Saturday, April 14, 2018

Port Lepak Baru Di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras.


Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras | Kalau korang sukakan dessert atau nak cari port lepak baru yang ada WIFI dan selesa, Sally nak suggest korang ke Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras. Lokasi dia hanya terletak 4km daripada station MRT Bandar Tun Hussein Onn.



Kalau korang nak rasa Tiramisu yang sedap, boleh la cuba dekat Blue Cafe. Portion dia besar dan yang penting kena la dengan selera Sally. Biasanya kalau Sally cakap sedap tu memang sedap la kan..hahahaha..



Sally ada cuba Hazelnut Latte & Caramel Latte. Memang best minum panas-panas lepas makan desserts. Kalau korang tak nak makan Tiramisu, ada juga Brownies dengan aiskrim.



Blue Cafe terkenal dengan makan Fusion Western macam pizza, burger, sandwich, pasta dan yang paling penting cafe dia memang selesa, sebab ada penghawa dingin dan kawasan yang luas. Korang boleh pilih nak duduk ditingkat atas atau bawah.

Baca lanjut : Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras.





Pendek kata memang selesa la kalau nak lepak dengan kawan-kawan dekat sini. Selain daripada Tiramisu dan Brownies, ada kek lain juga mengikut hari.

Kalau korang suka boleh jugak rasa Fruits Yogurt atau Mango / Honey Dew / Taro Yam / Strawberry Shaved Ice. Macam ABC cuma dengan buah-buahan yang segar dan pelbagai jenis manisan yang lain dalam satu bekas.

Blue Cafe
No. 7, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras, Selangor
Facebook | Instagram

8 comments:

  1. Bandar Mahkota Cheras dekat tak dengan LRT Cheras?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm jauh lg Mak...paling dekat kat MRT Bandar Tun Hussein Onn.

      Delete
  2. wahhh bestnyaa siap boleh duduk bawah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...santai dgn kawan² pun syok kalau gini...

      Delete
  3. Brownies dengan aiskrim tu sedapnyaaa nampak.

    ReplyDelete
  4. syok kedai ni boleh makan bersila kat lantai
    yg brownies aiskrim tu nmpk sedapp

    ReplyDelete
  5. wahh..nampak mcm best kalau lepak dgn member2 sambil borak2 pastu pekena Hazelnut Latte..fuhhh

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!