Friday, July 6, 2018

Mufin Cip Coklat guna Air-Fryer Pensonic


Sally ada masalah dengan oven yang sekarang ni sebab tak boleh nak bakar atas, hanya boleh bakar bawah..kalau setakat nak buat butter cake ke kek sarang semut ke boleh la guna oven...Ramai yang tak tahu dengan air-fryer boleh buat macam-macam selain menggoreng..

Yela, kalau Sally pun sebut nama air-fryer terdetik kat hati untuk menggoreng jela..hahaha..Kebetulan teringin gila nak makan Congo Bars lepas tgk seorang rakan blogger share tapi hmmm sedar diri oven takde, jadinya Sally cuba la buat mufin cip coklat, guna air-fryer!


So, Sally nak share dengan korang resepi mudah ni..mana la tau kot korang tetiba teringin nak makan benda-benda manis ke kan...tapi yang ni resipi guna air-fryer tau..ikut jugak la air-fryer masing-masing...yang Sally guna ni Air-Fryer Pensonic.

Satu adunan ni boleh dapat 10-11 biji muffin, ikut kepada saiz cup yang korang beli...kalau yang standard cup tu dapat la dalam 10.

RESIPI MUFIN CIP COKLAT
Bahan-bahan:
1 3⁄4 cawan tepung gandum
1⁄4 cawan serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur saiz B
1 cawan susu cair / susu segar
1⁄3 cawan minyak masak / minyak jagung
Cip coklat

Cara-caranya:
  • Ayak tepung gandum, serbuk coklat, baking powder, soda bikarbonat dan garam kemudian masukkan gula kastor dan kacau
  • Campurkan telur dan esen vanila, masukkan dalam bancuhan
  • Masukkan susu secara perlahan dan kacau, jangan masukkan sekali gus
  • Masukkan minyak dan cip coklat, kacau rata kemudian masukkan dalam cup
  • Bakar mufin dalam air-fryer (160 darjah, 15-20 minit mengikut saiz cup)

Senang je kan nak buat? Sally pun teruja gila buat mufin ni sebab senang je, tapi yela limited sikit la boleh bakar kan..hahaha...Sally ni kebetulan je cuba...InsyaAllah lepas ni nak cuba buat mufin vanila kranberi dengan mufin pandan pulak...By the way, kalau korang ada kismis, boleh campur dalam adunan...Sally rasa sedap la masam masin sikit..

6 comments:

  1. Yeay sally dah share resepi. Thank you sally.

    ReplyDelete
  2. WOw makin senang lah sallyy akak x pernah buat lagi nak bako dalam air fryer ni hii

    ReplyDelete
  3. peergh guna air fryer je. macam lagi senang je dari guna oven =D

    ReplyDelete
  4. Aaaaaa sedapnya tengok muffin tu Sally! Elok kemain dia naik, syoknyaa ada air fryer :)

    ReplyDelete
  5. Datang sini terus mengidam muffin tengok muffin Sally 😊

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!