Koleksi sempena Aidilfitri 2017 daripada CLEODORA, Perhiasan Mewah Dewa Dewi Kayangan.

1:58:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


CLEODORA? Perhiasan Mewah Dewa Dewi Kayangan?

Perempuan dan perhiasan mmg tak dapat dipisahkan...tak salah rasanya kalau Sally nak share dengan korang tentang koleksi terbaru Cleodora sempena Aidilfitri 2017. Tahun ini mereka menggunakan tema "Bling Bling Aidilfitri" sebagai tema utama koleksi terbaru ni..

Sedikit info tentang Cleodora:
Cleodora telah diasaskan oleh Dato Sri Ratu sejak tahun 2011 tapi kurang mendapat perhatian kerana kurang pendedahan pada media dan sosial media...Jadinya pada tahun 2014, Cleodora bangkit dengan koleksi Flora dan Fauna yang menjadi kegilaan kerana konsepnya yang unik, elegan dan mewah dan sejak daripada itu Cleodora telah mendapat tempat dihati wanita dan digelar sebagai 'Perhiasan Mewah Dewa Dewi Kayangan'.


Baru-baru ni Sally dapat la tengok koleksi mereka ni di galeri pameran mereka yang terletak di Menara Maxis, KLCC..Masuk je galeri tu dah bling bling mata sebab tengok semua benda yang cantik...daripada koleksi cincin, gelang tangan, gelang kaki, rantai leher, dan subang telinga.



Cleodora menggunakan emas kuning dan putih kualiti 24K, yang mana mmg sudah ketahui umum ianya mudah dibentuk, teguh dan tidak akan pudar walaupun didedahkan pada air, habuk atau haba. Sesetengah rekaan merupakan rekaan aspirasi daripada pengasasnya sendiri kerana beliau sangat menitikberatkan kualiti dalam rekaan setiap satu koleksi Cleodora.

Cleodora juga mendapat sentuhan daripada pakar-pakar pembuat barang kemas daripada Itali dan India yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang ini.



PELUANG KEUSAHAWANAN BERSAMA CLEODORA
Selain daripada menjualnya, Dato Sri Ratu juga menjadikan Cleodora sebagai satu 'trend' perniagaan..Selain daripada bimbingan profesional dan latihan pengurusan perniagaan, mereka yang berminat juga boleh mendapat pelbagai insentif lumayan termasuk pakej percutian, wang tunai dan kenderaan mewah.


Seperti yang Sally maklumkan tadi, ada sebuah galeri yang dibuka di Suite 110 dan 111, Tingkat 26, Menara MAXIS, KLCC yang dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9am - 5pm. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Eksekutif Pemasaran Cleodora, Puan Hani (017-452 0144) atau boleh je layari laman Facebook : www.facebook.com/cleodoramy



9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

FemMist; spray untuk penjagaan Miss V.

7:53:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Penjagaan Miss V merupakan salah satu perkara yang penting...Tak hairan la ada banyak produk yang memartabatkan penjagaan dan memastikan Miss V berada dalam keadaan yang sihat dan selesa. Masalah keputihan, gatal-gatal yang mencurigakan, atau mula muncul aroma yang tidak sedap tu sudah lali dengan kita...Ianya merupakan salah satu daripada masalah kelamin yang mungkin dialami wanita.

Walaupun tanda-tanda tersebut tidak semuanya berbahaya, namun jika kita mengabaikan penjagaan Miss V, boleh membawa kepada ketidakselesaan dan mungkin juga membawa kepada masalah yang berkaitan dengan vagina. Sally pun baru-baru ni ada masalah keputihan...Mmg rasa sangat tak selesa dan rasa macam tak bersih je badan.


Kebetulan Sally dapat tau pasal FemMist...terus la ambik keputusan untuk cuba...Yela...baik kita cegah daripada nak menderita kemudian hari kan? Sally pun cuba la FemMist....FemMist diformulasikan daripada Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender yang mana fungsinya bagi mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim, dan sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.

Lagipun botol dia sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana...Letak dalam beg pun takpe sebab memudahkan nak bawak pergi toilet bila-bila masa...


