Thursday, July 26, 2018

Kek Oren Sunquick guna Air-Fryer Pensonic


Hello adik-adik semua..hahaha...iye...Sally kembali dengan resipi kek yang baru menggunakan Air-Fryer. Sally dah ada oven baru, InsyaAllah nanti kita share pasal oven baru tuuu...

Dah muak dengan resipi mufin cip coklat, Sally cuba la cari resipi lain pulak...lagipun ibu macam tak berapa suka dengan coklat...biasa la selera orang tua, nak pandan la oren la..benda-benda macam tu la..Kebetulan jumpa resipi daripada Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku resipi Air-Fryer tu, tapi ada sedikit olahan sebab ikut apa yang ada kat dapur Sally..haha..Sally share kat sini kalau korang nak cuba.

Entri berkait : Mufin Cip Coklat guna Air-Fryer Pensonic


Bahan-bahan:
3 biji telur (gred B)
1/2 sudu teh esen vanilla
2/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan oren sunquick
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat)

Cara-cara:
1. Campur semua bahan kecuali tepung, kacau sehingga sebati, agak-agak sampai gula hancur.
2. Masukkan tepung dan gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin kertas.
4. Panaskan AF suhu 160° sehingga lampu padam (anggaran 3 minit)
5. Masukkan acuan muffin ke dalam AF dan bakar selama 12-15 minit (Kalau nak gelap, buat 15minit)
6. Keluarkan kek dan sejukkan.

Tips daripada Chef Hanieliza : Sedap dimakan sehari lepas buat.
Sally : Yg korang nampak hitam atas kek tu, Sally saja letak chocolate chunk nak buat chocolate orange cake..tapi macam tak cantik pulak, Sally tak letak untuk yang lain.

2 comments:

  1. mudah kan ada air fryer. cheq tunggu cheq nye sampai hehe.. tapi tula kalo x rajin sbenarnya ada air fryer pun x jalan gak hehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!