Friday, April 13, 2018

Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras.


Makan Western di Bandar Mahkota Cheras | Sally bukan jenis yang suka cari restoran baru nak cuba..salah satu sebab, malas...dan prefer makan dekat kedai yang dah biasa kita pergi..hahaha..tapi ni Sally baru dapat tahu yang dekat area Bandar Mahkota Cheras ada restoran baru yang menyajikan makanan western, tapi dengan selera Malaysia.


Blue Cafe terletak di Bandar Mahkota Cheras, dekat je dengan AEON tu..kalau korang yang familiar dengan kawasan sana. Dulu restoran ni dikenali sebagai Grey & Blue Cafe, tapi sekarang rebranding sebab bertukar ownership...Sekarang ni kira partnership yang baru tapi masih dengan konsep yang sama.

Yang penting sekali, kat sini WiFi FREE dia laju gila okay, kalau nak lepak kat sini pun mmg terbaiklah! Makanan dia pun takde la mahal sangat, masih lagi affordable dan setanding dengan kualiti yang diberikan.


Yang ini antara air yang pada Sally boleh korang cuba. Untuk soft drinks kebanyakkannya bergas tapi ada gak yang tak bergas. Peach Mojito, Ribena Lemon, Blue Lagoon, Strawberry Soda, Rosie Special dan banyak lagi. Ikut la kehendak tekak korang nak minum apa.

Seafood platter

As starter, kalau korang nak makan tapi xtau nak pilih yang mana satu...makan je safood platter ni...sebab dalam ni ada indomie, spaghetti vongole, udang, sotong, ikan, kentang goreng. Kalau korang big eater mesti boleh habiskan seorang je tapi kalau tak, set yang ni sesuai untuk 2 orang. Sedapnya yang ni sebab semua maknan laut yang dia gunakan sangat fresh.

Mixed Grilled Platter

Yang ni pulak kalau korang tak nak makan benda berat tapi nak yang simple...Sally suka yang ni sebab semua benda ada dalam satu ni...yela..kadang kita teringin nak makan seafood, tapi ayam pun nak jugak..bukan kita laa...sebenarnya Sally..hahahahaha...

Dalam set yang ni ada udang, ayam, ikan yang digril dan didatangkan dengan kentang putar dan sos lada hitam.

Fish & Chips

Grilled Chicken Chop

Cheese Chicken Chop

Kalau korang favorite makan burger, tapi tak suka makan roti dia...Sally suggest korang makan je Cheese Chicken Chop ni...sebabnya ini memang syok...disebalik ayam yang digril tu ada keju mozarella, ada sos thousand island, ada salad dengan potato wedges.

Chicken Rendang Pizza

Yang ni yang paling special korang...sebabnya ini yang rendang crispy! Hahahahaha...sebab pizza dia punya doh tak terlalu tebal tak terlalu nipis, just nice...tapi Rendang Ayam dia sumpah la sedap gila, pedas dengan rempah yang cukup...kategori mantop!

Smoked Duck Pizza

Kalau korang peminat itik, ini pun salah satu menu yang boleh cuba kat Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras. Pizza dia nipis, rangup dan yang penting sekali itik dia mmg superb!

Lamb Shoulder

Oblong Beef Burger

Spaghetti Vongole

Smoked Duck Spaghetti

Sebenarnya kat sini ada banyak jenis makanan yang korang boleh cuba. Semua menu dia macam lebih kepada Western but Fusion Western..Kiranya sesuai la untuk tekak rakyat Malaysia. Blue Cafe ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dan dibuka bermula pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam.

Blue Cafe
No. 7, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras, Selangor
Facebook | Instagram

7 comments:

  1. Dugaan apakah baca entry ni tengah tengah malam. Hahah! Nampak sedap semua menu dekat atas tu. Paling rare pizza rendang, boleh lah try jugak nanti.

    ReplyDelete
  2. Adui.. sally.. awat semua gambar buat TB terliur je ni. nak pulak yang Grilled Chicken Chop tu.. persembahan dia tu macam buat TB geram je..

    ReplyDelete
  3. Aduh sally terliur zaza tgk.. Area bndr zaza ni xde sgt menu2 mcm ni.. Maybe ade tp zaza xtau tmpt kat mana.. Uihhh lapaaarrrr suap sikit hihi

    ReplyDelete
  4. Aduduhhh menariknya semua hidangan yang ada di Blue Cafe ni.. kalau dekat, nak terjah jugak.. seafood platter tu boleh makan ramai jugak tu. Besar portion dia...

    ReplyDelete
  5. Adoiii semua mgiurkan...lm x mkn western hihi

    ReplyDelete
  6. Memang silap besarlah terbaca post ni sekarang ni. Seafood platter dia! <3

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!