Tuesday, March 13, 2018

Laksaamana, Damansara Uptown



Laksaamana, Damansara Uptown | Area PJU memang ada banyak kedai makan, kebetulan masa ke The Starling (nak tunggu shuttle bus), perasan ada kedai Laksaamana ni. Laksaamana terletak berhadapan dengan The Starling tu, opposite jalan besar tu. Kalau nak g sini, parking kat The Starling pun boleh.


Laksaamana dah lama dibuka, tapi yang Sally pergi ni outlet yang baru diambil alih oleh owner yang baru. Selain daripada Malaysia, ada satu franchise yang dibuka di Singapore. Pengasas Laksaamana ni sebenarnya 3 orang sahabat baik, MELAYU-CINA-INDIA. Memang masyarakat majmuk sangat kan? Ini barulah Malaysia!

Konsep Laksaamana ialah mereka nak semua orang boleh duduk dan makan bersama, tak kisah la Melayu ke Cina ke India ke..semua boleh menikmati makanan yang sama, selera yang sama. Mostly menu kat sini antara menu yang menjadi selera rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Asam Laksa, Curry Laksa dan Clear Soup Noodles..Tu antara menu utama yang menjadi pilihan dan top kat sini, jadinya Sally pun cuba jugak la...tapi tak semua la cuba, kang kembung perut hirup kuah!


Nasi Ayam Tumis Pedas (RM9.90)
Ikan Goreng Berempah (RM6.00)
Ayam Goreng Berempah (RM7.00)

Nasi Ayam Tumis Pedas tu antara menu hot kat sini, kalau korang nak tau..set nasi ni menggunakan ayam cincang yang dimasak dengan rempah special, pedas tapi sedap. Kalau tak cukup boleh tambah ikan goreng dengan ayam goreng berempah tu. Ayam Goreng Berempah dia mmg sedap!


Curry Seafood (RM14.90)

Siapa yang tak suka dengan Mee Kari kan..Seafood dia melimpah ruah haaa...dah macam dalam akuarium je..hahahaha..fresh, gravy dia sedap!


Asam Laksa (RM8.90)

Sally memang peminat Asam Laksa, payah nak jumpa resepi yang ikut selera. Tempat favorite Sally kat Ampang Park pun dah kena roboh, jadinya kena la cari tempat baru kalau nak makan Asam Laksa. Cumanya kat sini macam portion dia kecil sikit, tak cukup tauuu..hahaha..Kalau kuah dia tu ada banyak fish chunk, ada bunga kantan mesti lagi sedap. Yang buat lagi sedap, petis udang dia..Nasib baik ada kalau tak nak mogok lapar! eh..?


Asam Fish Balls (RM5.90)

Kan dah cakap, semangkuk Asam Laksa tak cukup..Hahaha..lepas dah makan Asam Laksa, sambung pulak makan Asam Fish Balls. Konon nak makan ringan-ringan jela..hahaha..Sedap jugak makan Asam Fish Balls, sebab kuah yang sama dengan Asam Laksa tuu, tapi bila makan macam ni jadi agak masin sikit.


Jemput makan! Hehehe..eh, kalau korang berada berdekatan dengan area Damansara Uptown, atau teringin nak makan menu-menu rasa asli..Korang boleh la cuba makan kat Laksaamana..Menu dia simple tapi penuh citarasa masakan Malaysia.

Laksaamana, Damansara Uptown
83, Jalan SS21/37, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Facebook | Instagram

10 comments:

  1. Simple je tgk menu dia...
    ok x dik?

    ReplyDelete
  2. sedap pula tengok
    dah lah saya nih hantu laksa
    nak kena ajak member try nih

    ReplyDelete
  3. Nanti bule Cuba asam fish ball. First time dgr

    ReplyDelete
  4. Ingatkan jual.aneka laksa rupanya ada juga menu lain dijual ye.tapi akak germa je bila baca entry sally.takde cerita bab makan tak sah..saja bagi org jeles kan?

    ReplyDelete
  5. Sedappnya, dah la tengah puasa ni. Aduhh, godaan tak sabar nak buka puasa

    ReplyDelete
  6. Nampak best je sally menu dia
    Sebut asam laksa, teringin nak rasa. Hehe

    ReplyDelete
  7. Harga pun tgok ok jugak..

    ReplyDelete
  8. Menu simple tapi nampak sedap...sally ni suka buat org terliur lah..

    ReplyDelete
  9. Wah bagusnya tiga sekwan dari malayu cina dan india..tengok makanannya pun campur2, sedap tengoknya..boleh try bila p damansara

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!