Tuesday, January 9, 2018

Resipi Kebab Ayam Durhaka


Memasak sendiri kat rumah memang jadi kegemaran Sally akhir-akhir ni..lagi-lagi bila dah tak kerja ni kan..Nak beli pun malas, nak makan kat kedai pun malas..jadinya pilihan yang terakhir adalah masak sendiri..termasuklah masak benda-benda yang selalunya org kita lebih prefer beli daripada buat sendiri..

Baca | Resepi : Kebab Daging Pemalas

Salah satu sebab kenapa nama kebab ni nama dia Kebab Ayam Durhaka...Sebab bahan-bahan dia tak cukup..sos tiram takde, sos cili biasa pun takde..hahaha..ibu la punya pasal..dia kata ada..LOL..tapi semuanya ikut tekak korang, tapi resepi yang Sally bagi tu resepi asal tau.


Resepi Kebab Ayam Durhaka

Bahan-bahan inti kebab:
~ 500g ayam cincang (boleh tukar daging juga)
~ 5 ulas bawang putih - dicincang
~ ¾ biji timun Jepun - hiris panjang
~ ¾ batang carrot - hiris panjang
~ 1 bawang besar - dicincang
~ 2 biji tomato - dipotong dadu
~ Mayonis
~ Sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap
~ Sedikit minyak sayuran untuk menumis
*Choice lain yang ada...boleh gunakan sayuran yang beku tu...nampak variety sikit...

~ 3 keping roti pita
(Roti ni korang bakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah kepada dua bahagian dan buat poket macam poket Doraemon)

Cara nak masak pula senang je...Korang tumis bawang putih, bawang besar sampai garing, masukkan daging cincang dan goreng sampai garing...masa nak menumis jangan gunakan minyak banyak. Lepas tu masukkan sayuran tadi (kecuali tomato), masukkan sekali sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap, yang ni Sally tak bagi sukatan...korang cuba la agak-agak kena dengan selera sendiri...Lepas dah agak-agak masak tu...tutup api...Campurkan tomato, campurkan sedikit mayonis dalam adunan inti tadi dan dah boleh sumbat dalam poket roti pita kita...

Senang je kan nak buat kebab sendiri? Jangan lupa cuba okay!

14 comments:

  1. sedapnya kebab , lama dah tak makan kebab tengok sally post nie terus teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..boleh la cuba lepas ni...mmg puas hati la makan!

      Delete
  2. Sedapnya sally.. Zaza tau mkn je..hehe tgk resepi sally ni mudah je nk buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Sally sejak x keja ni..Jd kedekut sikit..tu yg kalau teringin je terus beli brg, buat sendiri..makan la sampai puas hati

      Delete
  3. kenapakah namanya begitu wahai sally.. hahaha kebab ayam durhaka.. kih3.. tali nampak lazat kebab nyaa.. boleh try tapi nak tukar resepi kebab ayam dur dur dur..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sebab kenapa nama kebab ni nama dia Kebab Ayam Durhaka...Sebab bahan-bahan dia tak cukup..sos tiram takde, sos cili biasa pun takde..hahaha..ibu la punya pasal..dia kata ada..LOL..tapi semuanya ikut tekak korang, tapi resepi yang Sally bagi tu resepi asal tau.

      Delete
  4. Nampak cam sedap! Dah lama tak makan kebab tapi apasal sampai durhaka namanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bahan-bahan dia tak cukup..sos tiram takde, sos cili biasa pun takde..hahaha..ibu la punya pasal..dia kata ada..LOL..

      Delete
  5. Lama dah tak makan kebab. Kat sini tak dapat nak buat sebab takde ayam dengan daging halal. Rindu nak makan ayam! T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ampun..kesiannya lahai...bertabah laaa...tak niat pun nak bg terliur

      Delete
  6. Lama tak mkn kebab, masa belajar dlu suka beli

    ReplyDelete
  7. lama dah tak makan kebab, bila tengok gambar ni terliur kemain!

    ReplyDelete
  8. Buat sendiri lagi bagus..bnyak isi leh bubuh..hehee..nanpak swdp

    ReplyDelete
  9. nama recipe kemain nak durhaka hehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!