Meluncur air di Malaysia? Ini 5 lokasi yang perlu korang cuba!


Surfing di Malaysia | Sukan Surfing ataupun sukan meluncur air merupakan sukan yang jarang kita dengar di Malaysia..Kalau badminton, bola sepak, hoki itu memang sangat terkenal di Malaysia..tapi jangan tak tau, di Malaysia juga korang boleh meluncur air!

Di Malaysia juga ada tempat yang sesuai untuk meluncur air..haaa..mesti korang pun terpinga-pinga,,iya ke ada iye ke tak kan...tapi kalau korang perasan, Malaysia pernah menganjurkan beberapa pertandingan di Pulau Tioman, Cherating dan Pantai Batu Burok pun pernah menjadi lokasi pertanding meluncur air peringkat antarabangsa!

Image credit : Cheratingpoint

Bila masa yang sesuai untuk meluncur air di Malaysia?
Musim meluncur di Pantai Timur biasanya bermula pada bulan Oktober / November sehingga Februari / Mac. Biasanya pantai-pantai di Pantai Timur menjadi zon bahaya dan dilarang masuk sebab musim tengkujuh dan hujan tanpa henti tetapi bila masuk musim tengkujuh, sukan meluncur air akan mengambil tempat.

Di Pantai Barat pula, musim luncur di Langkawi bermula dari April sehingga Oktober.

So, back to our topic..di mana nak meluncur air di Malaysia?

Ada beberapa kawasan yang sering menjadi tumpuan peluncur air daripada serata dunia, antaranya:

PAHANG
Cherating - Cheratingpoint
Pantai Juara & Pantai Mentawak di Pulau Tioman

JOHOR
Desaru dan Tanjung Resang

TERENGGANU
Pantai Batu Burok, Kemaman dan Besut.

KEDAH (Langkawi)
Pantai Cenang dan Pantai Tengah

KUALA LUMPUR
Sunway Lagoon

Kalau korang nak tau lebih lagi pasal sukan meluncur air di Malaysia, korang boleh join group Malaysian Surfing Groups (Malaysia Surfing Association) dan jangan lupa baca 5 Tips Wajib Sebelum Surfing ni!


Korang! Ini ada lagi pasal meluncur air di Malaysia! Hahaha...Surf This Love akan menemui korang di pawagam seluruh Malaysia..

Filem : Surf This Love
Terbitan : GSR Production Sdn Bhd
Pengarah : Waan Hafiz
Lakonan : Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardel Ayana, Syuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon
Tarikh tayangan seluruh pawagam : 22 Febuari 2018

Filem ni mengisahkan tentang Billie yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman yang menggemari sukan luncur sejak kecil walaupun tidak pernah bergiat secara serius dalam suka tersebut. Abang Billie, Bobby merupakan seorang peluncur yang popular tetapi telah mati lemas dalam satu pertandingan luncur air di Bali.

Kehadiran seorang blogger cantik, Mia daripada Kuala Lumpur merubah segalanya. Mia telah mengambil Billie sebagai pemandu pelancong kerana beliau baru kali pertama datang ke Pualau Tioman. Percutian yang singkat menimbulkan bait-bait cinta antara mereka.

Konflik mula timbul daripada beberapa peristiwa yang membawa kembali semangat Billy untuk meneruskan cita-citanya menjadi peluncur yang berjaya. Hah! Kalau korang nak lebih kenal sukan meluncur air di Malaysia, korang boleh la ramai-ramai serbu pawagam yang berdekatan dengan korang..

Sebelum korang belajar menyelam dan meluncur, korang boleh la selami filem ni dulu! Hahaha! Filem ni akan menjadi filem pertama tentang sukan ini di Malaysia tau, filem yang akan menyingkap kisah hidup seorang peluncur air!

Post a Comment

8 Comments

  1. Wahhh promo filem ye.. hihi.. Shukri Yahya tu... kena tengok ni ...

    Kak Ros tak pernah try luncur air, sebab memang takut air laut.. tak pandai berenang... hihi

    ReplyDelete
  2. Sally meh la dtg pahang jalan2 hehe.. Xpernah lagi meluncur tak ada keberanian.. Tambah tak reti berenang.. Tp suka tgk org lain je main hehe

    ReplyDelete
  3. Alamak .. ternampak shukri yahya disitu.. mestilah excited bzk tengok.. best ni. huhu. tb x pernah meluncur lagi sebab memang takkan kot sebab tb x reti berenang.. huhu

    ReplyDelete
  4. Bab bab meluncur akak tak berani. Hahaha.. Wah ada filem baru berkaitan sukan luncur air ni. Nak nak hero Shukri Yahya kena tgk ni

    ReplyDelete
  5. wahh tak taw pulak ombak kat malaysia ni boleh meluncur. btw, cerita ni memang lain dari yang lain sbb kat malaysia tak banyak watak utama seorang peluncur atau kerja yang berkaitan sukan, biasanya pilot, polis, abang bomba, kerja company, hahaha

    ReplyDelete
  6. eh kat besut serious ada ke? Tak tahu pun. Next time balik blh terjah

    ReplyDelete
  7. Jom sally kita surf kat rumah akak? dekat je Cherating tu hahah . Ke akak jd Shukri Yahaya, sally bawa watak Mia tu je hahahahahah

    ReplyDelete
  8. eh I berkenan betul lah dengan hero dia, hansem ahahahahhaha maaf laki orang okeh

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!