FemMist telah direka untuk melegakan simptom-simptom masalah berkaitan dengan Miss V seperti kegatalan, keradangan, keputihan, bau yang kurang menyenangkan yang membawa kepada rasa tidak selesa.

Antara manfaat lain termasuklah:

• Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
• Anti-bakteria dan anti-fungus
• Mengatasi masalah keputihan
• Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
• Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
• Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
• Kesan melecet
• Menganjalkan dan memutihkan
• Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
• Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan

 
Produk ni datang daripada syarikat yang berada di Malaysia dan Syarikat Furley Bioextracts Sdn. Bhd. telah mendapat: -

1. Pensijilan HALAL oleh JAKIM
2. Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3. Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP

So, jangan lupa cuba tau...Wanita kena dapatkan satu....Kalau nak beli? Klik store.furleybio.com/FemMist

Harga : RM48 (35ml).

Facebook : www.facebook.com/furleybio
Instagram : instagram.com/furleybio
Twitter : twitter.com/furleyb
Website : store.furleybio.com

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

REVIEW | Fabricated City; Lakonan Ji Chang Wook & Shim Eun-Kyung

9:20:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Review movie Fabricated City; Lakonan Ji Chang Wook & Shim Eun-Kyung | Semasa keluarnya movie ni Sally sebenarnya tak tau yang Ji Chang Wook datang ke Malaysia untuk promosikan movie terbaru ni...Sally actually dah download movie ni masa Sally ada kat Busan lagi sebab kat sana dah keluar lebih awal daripada kat Malaysia.


Plot | In real life, Kwon Yoo (Ji Chang-wook) is unemployed, but in the virtual world he is recognized as a top gamer with no rival. While playing as usual at a local Internet café, Kwon Yoo is stunned to learn that he has become the prime suspect of a shocking crime: the rape and murder of a high school girl. The police arrest him, and he learns that he has been framed by a large corporation for the crime. With the help of fellow gamer Demolition (Ahn Jae-hong) and hacker Yeo-Wool (Shim Eun-kyung), he sets out to uncover the truth and clear his name.

Action movie dan Ji Chang Wook mmg sangat serasi...Sally rasa takde orang lain yang yang mendalami action movie macam dia..hahahaha..tapi kalau watak lain mmg awkward sikit...Movie ni mmg agak lain daripada yang lain...dan lebih memfokuskan pasal dunia IT yang tanpa sempadan dan mampu membuatkan kita berada dalam bahaya tanpa kita sedari...

Movie ni mmg worth your money...walaupun Sally dah tgk masa kat Busan...Sally rasa korang mmg kena tgk movie ni...Jangan lupa tengok kat pawagam yang berdekatan dengan korang tau! :)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2017 | Nook, Aloft KL Sentral

12:55:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments



Buffet Ramadhan 2017 | Nook, Aloft KL Sentral
- Sally nak cadangkan lagi satu tempat yang pada Sally makanan dia agak simple tapi sangat menepati selera semua jenis lapisan Malaysia...Buffet ni akan bermula pada 29 Mei sehingga 25 Jun 2017 bermula jam 6.30pm - 10.30pm setiap hari..Aloft KL Sentral merupakan antara 100 buah hotel dibawah rangkaian ini yang kini sudah dibuka di 16 buah negara di dunia.


Pada tahun ini, Nook; Aloft KL Sentral telah menyediakan pelbagai jenis juadah yang sesuai untuk bulan Ramadhan...Ada hampir 150 jenis masakan yang akan disediakan oleh Chef Ahmaed Zaki bin Harun dan untuk lebih meyakinkan korang, Nook; Aloft KL Sentral telah mendapat sijil HALAL untuk restoran mereka.





Antara menu yang menjadi tarikan di buffet line Nook ialah Nasi Kambing Sumbat, Nasi Ayam, Nasi Lemak, dan Bubur Lambuk..tak payah nak beratur sakan kat masjid sebab nak bubur lambuk...kat sini pun ada...dan minuman tradisi Malaysia macam Air Bandung, Calamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Air Tebu, Air Soya, Jus Kurma dan lain-lain lagi.

