice-breaking tu, dapat dengar taklimat daripada pihak Traveloka tentang aplikasi mereka yang sedang dikembangkan penggunaannya. Untuk lebih faham pasal apps ni..korang boleh baca kat entri ni → macam mana nak jimat untuk travel selalu?


Nak tips..?

Ini yang Sally nak kongsikan dengan korang...pertama sekali...pilih lokasi yang bersesuaian dengan bajet yang korang ada...Contohnya kalau ada bajet dalam RM1,000...Boleh cuba yang dekat-dekat macam Bangkok, Jakarta, Phnom Penh, Singapore, Manila atau atau kalau ada lebih, mungkin boleh cuba ke negara yang jauh sikit macam Korea, Jepun, Taiwan atau kalau nak destinasi lain in case kalau nak cari lokasi yang lain daripada yang lain, boleh cuba Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Brunei, Cambodia, Chile, Maldives dan lain-lain lagi... atau mungkin boleh buat Europe trip? Who knows!

Yang kedua, penting sekali kena tgk deal kat aplikasi Traveloka..kadang-kadang ada deal yang hanya ada di Traveloka je tau..mana tau dari dekat-dekat boleh bertukar jauh! Aplikasi ni korang boleh download secara percuma di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).



Pada Sally, sebenarnya nak travel bukannya kena ada duit berkepuk kepuk dalam poket, ada emas bertan-tan dalam simpanan tapi kena bijak..Bijak memilih lokasi, bijak buat pilihan mengikut budget yang kita ada. Tapi jangan salah tau, berjimat tak semestinya kena cut semua benda yang lain...bukannya kena had kan semua benda...kurangkan tempat untuk di kunjungi..tapi kena bijak maksimumkan keseronokkan dan dalam masa yang sama boleh berjimat..betul tak?



Selesai sesi taklimat daripada Traveloka dan juga kata-kata aluan daripada Mr. Ramesh, General Manager KL Journal Hotel..Kita makan lagi! Hahahaha..Iye..sepanjang 2 hari 1 malam ni Sally rasa mmg banyak kali betul Sally makan..satu aktiviti je makan, lepas tu makan lagi..hahaha..

Yang best nya kat hotel ni...ada banyak kawasan yang cantik untuk ambil gambar...salah satunya macam kat Kedai Kopi Journal ni..ada bahagian yang banyak mangkuk tingkat, memang nostalgia betul kat sini..


Selesai makan tengahari, pihak Traveloka, The Butterfly Project Malaysia dan KL Journal Hotel melepaskan rama-rama yang cantik, simbolik kepada The Butterfly Project Malaysia dan kebebasan yang kami mahukan, terbang tinggi macam rama-rama untuk kejar cita-cita dan tak lupa juga untuk sentiasa kekal cantik macam rama-rama! Hehe! Baru la boleh jadi Beauty Blogger di The Butterfly Project Malaysia..Tak gitu?

DIY Workshops


Untuk aktiviti petang, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk 4 jenis DIY Workshops yang berlainan..Sally memilih untuk join Travel Journaling Workshops dibawah kelolaan Orange Berry..Antara workshops yang ada:

1. Bathbomb & Scrub Workshop @ Wunderbath
2. Leather Passport Holder Workshop @ DiyKL
3. Travel Journaling Workshop @ OrangeBerry
4. Watercolour floral Workshop @ Black Milk Project

Sesungguhnya Sally sangat la tak kreatif bila buat benda yang lain daripada kebiasaan Sally..hahaha..tapi happy betul dapat geng yang sekepala dan masing-masing mmg suka travel..tengok journal masing-masing penuh dengan gambar..seronok kongsi pengalaman berjalan..


Makan malam di Kedai Kopi Journal & Santa Gift Exchange (Christmas)

Disebabkan kami berkumpul lebih awal daripada Krismas yang sebenar. jadinya The Butterfly Project meminta kami, "rama-rama" untuk sediakan hadiah istimewa untuk roomate sendiri..Eh, lupa Sally nak bagitau..untuk staycation 2 hari 1 malam ni Sally dapat sebilik dengan kak Anil Wanina (www.anilwanina.com)..


Sebenarnya Sally tak tahu nak bagi hadiah apa kat Kak Anil..naik buntu jugak la fikir..at last bagi juga la perfume dengan Al-Quran..hehehe..semoga memberi manfaat la..Sally pulak dapat hadiah paling besar sekali malam tu...semua orang curious nak tahu apa yang kak Anil belikan untuk Sally..


