Review Filem Surf This Love karya Pengarah Waan Hafiz.



Filem : Surf This Love - Gelora Juara
Terbitan : GSR Production Sdn Bhd
Pengarah : Waan Hafiz
Lakonan : Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardel Ayana, Syuhaida Abraz (Dottie), Mustaqim Bahadon
Tarikh tayangan diseluruh pawagam Malaysia : 22 Febuari 2018


Baca lanjut : 5 Lokasi Luncur Ombak di Malaysia

Sinopsis Filem:
Filem ni mengisahkan tentang Billie yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman yang menggemari sukan luncur sejak kecil walaupun tidak pernah bergiat secara serius dalam suka tersebut. Abang Billie, Bobby merupakan seorang peluncur yang popular tetapi telah mati lemas dalam satu pertandingan luncur air di Bali.

Kehadiran seorang blogger cantik, Mia daripada Kuala Lumpur merubah segalanya. Mia telah mengambil Billie sebagai pemandu pelancong kerana beliau baru kali pertama datang ke Pualau Tioman. Percutian yang singkat menimbulkan bait-bait cinta antara mereka.

Konflik mula timbul daripada beberapa peristiwa yang membawa kembali semangat Billy untuk meneruskan cita-citanya menjadi peluncur yang berjaya. Tunang Mia yang juga sahabat kepada Bobby dan Jimmy muncul semula dan bermula la beberapa kes yang membawa kepada masalah kepada Billie.


Hah! Kalau korang nak lebih kenal sukan meluncur ombak di Malaysia, korang boleh la ramai-ramai serbu pawagam yang berdekatan dengan korang..Sebelum korang belajar menyelam dan meluncur ombak, korang boleh la selami filem ni dulu! Hahaha! Filem ni akan menjadi filem pertama tentang sukan luncur ombak di Malaysia tau, filem yang akan menyingkap kisah hidup seorang peluncur ombak dan kisah hidup mereka!


Komen Sally:

Filem ini mengetengahkan genre Komedi Romantik dan salam masa yang sama turut mengetengahkan aktiviti suka luncur ombak di Malaysia yang tidak diketahui ramai. Pada Sally jalan ceritanya agak okay, tapi bahagian penutup terlalu cramp walhal pada awal cerita tidak terlalu awal dan tidak terlalu lembap.

Sally suka idea pasal sukan ekstrem ini sebab kat Malaysia kalau filem Melayu suka sangat watak cliche macam hero dia pilot tak pun anak Datuk, CEO Syarikat dan sebagainya. Dalam filem ni korang boleh tgk sisi komedi yang pada Sally "chemistry" dorang sangat sepadan.

Watak Siti Lobster (Syuhaida Abraz [Dottie]) dan watak Pekin Ibrahim (Jimmy) yang paling Sally suka dalam ni. Watak mereka tak berat tapi pada Sally watak dorang ni yang sebenarnya menjalankan filem ni. Lakonan Shukri Yahaya & Cristina Suzanne pun bagus sebab lawak mereka tu sangat bersahaja.



Untuk filem ni, Sally bagi 7/10 bintang. Jadi korang jangan lupa pergi pawagam yang berdekatan sebab filem ini dah mula ditayangkan semalam!

Post a Comment

9 Comments

  1. Menarik.... Dah boleh tengok ni bile otomen balik dari langkawi..ekekeke..

    ReplyDelete
  2. Yer terlalu banyak kita dihidangkan dengan watak hero anak datuk dan hartawan. Sesekali bila ada watak begini baru nampak realiti masyarakatnya di situ .

    ReplyDelete
  3. Kat smua pawagam ke ada sally? Atau pawagam terpilih je?

    ReplyDelete
  4. Shukri yahaya ke heronya. Suka sangat dengan lakonan dia..😍😍

    ReplyDelete
  5. Wah, mesti Best crita ini bila baca komen Sally ada activities ekstrem lagi

    ReplyDelete
  6. Confirm best filem nih.xsabar nak tgk

    ReplyDelete
  7. nampak je shukri yahaya disitu i is rasa nak tengok je citer ni.. minat giler dengan shukri yahaya tu.. hehe

    ReplyDelete
  8. teringin lah nak tngok cerita ni.. sbb syukri. hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!