Menu hebat yang lain, seperti Chef Zaki’s Slow Braised Beef Shin Rendang..apa yang special pasal rendang ni ialahnya ianya dimasak lebih daripada 7 jam dan diperasakan dengan pelbagai jenis rempah ratus tradisi untuk mendapatkan rasanya yang kaya! Jangan risau sebab menu ni disediakan setiap hari tanpa tinggal satu hari pun, InsyaAllah!


Buffet Ramadhan takkan complete kalau takde menu asli yang menjadi kegilaan...Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Gulai Ketam dan Kari Kepala Ikan! Kalau dapat mmg seronok la makan semua lauk-lauk ni kan...bukannya senang nak cari gulai itik, gulai ketam dalam menu masakan buffet Ramadhan yang lain...



Menu-menu special yang lain ada jugak sate, Lamb Shish Kebab with Pita, Murtabak, Roti Canai, Cucur Udang, Cucur Cempedak, Keropok Udang dan Keropok Ikan akan turut sama disajikan di buffet line mereka termasuk juga dengan pelbagai jenis pilihan pencuci mulut, Dodol, Kuih Bahulu, ABC dengan Pulut Durian, dan pelbagai jenis pilihan kuih muih melayu...tapi cuma ralat sikit la sebab takde pilihan bubur kat sini kan...kalau ada bubur jagung ke bubur pulut hitam ke kan mesti syok kan?

Tak cukup dengan tuuu..ada jugak pilihan pencuci mulut lain macam Crème Caramel, Salted Caramel Brownies Slices, Marble Cheesecake Slices, Sago Gula Melaka, Lycee Fruit Jelly, Chilled Lemon Lychee Longan dan Crunchy Bean, Hot Almond Cream with Roasted Almond Flakes




 
A-List Buffet mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis masakan Cina, India dan menu makanan Barat..antara menu-menu terpilih seperti Wok-fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet with Green Leek, Steamed Whole Sea Bass with Ginger Sauce, Lamb Pot Pie, Seafood Mousaka, Barbeque Wings, Laksa Sarawak dan lain-lain.

Voucher Buffet Ramadhan Nook sudah pun mula dijual bermula 15 April sehinnga 28 Mei 2017 (early bird). Voucher bermula dengan harga RM100nett/voucher dan RM90nett/voucher untuk pembelian 36 pax dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi (60) 3 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Makanan Laut Segar di Jagalchi Market, Busan.

8:39:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Busan dan laut memang tak dapat dipisahkan...bandar kedua terbesar di Korea Selatan ni merupakan syurga dunia untuk makanan laut...yang segar, kerana berdekatan dengan laut...Sebelum ni Sally pernah jugak cerita pasal pasar ni masa Sally datang ke Busan untuk kali pertama, boleh baca dalam entri Travelogue Korea : Jagalchi Market (자갈치시장), Busan.


Sebenarnya, selain daripada menjual makanan laut yang segar, pasar ni juga merupakan antara tarikan pelancong sebabnya ramai yang prefer untuk makan terus kat sini...walaupun makanan dalam pasar, tapi masakan dorang memang superb!

Disebabkan Sally tak dapat nak recall kedai yang pernah Sally kunjungi masa tahun 2014, jadinya Sally ambil keputusan untuk cuba makan kat kedai lain...sedap ke tak sedap ke, tawakal jela!


Macam biasa...kalau makan seafood mmg Sally akan order Spicy Seafood Stew (Haemultang) sebab yang ni je yang paling yakin dan paling senang nak order...sebab selalunya tokey kedai jarang la boleh berbahasa Inggeris, dan Sally dah mmg sah-sah la tak reti nak bercakap dialek hangul kan...takat basic tu boleh laa tapi yang lain hampeh...

Pilihan seafood selalunya ditentukan oleh kedai kalau untuk haemultang...berdasarkan kepada apa yang ada di kedai mereka laa...macam yang korang nampak, kali ni rezeki Sally lebih kepada udang, kupang, ketam dan timun laut. Biasanya based kuah dia akan menggunakan gochujang atau red pepper flakes.


Antara banchan (side dish) yang disediakan.


