Resepi | Kebab Daging Pemalas

9:43:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Semenjak start bulan Ramadhan, Sally masih lagi belum jejak ke mana-mana bazaar...ada satu hari tu entah kenapa mengidam nak makan kebab...jadinya terus la ke Giant, cari barang-barang dia...resepi yang Sally kongsi ni untuk mereka yang malas tapi nak makan macam Sally..hihihi...


Resepi Sally, Sally guna daging burger je sebab nak cepat...tak kisah la...janji masuk dalam perut, kenyang! Untuk roti pita tu, korang boleh je nak beli yang dah siap, tapi yang Sally gunakan ni roti pita yang frozen...sebab takde yang biasa punya....

Bahan-bahan inti kebab:
~ 3-4 keping daging burger jenama Ramly - dipotong dadu
~ 5 ulas bawang putih - dicincang
~ ¾ biji timun jepun - hiris panjang
~ ¾ batang carrot - hiris panjang
~ 1 bawang besar - dicincang
~ 2 biji tomato - dipotong dadu
~ Mayonis
~ Sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap
~ Sedikit minyak sayuran untuk menumis
*Choice lain yang ada...boleh gunakan sayuran yang beku tu...nampak variety sikit...

~ 3 keping roti pita
(Roti ni korang bakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah 2 dan buat poket macam poket Doraemon)

Cara dia senang je...Korang tumis bawang putih sampai garing, masukkan daging burger dan goreng sampai garing...masa nak menumis jangan gunakan minyak banyak sebab kita tau daging burger tu nanti akan keluarkan minyak dia sendiri...

Lepas tu masukkan sayuran dan bawang tadi, masukkan sekali sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap, yang ni Sally tak bagi sukatan...korang cuba la agak-agak kena dengan selera sendiri...Lepas dah agak-agak masak tu...tutup api...campurkan sedikit mayonis dalam adunan inti tadi dan dah boleh sumbat dalam poket roti pita kita...


3 keping roti pita boleh menghasilkan 6 kebab...Sally makan 2 kebab masa berbuka kelmarin, terus tak makan nasi...tak tengok benda lain dah...hahahaha...kenyang!

Selamat mencuba!

You Might Also Like

10 comments:

  1. ok boleh try...suami suka sangat makan kebab ni..tengok gambar pon menyelerakan sangat....

    ReplyDelete
  2. Sis , terliur kita pagi2 tgah puasa ni t.t wuhaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Ape ni tghari tgk gmbr makanan. Hahaha

    ReplyDelete
  4. nampak mcm sedap je ni :)

    ReplyDelete
  5. Sally roti pita ty beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau kat giant @ aeon big...sure ada...cr kat bhgn roti, pastri...

      Delete
    2. Ohh ok. Macehh. Nak try buat. Heheh :D

      Delete
  6. Adoiiii.. Terliur. Sng je buatnya eh.. Nk try la nti .. Nyummnyumm

    ReplyDelete
  7. malas x malas Sally oooi.. janji sedap bila ngap..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!