Set penjagaan wajah terbaru dari Jepun, Pika Pika.

1:31:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


PIKA PIKA SKINCARE FROM JAPAN | Walaupun Kakak Kimchi korang ni pengguna tegar barangan penjagaan diri daripada Korea..tapi kalau ada benda baru dalam pasaran termasuklah daripada drug stores di Malaysia, mmg la kena share...benda baik takkan nak guna sorang-sorang kan?

Baru-baru ni Sally dapat kenal dengan lebih dekat lagi produk terbaru daripada Jepun; Pika Pika..terima kasih kepada The Butterfly Project Malaysia yang anjurkan Pika Pika Sparkling Bright Tea Party dengan kerjasama daripada Watsons Malaysia. Kalau korang nak tau, dalam set penjagaan wajah terbaru Pika Pika ni ada 3 jenis produk dan semuanya mempunyai fungsi yang berlainan...


i - PIKA PIKA Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid (RM79)
Yang ni produk utama yang Sally nak kongsikan dengan korang...kalau korang jenis pemalas nak bersihkan mekap, yang ni mmg sangat sesuai dengan korang...clensing liquid ni 2 in 1 tau...korang tak payah bersihkan mekap dulu pun dah boleh basuh muka.

DalamSparkling Bright Fruity Cleansing Liquid terkandung AHA dan BHA, yang mana membantu untuk menggalkan sel kulit mati dan membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat tu..So, jangan risau sebab disamping tu..boleh bersihkan mekap juga tau!

ii - PIKA PIKA Sparkling Bright Peel Off Mask (RM49)
Kalau korang uska guna mask, yang ni sesuai sangat dengan korang...peel off mask ni boleh menarik sel kulit mati dan minyak yang berlebihan pada kulit muka..dan yang best nya sebab dalam ni terkandung ARBUTIN; yang mana sangat terkenal sebagai agen yang menghapuskan bintik hitam dan kedutan.

Lagipun produk ni boleh memberikan efek anti penuaan dan kembalikan kulit wajah daripada kusam kepada cerah dan bermaya! yeay!

iii - PIKA PIKA Sparkling Bright Hot and Cool Cleansing Gel (RM39)
Cleansing gel ni lagi best...sebab boleh rasa effect panas dan sejuk..sesuai kalau korang ada masalah disekitar T-Zone, macam Sally...mmg banyak blackheads dekat sekitar hidung...dan kalau korang perasan kat penjuru hidung tu pun susah nak bersihkan.

Effect menthol yang bagi rasa sejuk tu bagi kita rasa "soothing" dekat muka dan kecilkan pori-pori yang ada kat sekitar T-Zone tu..rasa panas tu bukan la jenis yang terbakar tu...cuma korang akan rasa kebas-kebas sikit, rasa macam "sting" kat muka, tapi ianya hilangkan blackheads tu dengan mudah je..tanpa rasa sakit..dah tak payah dah nak picit ke nak korek ke..


Dalam 3 variasi ni...Sally suka dengan Cleansing Liquid & Peel Off Mask tu...sebab mmg antara benda yang paling Sally perlukan sekarang ni...rasanya lately ni Sally tak suffer dengan blackheads sangat macam zaman dulu...cuma minyak kat muka tu agak teruk jugak laa..

Korang yang nak cuba boleh la ke mana-mana Watsons yang berdekatan dengan korang...dan kalau nak tengok video Sally gunakan produk-produk ni boleh tengok kat video di Youtube Sally...

You Might Also Like

11 comments:

  1. Telan air liur juga bila tengok harga dia. Tapi harga overseas skin care memang macam ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..jauh kan datang dari Jepun..LOL!

      Delete
  2. Replies
    1. MAHAL tapi agak berbaloi dengan effect dia :D

      Delete
  3. produk baru - harga boleh tahan jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sikit tapi mmg best guna dia...Sally pun suka guna..lagi-lagi kalau malas nak basuh mekap sebelum mandi :)

      Delete
  4. Banyak barangan baru masuk Watsons tahun ni..

    ReplyDelete
  5. Comelnya nama! Macam Pikachu dah. Sedih banyak event Watsons takleh join sebab mostly on weekday ;(

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!