Tuesday, May 8, 2018

Set Ramadan 2018 di Alanna's Kitchen, Pandan Indah.


Tempat berbuka puasa di Pandan Indah | Untuk korang yang teringin nak makan makanan Arab dengan sentuhan orang tempatan kita, boleh la cuba di Alanna's Kitchen. Korang yang selalu follow blog Sally mesti tau yang Sally suka lepak kat kedai ni...selain daripada sebab kawasan dia yang selesa, sebab ada banyak jenis makanan yang disediakan. Fusion, Asian, Nasi Arab.

Set Ramadan 2018 di Alanna's Kitchen

Alanna's Kitchen agak terkenal dengan menu makanan Arab dan yang istimewanya bahan-bahan perapan semuanya dibawa khas daripada Timur Tengah dan jangan terkejut, sebab semua bahan-bahan disediakan segar setiap hari. Set Ramadan tahun ni bertemakan ayam je...tapi Sally nak cadangkan juga korang cuba the most recommended, Arabic Lamb Mandy!


Set Ramadan (2 pax) - RM39.90

Macam yang korang tengok...menu ni bukannya menu baru yang ada di Alanna's Kitchen..tapi yang ni kiranya special la untuk Ramadhan...sebabnya kalau korang beli mana-mana menu Arabic Food (2 pax), korang akan dapat free kurma, salad, kentang goreng, samosa, free flow buah-buahan dan soft drinks.

Untuk set yang ini korang akan dapat BBQ Chicken & Shish Tawook Grilled Chicken.


Set Ramadan (3-4 pax) - RM52.90

Tak banyak beza pun untuk set 3-4 pax ni...sebab korang masih lagi akan dapat free kurma, salad, wedges, popiah goreng, free flow buah-buahan dan soft drinks. Untuk set yang ini pula korang akan dapat Arabic Chicken Mandy, Alanna's Special Grilled Chicken dan Spicy Curry Chicken.

Sally kalau makan nasi dia pun boleh bertambah-tambah. Hahaha. Sally dan makanan. Lame excuses.

PERINGATAN!! Kalau korang nak datang berbuka kat sini, dan nak makan makanan Arab...Sally sarankan korang call dan buat tempahan sebelum datang...sebab selalunya kat sini mmg akan full house masa berbuka puasa...dan selalunya menu makanan Arab mmg selalu habis! hahahaha



Selain daripada Nasi Rab, kalau korang suka makan kek atau muffin...korang boleh dapatkan 2 biji muffin ni dengan harga promosi RM5/2pcs. Harga biasa RM3.50 sebiji tau...Muffin ni akan ada randomly setiap hari...depends on apa yang disediakan kat kedai setiap hari.

Atau kalau korang sukakan aiskrim dan wafel, korang boleh rasa juga kat sini...yang ni memang favorite Sally each and everytime datang makan...semuanya dibuat sendiri oleh pemilik kedai ni tau..sedap, segar dan bersih dan yang penting sekali kedai ni memang dah dapat pengiktirafan HALAL daripada JAKIM.



Entri berkaitan:
Makan di Alanna's Kitchen, Pandan Indah
Weekend date dengan ibu di Alanna's Kitchen

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134
Facebook | Instagram

10 comments:

  1. Adui sally terliur tau zaza tengok haha.. Zaza pernah makan sekali je.. Ni tengok sally share uishh.. Sedap pulak.. Wafer aiskrim tu yummm yumm

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnya semua menu yang ada Sally.lapar perut terus jadinya

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap makanan tu ,tapi jauh pula dekat kl. Buka sampai pukul brapa ya

    ReplyDelete
  4. Sally dah boleh jadi duta alanna’s kitchen dh, hehe

    ReplyDelete
  5. fuh.. sedapnya tengok menu dalam gambar atas ni. Jalan pandan indah dengan setapak jauh ke dekat?? hihihi.. nak oi laahh

    ReplyDelete
  6. pandan indah, dah dekat dengan rumah nad..satu pinggan ada macam-macam jenis..best betul..nak ajak suami la macam ni

    ReplyDelete
  7. Aduh terliur pulak, I suka semua set kat situ. Harga pun ok.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap..nak ajak Mama pergi rasa ler.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!