Nakji Bokkeum ni pilihan kedua kalau korang tak nak makan haemultang...Nakji Bokkeum atau Stir fried octopus ni based dia macam tteokbokki cumanya ada banyak sayuran la...kalau tak suka octopus, boleh jugak pilih sotong yang biasa, Spicy Squid Stir Fry (Ojingeo Bokkeum 오징어볶음)..

Total makanan bertiga KRW 63,000 (RM 252)...mmg dah jangka mahal sebab makan seafood kan...lagi-lagi kita ni orang luar kan..hahahahaha...Sekali sekala boleh la makan seafood, kalau hari-hari duduk sini makan seafood...deritanya jiwa dan raga!

Untuk ke Jagalchi Market:
1. Take (Busan Subway, Line 1) and get off at Jagalchi Station, Exit 10.
2. Turn right onto Jagalchi 3 (sam)-gil Street.
3. Walk for 5min, then turn left to arrived at Jagalchi Market.

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kronologi Sally nak sampai ke Busan dari Seoul.

8:51:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Hai korang!

Alhamdulillah...Sally dah selamat tiba ke Busan...dah penat bekerja kat Seoul, ni nak membawa diri ke Busan la kejap..Hehehe...jangan risau...Sally tak lama pun kat sini nanti nak balik dah Malaysia dah...

Tapi saje nak share dengan korang...kronologi Sally nak sampai ke Busan ni macam-macam masalah yang timbul...nasib baik la semuanya dah selesai...

KRONOLOGI 1
Tiket ni awal-awal dah bermasalah...nak beli online tapi tak boleh nak buat online banking...Sally tak dapat nak terima TAC number nak buat transaction jadinya kena la ke Seoul Station untuk beli tiket.

KRONOLOGI 2
Keesokkan harinya, train pukul 11.05am...tapi entah laa...sepanjang pagi tu macam-macam jadi...dah la Dayah dengan Kak Paridah mmg dah shopping tak ingat dunia...sampai masing-masing nak menarik beg pun dah mengah...hahahaha...


Naik teksi dengan harapan dapat sampai awal tapi Ya Allah, pak cik tu bawak 120km/j okay...gila punya slow...Sally rasa kalau naik tren pun sampai dulu daripada naik teksi...So, sampai kat station pukul 11.16am...

KRONOLOGI 3
Dah mmg burn la tiket kan...tapi cuba jugak la pergi kaunter...so, instead of beli yang baru...boleh tukar time tapi kena bayar penalti sikit laa...jadinya jimat jugak laa...So, sepatutnya naik pukul 11.05am bertukar la jadi pukul 2.25pm..Mereput la kat station beberapa jam.

KRONOLOGI 4
Sampai ke Busan Station, tak tau macam mana nak g hostel...hahahaha...dah malam ni macam blur sikit...suddenly hostel email, bagitau kalau tak sampai sebelum pukul 9pm kiranya "no show"...By time jam kat tangan ada lagi sejam je nak pukul 9pm...Menggelabah la nak msg, email, DM, PM dorang bagitau kami dah OTW..Nasib baik jugak la settle semua masalah...

KRONOLOGI 5
Selamat sampai ke hostel selepas pening mencari lokasi...Nasib baik ada one couple yang tolong kami sampai laaa nak ke hostel tuu...dah la jalan gelap...risau jugak nak berjalan sebenarnya...Sampai terus check in dan pergi GS25 (convenience store), untuk makan ramen.


Tapi alhamdulillah...semuanya dah selamat dan Sally pun dah selamat tiba pun kat Busan...lepas ni nak jalan-jalan kat sekitar bandar Busan dan tgk apa yang menarik yang ada kat sini selain daripada pantai...Doakan Sally baik-baik aje kat sini yer :)

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Green Tea STEA : 100% Organik dan Selamat.

11:11:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Di kejauhan kat Korea ni...nak mencari Teh Tarik mmg tak jumpa la kan...So, sebagai solusinya...kata nak cantik gebu gebas kurus bagai kan...Sally amalkan minum teh hijau tau greentea je...So, balik KL nanti kurus! Kahkahkah

Ok, takde laa...sebenarnya Sally nak kongsikan dengan korang pasal Green Tea STEA yang mana 100% organik dan selamat...Green Tea ni diimport terus daripada Jepun, mmg tanpa pengawet atau pewarna tiruan..dan ada tambahan matcha extract dalam setiap sachet!

