Friday, May 4, 2018

#KakakKimchi dengan Ayam Goreng Korea, Eung Chicken.



Eung Chicken, Damansara Utama | Iye adik-adik...Kakak Kimchi korang kembali dengan menu makanan Korea..Manjang review bufet Ramadan je kan...sesekali kita tukar lokasi, kita makan ayam goreng Korea pulak.

Sally actually dah ternampak kedai ni masa review kedai Laksaamana dekat area Damansara Utama..Kalau korang nak tau, kedai Eung Chicken ni terletak berhampiran dengan The Starling Mall..So, kalau korang pengguna public transport yang tegar macam Sally...korang boleh naik MRT dan turun di stesen MRT TTDI dan naik je bas shuttle free ke Starling Mall..Then boleh je jalan kaki kesana.

Eung Ramyeon Set (Soup)

Tak lengkap la kalau makan makanan Korea kalau takde Ramyeon..hahahaha..kat sini korang boleh pilih nak dalam bentuk dry atau soup. Kalau korang biasa tgk dalam drama Korea...masa makan Ramyeon dorang suka letak slice of cheese dalam ramyeon...so, akan rasa more creamy dan sedap laa...Sally ikut mood jugak, kadang suka kadang tak suka...padan pulak dengan kimchi...syadukkk!

Untuk ayam pulak Sally akan share dengan korang apa yang Sally suka..daripada yang okay-okay sekali sampai la yang paling favorite kat sini...Ayam kat sini ada dua jenis batter, ada yang crunchy dan ada jugak yang biasa...

HURAIDEU (Crunchy Fried Chikin)

Di Korea, mereka gelarkan ayam sebagai chikin bukan chicken..tu daripada segi pronounsation dia laa...kadang susah jugak la nak cerita pasal ayam...ada jugak yang tak tau chikin tu apa..hahahaha...

Original Huraideu

Untuk korang yang pertama kali cuba atau mungkin tak suka dengan rasa yang pedas, korang boleh pilih yang original ni...sama ada nak half chicken atau pun whole chicken..Range harga dalam RM27-RM46 untuk yang original.

Spicy Huraideu

Yang ini paling Sally suka.. Spicy Huraideu...Pedas dia jenis pedas yang menyengat tu bukan macam pedas cili padi...so, kalau agak-agak pedas..makan jela kentang yang ada sekali tuu...tips nak makan ayam ni..jangan minum air untuk hilangkan pedas...makan je bagi habis..sebab masa panas tu la yang paling best sekali makan..ini serius!

Sama juga macam original, korang boleh pilih half chicken atau pun whole chicken..Range harga dalam RM39-RM58 untuk yang spicy. Yang ni most recommended by #KakakKimchi!

Soy Huraideu

Kalau korang suka lemak lemak masin, yang soy sauce ini memang sesuai laa...Sally tak suka yang ni sebab pada Sally macam masin sikit..tapi kalau yang ni makan dengan nasi okay la kot...sebab dapat overcome rasa masin dia..

Sama jugak, korang boleh pilih half chicken atau pun whole chicken..Range harga dalam RM37-RM56 untuk yang soy sauce ni.

Kalau tak nak beli half chicken atau whole chicken, korang boleh cuba Chicken Fingers dengan Fries...harga baru RM13 je, ada 4 pcs.

Wings (Wingette Mix with Drummette)

Yang ini pulak batter yang kedua..Dia takde tepung yang tebal..So, kalau korang peminat chicken wing macam Sally...Boleh juga pilih yang ni...

Boleh pilih sama ada nak 6,8,12 atau 20 pcs ayam...dan boleh juga pilih nak yang soy sauce atau spicy, atau kalau nak campur half pun boleh..Maybe kalau amik 8pcs, ambik 4 pcs spicy dan 4 pcs soy sauce. Kalau Sally mmg semua spicy jela..hahaha.. Range harga RM16 - RM49 mengikut berapa pcs korang suka.

PROMOSI SEMPENA RAMADHAN 2018

So, kalau la tetiba tekak korang teringin nak makan makanan Korea semasa berbuka...boleh juga cuba set iftar yang ada..

Set Iftar ( With complimentary Kurma )

2 person set ( RM49.90 )
2 x Drinks
2 x White Japanese Steam Rice
12pcs Wings ( Any two flavour )
2x Red Bean Mochi with Ice Cream

3 person set ( RM72.00 )
3x Drinks
3x White Japanese Steam Rice
18pcs Wings ( Any two flavour )
3x Red Bean Mochi with Ice Cream

4 person set ( RM95 )
4x Drinks
4x White Japanese Steam Rice
30pcs Wings ( Any two flavour )
3x Red Bean Mochi with Ice Cream

*Boleh WhatsApp nombor (011 - 1057 4388) untuk tempahan.


Eung Chicken
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
  Ahad hingga Khamis : 12.30 tengahari – 11.00 malam
Jumaat dan Sabtu : 12.30 tengahari – 11.30 malam
No Telefon: 011 - 1057 4388
Instagram : https://www.instagram.com/eungchickenmy/
Facebook : https://www.facebook.com/eungchicken/

9 comments:

  1. rasanya kat sini takdak huwaaa teringin jugak nak merasa

    ReplyDelete
  2. ayam goreng korea ni memang sedap.(^_^)

    ReplyDelete
  3. Kak Sally, thank you for mentioning about the public transport. Ingatkan nak give up dari pergi tempat ni untuk cuba ayam dia sebab tempatnya macam agak jauh dari rumah dan takde siapa nak bawa. Tapi bila baca dia accessible by public transport, bolehlah cuba bila balik Malaysia nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...akak mmg suka bg info public sebab selalu guna..takut org nak tau jugak baik bgtau siap-siap..nnt nak g ajak la akak sekali

      Delete
    2. Insya Allah. Memang ingat nak ajak jumpa bila kita balik nanti! :D

      Tempat lepak haruslah yang bertemakan Korea. Hahahahahah :D

      Delete
  4. Sedapnya.. Bila nak blanja kita :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya.harga pun nampak berpatutan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. Kakak kimchi..
    semua makan awok ni sedap ler...
    lelagi ayam korea tu...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!