Review | Lacelle Diamond Daily by Bausch & Lomb.


Dah bulan Julai...maknanya dah masuk dua bulan Sally cuba guna contact lens...Zaman dulu ada la tapi zaman tu guna sebab nak dapat mata lain daripada biasa...tapi bila banyak kes pasal mata rosak terus la taubat tak nak guna sembarangan...So, kalau korang nak guna contact lens...pastikan guna lens yang betul-betul mengikut piawaian tau..



Sebelum ni Sally ada cerita pasal pengalaman Sally guna Bausch & Lomb SoftLens 59, kali ni Sally nak review pasal Lacelle Diamond pulak..rasa excited pulak guna lens warna Pink Rose dengan Aqua Glacier ni...nampak je macam warna pelik tapi bila dah pakai kat mata elok je pun..Dalam range Lacelle Diamond ada 3 warna lens; Pink Rose, Champagne Brown & Aqua Glacier.

Lacelle Diamond ni merupakan daily lens...sesuai untuk mereka yang jarang guna lens, atau yang guna lens bila ada event yang tertentu...dan semestinya sesuai untuk mereka yang selalu travel sebab senang nak guna..tak payah nak fikir macam mana nak simpan..Sebabkan lens ni berwarna, so..kita boleh la nak OOTD gunakan lens ni...apa...ingat baju je boleh OOTD?


Lens Description:
↪ COLOR: 3 colors
↪ MODALITY: Daily Disposable
↪ WATER CONTENT: 55%
↪ DIAMETER: 14.2mm
↪ PACK SIZE: 10pcs/30pcs
↪ POWER: Piano
-6.00 D (0.25 D increments)
-6.50 D to -9.00 D (0.50 D increments)
-0.25D and -0.75D not available
Lacelle Diamond Daily ni boleh dibeli di kedai-kedai optik seluruh negara dengan harga serendah RM 42 per box (10 pieces) dan RM 110 per box (30 pieces).


Selalu Sally dengar yang contact lens yang berwarna boleh menyebabkan mata kita kering lebih cepat daripada lens yang tidak berwarna, tapi lain dengan Lacelle Diamond Daily ni...walaupun guna dalam jangka masa yang lama (9am - 7pm), tapi mmg tak rasa pun mata kering..mmg kalau pasal keselesaan lens, Sally boleh katakan Bausch & Lomb tetap yang terbaik!


Tapi in terms of colour, Sally rasa tak berapa okay laa..hahahaha...I mean it like seriously...sebab warna anak mata Sally hitam, jadinya bila pakai lens ni warna tu agak tak ketara...and in terms of price, agak mahal la untuk daily lens...sayangnya duit! Hahahaha..tapi overall, since it was so comfortable..I would rate it as 4.5/5 stars!

Kalau korang rajin, boleh usha laman web www.lacelle.com.my dan join kuiz Colour Quiz / Colour Matcher...Korang boleh dapat tau lens mana yang sesuai dengan personaliti korang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke pautan www.bausch.com.my atau ke laman Facebook rasmi; facebook.com/BauschAndLombMY

Post a Comment

25 Comments

  1. La baru nak tgk mata korea tadi hehehehe. Sejak pakai ni rasa mcm mana ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..Korea ke Malaysia sama je anak mata tuu..eheee...so far so good, sbb yg ni agak ringan berbanding yg lens sebelum ni Sally cuba..

      Delete
  2. Teringin haa nak pakai lens . Tapi tak pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sama laaa...awal-awal rasa macam nak menangis je..haha

      Delete
  3. Kalaulah akak boleh pakai mmg lama dh beli

    ReplyDelete
  4. Dah lama x pakai contact lens sbb rasa x selesa... Good tips for contact len users...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lama sangat Sally pun tak suka juga..tapi nasib la lens yang ni jenis ringan, kurang iritasi..

      Delete
  5. Yes..akak memang suka denhan lacelle diomand..nampak mata akak yangkecik dah jadi besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Sally pun suka tgk akak pakai...cantik sangat mata! :D

      Delete
  6. Tak pernah pakai lens, takut... Huhu tpi warna dia cantik

    ReplyDelete
  7. Dari dulu teringin nak pakai. Kalau boleh nk ada corak macam dalam cite Naruto tue.

    Tapi itu la, mata sekarang makin teruk rabunnya

    ReplyDelete
  8. teringin nak pakai contact lens tapi sejak penah kena infection kat mata dulu mcm trauma.. plus klo tambah power agak pricely.. baiklah kite berspek je..heheh..

    ReplyDelete
  9. Akak tak berani nak pakai lense. Rasa macam leceh jer 😁

    ReplyDelete
  10. Ramai yang dah try tapi saya masih tak try sebab ada pilihan sendiri hehe. harganya quite pricey kan.

    ReplyDelete
  11. Cantik warna dia. Yaya pernah pakai lens mereka juga memang ringan je hee

    ReplyDelete
  12. Eh eh, baru nak tengok sally pakai. hehehe Iday tak pernah pakai lens, nak jugak pakai sebab senang tak leceh dengan spek ni. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Mahal jugak ya. Tapi okla kalau selesa. Salma ada beli brand apa tah last month kat kedai spek, tapi pakai memang kering mata. Tak boleh nak pakai half day pun. Rugi je rasa sebab mahal gak beli. Huhuhu

    ReplyDelete
  14. I pernah cuba contact lenses brand ini, ok and mata tak kering.

    ReplyDelete
  15. comel la lens weii..nak p beli gak lerrrr

    ReplyDelete
  16. Sampai sekarang tak reti dan tak pernah pakai contact lens.

    ReplyDelete
  17. Wah cantik..rabia tak pakai lens,,hehehe,pakai cermin mata jer 😄😄😄

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!