Apa yang buatkan Sally suka dengan STEA ialah bau yang kosong...Selalunya kalau kita minum teh hijau, kadang-kadang tu macam ada bau herba yang kuat dan boleh buat kita loya sebab teh hijau kan mmg takde rasa...tapi dengan STEA mmg rasa lain...macam minum air kosong pun ye jugak...


Setiap kotak STEA ada 28 uncang teh hijau...kiranya cukup la untuk sebulan penggunaan...Selalunya Sally akan gunakan satu uncang untuk sehari...depends kat korang jugak la macam mana nak guna...ada orang suka pekat-pekat...Pada Sally, teh hijau ni bukan penting pada pekat atau tidak tapi kepada kekerapan kita amalkan dia...so, kalau satu sachet tu guna dalam 2-3 kali pun dah okay sangat dah.

TAK NAK MINUM SEBAB TAKUT CIRIT BIRIT?

Kenapa nak takut...kalau amalkan STEA ni...takde istilah sakit perut, cirit birit ke apa...sebabnya ianya organik..Kalau ibu-ibu yang menyusu pun jangan takut...sebab takkan ada effect seperti muntah-muntah ke cirit birit pada bayi...selamat :)


Untuk bagi lebih korang yakin...STEA mmg telah mendapat STATUS HALAL daripada JAKIM Malaysia tau...Teh hijau ni sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga..Selalunya orang amalkan teh hijau ni sebagai detox...Kalau korang nak tau ada satu kajian yang menyatakan, di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita sebanyak 60%.


So, jangan fikir banyak-banyak...korang peminat greentea/teh hijau...kena cuba STEA sebab teh ni mmg 100% organik...HALAL, MURAH dan SELAMAT. Harganya pun berpatutan, RM60 je :)

Untuk pembelian, korang boleh berhubung terus dengan agen-agen seperti yang dibawah:

JOHOR
Eja Shafeie
013-7229688
Kulai dan JB Tengah

Liza Iza
017-7378745
Senai dan Tiram

Noorasrah bt Abdul rahim
017-7365334
Pasir Gudang dan Masai

Nurulfarhana
016-4446737
Ayer Hitam dan Parit Raja

Zuliza
017-338 1418
Batu Pahat dan Kluang

SELANGOR & PUTRAJAYA

Afiqah Zaidi
019-6667293
Klang Valley dan KL

Syira Zakaria
012-3655394
Bangi dan Kajang

Aya
019-3164845
Uitm Puncak Alam dan Saujana Utama

Zai Keflee
019-3020222
Shah Alam dan Alam Megah

Zairul Zailan
016-6370891
Puchong dan Putrajaya

Najdah
012-9563538
Subang Bestari dan Denai Alam

Syakirah
019-3366619
Puchong dan Petaling Jaya

NEGERI SEMBILAN
Noradlin
016-3202444
Seremban dan Kuala Pilah

KEDAH
Junaida saidin
013-364 8583
Sungai Petani

BRUNEI
Nuraini Salina
+6738902350

Maklumat lanjut :
Facebook: Slimtea Malaysia HQ | Instagram: @stea_malaysia_hq

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2017 | Imperial Chakri Palace, Suria KLCC

9:16:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Buffet Ramadhan 2017 - Imperial Chakri Palace, Suria KLCC | Kalau masih tercari-cari kat mana nak berbuka puasa...korang boleh la ke Buffet Ramadhan di Imperial Chakri Palace, Suria KLCC yang akan mula menyediakan buffet bermula 30th May 2017. “Tantalizing Tastes of Thailand” akan menjadi tema untuk berbuka puasa di Imperial Chakri Palace.


Ada hampir 50 pilihan makanan yang pastinya semuanya mmg berkonsepkan MAKANAN ASLI DARIPADA THAILAND termasuklah makanan yang selalu menjadi tarikan dalam makanan Thailand; KERABU! Ada macam-macam pilihan kerabu contohnya macam kerabu mangga, kerabu betik dan yang paling special korang boleh makan the famous thai appetizer, “Mieng Kam”...dan ada jugak Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles sebagai pembuka selera.





