Pika Pika Sparkling Bright Tea Party & The Butterfly Project Malaysia.


Blog Sally ni bukannya ber"niche" beauty, lebih kepada lifestyle..tapi diberi peluang untuk sama-sama dengan beauty blogger yang lain daripada The Butterfly Project Malaysia..mmg teruja gila! hahaha...Rasanya korang dah baca kan pasal Set penjagaan wajah terbaru dari Jepun, Pika Pika..?

Bertempat di Forêt Blanc, Petaling Jaya..event ni mengetengahkan set penjagaan wajah terbaru daripada Jepun yang dikenali sebagai PIKA PIKA. Set ni korang boleh dapatkan di stor Watsons Malaysia yang berdekatan dengan korang.


Dari pagi ke event dengan blogger kak Aiin Baharom...sampai pun tak terlalu lambat, nasib baik jugak laa...Samapai je terus kena posing untuk photographer Watsons..itu yang sengeh je tu..hahahaha...jadi blogger ni lain sikit daripada life orang yang biasa...mana-mana mesti kamera yang jadi keutamaan, kalau makan pun kamera yang makan dulu..hahahaha


Ini muka-muka yang ada kat meja Sally...dan ini sebelum masing-masing kena cuci muka dengan produk-produk daripada set PIKA PIKA..Yes, kitorang cuba kat situ satu persatu tau...mmg kelakar la masing-masing...yang mana pakai mekap tebal semua rasa nak menangis sebab kena cuci mekap..hahaha..kalau Sally mmg muka mekap pun macam tak mekap, macam tu jela mukanya...


Lepas tu kena pulak buat NO MIRROR MAKE-UP CHALLENGE..Kelakar betul rasa...ada yang mmg dah biasa mekap...sap sap soii je dah cantik dah muka...yang Sally ni terkial-kial lagi nak mekap...nasib la dah biasa mekap dalam kereta..setakat tepek bedak, tonyoh gincu tu takde masalah la kot...tapi kalau suruh buat kening, pakai eyeshadow masa takde cermin..haru biru la nak!


Lepas dah habis sesi dengan produk PIKA PIKA, dapat pula makan desserts yang comel-comel daripada Forêt Blanc. Semuanya sedap...Sally jarang la suka makan macaroons sebab kebanyakkannya manis melampau..tapi yang Forêt Blanc punya semua sedap..tak manis sangat..mmg just nice...

Coklat, kek, scones & mousse tu pun sedap..I wish to get a cup of coffee masa tu, mmg totally a great tea party laa...tapi sebab tea party kan..mana ada orang served kopi..hahahaha..kesian Seketul Sally tak dapat minum kopi..


Yang ni pulak in-house surprise daripada Forêt Blanc; (Freezy Bowl) Unicorn Ice-Cream...semuanya edible tau..semua boleh makan...the strawberry; it's a chocolate Bon Bon...Those wings are made up of meringue...Not to mentioned la kan, macaroons tu super gila sedap! Every single person kat Forêt Blanc ni mmg honestly gila genius when we talk about desserts!

Next time Sally nak datang lagi sini..to satisfy me sugar craving of course! Korang kalau nak datang kesini, boleh search Forêt Blanc..Monday (closed) Tues-Thurs 1pm-9pm, Fri-Sun 1pm-10pm.

Post a Comment

5 Comments

  1. Seronoknya aktiviti dia. Ni kalau mama mekap xde cermin maunya jd org utan. Sebab xpenah mekap hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok...sbb bukan event yg heavy kan...lagipun mekap..semua ppuan suka..hihihi

      Delete
  2. Seronoknya event yang macam ni :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!