Kalau korang tahu apa yang paling Sally suka, mesti korang boleh teka dah hadiah dalam tu ada apa..hahaha..Boleh teka tak? Lepas makan tu ingat nak jalan-jalan ke Bukit Bintang, tapi penat betul rasa..Nak lepak dengar live band pun malas, jadinya terus la masuk bilik..tapi takde la terus tidur...ada tetamu yang datang bilik sambung berborak...Blogger Aiin Baharom, Syafiera Yamin, Mek Onie, Fadzi Razak, Emi & Kak Farah Wahida..Semuanya blogger otai ni...



The KL Journal Hotel, Bukit Bintang

Kawasannya sangat la strategik, terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur..dekat dengan stesen Monorail dan MRT..dan yang paling penting dekat dengan pusat shopping seperti Bukit Bintang dan Pavilion..

Jujurnya Sally suka dengan hotel ni...salah satu sebabnya adalah hotel ni mementingkan kenangan zaman dahulu..disetiap bilik ada gambar sekitar bandaraya..memang gambar zaman dulu-dulu..zaman 70-an, 80-an la senang kata...ada juga disediakan buku nota kecil; buku 555 yang lebih kita kenali sebagai buku hutang.

Selain daripada tu...ada kemudahan gym, swimming pool, seterika dalam bilik (tak payah nak kongsi), toiletteries yang lengkap, towel dan macam-macam lagi..dan yang paling penting sekali, ada banyak kawasan yang menarik untuk kita ambik gambar teruatama kepada Instagrammer sekalian!



Masa singkat tapi memang membawa 1001 memori kat kami semua..bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni kan..semuanya atas berkat kerjasama Traveloka & The Butterfly Project dan tak lupa jugak kepada KL Journal yang menguruskan penginapan kami sepanjang 2 hari 1 malam..

The greatest compliment mestilah kepada Traveloka yang memberikan kami peluang untuk staycation ni..Hopefully akan ada yang lain dimasa akan datang, mana tahu boleh buat family day ke kan..fikir je pun boleh buat rasa excited tau!

Lastly to Tammy, BROs & The Butterfly Project Malaysia..thank you! The best year end programme for 2017, I really appreciate this!

17 comments:

  1. woaah Sally seronoknyaaa jalan2 tido sini. mnarik sangat..

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyaaa dengan aktiviti yang menarik lagi ,, ...nampak macam ramai yang blogger perempuan pulak .. 😊

    ReplyDelete
  3. wahhh..gitew. Butterfly project ni memang best aje event dema kan...sweet!

    ReplyDelete
  4. Event Butterfly Project tak pernah tak best. Bestlah Sally beronok ronok kat sana.

    ReplyDelete
  5. Harap next time dpt join butterfly project..

    ReplyDelete
  6. Kan sally.. Nk travel kena bijak bt pemilihan dll.. Seronok kan jalan2.. Tapi tak ada geng lah... Jom sally travel.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya rumah dekat takyah rushing nak datang

    ReplyDelete
  8. Teringin nk join event dgn butterfly tp syg jauh... Kalau dok KL mcm2 event dh pegi..huhu..

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya ada aktiviti macam ni.. menarik sangat!

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan sis sally . Nak travel tak perlu duit berkepuk-kepuk dalam simpanan . Kena pandai pilih lokasi sesuai dengan bajet yg ada

    ReplyDelete
  11. Bestnya join ni semua..belum dpt join lagi dengan butterfly..berapa kali je join yang althea tu

    ReplyDelete
  12. Best.. lagi2 bab workshop.. comot kan group kt.. yg lain sopan2 je.. kt ni berterabur ngn gam.. kertas... hahahah

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya aktiviti blogger macam ni. Bagus betul community butterfly ni. Hehehe tadi pon memang ada check hotel ni. memang cantik. hehehe

    ReplyDelete
  14. wah bestnya jumpa ramai blogger. traveloka mmg best la

    ReplyDelete
  15. Bagus ek Traveloka ni.. Dia cari orang2 blogger :). Bestnya dapat peluang ni :D

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan. GV follow blog kak Sally ya. Wah, meriahnya dapat berkumpul ramai2x kat hotel yang cantik ni. Traveloka mmg terbaik. :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!