Kalau dah pembuka selera pun dah sedap macam ni...Sally mmg takkan pilih benda lain dah laa...hahahaha...mmg habis masa kat depan kerabu je pun dah boleh buat bahagia...tapi korang jangan la tiru Sally, sebab ada banyak menu utama yang sedap...

Kalau korang peminat makanan Thai, ada beberapa menu yang Sally nak suggest korang untuk cuba kalau korang pilih untuk berbuka di Imperial Chakri Palace...contohnya macam lamb in Thai Green Curry, udang masak dengan butter dan telur masin, sotong goreng kilas dengan telur masin, Tom Yam Seafood, daging masak black pepper sauce, Ayam Goreng Pandan dan ikan masak sweet & spicy.





Selain daripada tuu...kalau tekak korang Malaysia sangat...tahun ni ada pelbagai menu Malaysian favourites, termasuklah Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani.

Dekat live action stalls, ada juga disediakan sate ayam dan sate daging, Ikan Bakar dan Tom Yam Noodles (dengan pilihan pelbagai jenis mee) yang membuatkan kita rasa macam ada kat Thailand seketika.




Makanan Thailand dan pencuci mulut mmg tak dapat dipisahkan...Kalau korang teringin nak makan Pulut Mangga ke Red Ruby Water chestnut ke...kat sini ada...pastikan korang terjah kat bahagian desserts dulu takut nanti melopong pulak..hihihi




Selain tu ada jugak pilihan kuih muih Malaysia, pelbagai pilihan bubur macam pengat pisang, bubur jagung dan lain-lain lagi...menu-menu kat sini akan berubah mengikut rotation hari dia...ada 3 pilihan menu yang akan berubah sepanjang bulan Ramadhan.

Buffet Ramadhan di The Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion “Tantalizing Tastes of Thailand” akan bermula pada 30th May 2017 dan dibukan bermula 7.00 pm setiap hari.

Harga buffet:
Dewasa : RM95.90++(KLCC) & RM85.90++ (Pavilion)
Kanak-kanak (6-10 tahun) : RM49.90++ (KLCC) & RM42.90 (Pavilion)
Warga Emas (> 60 tahun) & kanak-kanak bawah 6 tahun boleh masuk secara PERCUMA!

Early Bird Offer (minimum order 4 persons)
Purchase before 30th May2017 at RM75.90++ Per Adult (KLCC)
Purchase before 30th May 2017 at RM65.90++ Per Adult (Pavilion)
Early birds offer is applicable for period from 10th April 2017 – 30th May 2017 only.
Group Bookings BUY 5 FREE 1


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi 03-23827788 (KLCC)/03-21431141 (Pavilion) atau 016-2277182 atau emailkan pertanyaan kepada marketing@chakri.com.my

Maklumat lanjut boleh tengok di berbuka.chakri.com.my

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Betul la orang cakap masa itu emas!

6:31:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Last update blog masa 31 March 2017..

Ini dah nak masuk setengah bulan April...fuhhh~ Baru berangan nak jadi #BloggerKorea terhebat dizaman silam..eh...macam iklan Adab...okay takde kaitan kan dengan mukadimah....Sally actually agak terkilan la sikit harini...

Korang pernah tak mengidam nak makan something, kebetulan benda tu tinggal satu je dan orang lain ambik?

Sally baru je alaminya pagi tadi..

Sally harini ada kat Incheon International Airport sebab nak hantar Eyza Miel balik...baru je Sally jejak nak ke airport CNBLUE dah sampai kat arrival..Time interval tak sampai 10minit je..hmmm...mmg agak terkilan jugak laa sebab Sally estimate dorang akan sampai dalam pukul 8 am...tapi awal pulak...CNBLUE baru balik daripada Thailand sebab ada persembahan kat sana..

Kalau laa CNBLUE tuu mcm telur ikan tembakul (entah betul idok eja), mmg Sally dah lari g masuk Batu Belah Batu Bertangkup sbb tak dapat jumpa...

So, kesimpulannya...jangan jump into conclusion dan datang laa awal ke airport! Hahaha :D

The Garden of Morning Calm; Korea : 2017

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!