Buffet Ramadhan 2017 | Nook, Aloft KL Sentral - Sally nak cadangkan lagi satu tempat yang pada Sally makanan dia agak simple tapi sangat menepati selera semua jenis lapisan Malaysia...Buffet ni akan bermula pada 29 Mei sehingga 25 Jun 2017 bermula jam 6.30pm - 10.30pm setiap hari..Aloft KL Sentral merupakan antara 100 buah hotel dibawah rangkaian ini yang kini sudah dibuka di 16 buah negara di dunia.
Pada tahun ini, Nook; Aloft KL Sentral telah menyediakan pelbagai jenis juadah yang sesuai untuk bulan Ramadhan...Ada hampir 150 jenis masakan yang akan disediakan oleh Chef Ahmaed Zaki bin Harun dan untuk lebih meyakinkan korang, Nook; Aloft KL Sentral telah mendapat sijil HALAL untuk restoran mereka.
Antara menu yang menjadi tarikan di buffet line Nook ialah Nasi Kambing Sumbat, Nasi Ayam, Nasi Lemak, dan Bubur Lambuk..tak payah nak beratur sakan kat masjid sebab nak bubur lambuk...kat sini pun ada...dan minuman tradisi Malaysia macam Air Bandung, Calamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Air Tebu, Air Soya, Jus Kurma dan lain-lain lagi.
Menu hebat yang lain, seperti Chef Zaki’s Slow Braised Beef Shin Rendang..apa yang special pasal rendang ni ialahnya ianya dimasak lebih daripada 7 jam dan diperasakan dengan pelbagai jenis rempah ratus tradisi untuk mendapatkan rasanya yang kaya! Jangan risau sebab menu ni disediakan setiap hari tanpa tinggal satu hari pun, InsyaAllah!
Buffet Ramadhan takkan complete kalau takde menu asli yang menjadi kegilaan...Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Gulai Ketam dan Kari Kepala Ikan! Kalau dapat mmg seronok la makan semua lauk-lauk ni kan...bukannya senang nak cari gulai itik, gulai ketam dalam menu masakan buffet Ramadhan yang lain...
Menu-menu special yang lain ada jugak sate, Lamb Shish Kebab with Pita, Murtabak, Roti Canai, Cucur Udang, Cucur Cempedak, Keropok Udang dan Keropok Ikan akan turut sama disajikan di buffet line mereka termasuk juga dengan pelbagai jenis pilihan pencuci mulut, Dodol, Kuih Bahulu, ABC dengan Pulut Durian, dan pelbagai jenis pilihan kuih muih melayu...tapi cuma ralat sikit la sebab takde pilihan bubur kat sini kan...kalau ada bubur jagung ke bubur pulut hitam ke kan mesti syok kan?
Tak cukup dengan tuuu..ada jugak pilihan pencuci mulut lain macam Crème Caramel, Salted Caramel Brownies Slices, Marble Cheesecake Slices, Sago Gula Melaka, Lycee Fruit Jelly, Chilled Lemon Lychee Longan dan Crunchy Bean, Hot Almond Cream with Roasted Almond Flakes
A-List Buffet mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis masakan Cina, India dan menu makanan Barat..antara menu-menu terpilih seperti Wok-fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet with Green Leek, Steamed Whole Sea Bass with Ginger Sauce, Lamb Pot Pie, Seafood Mousaka, Barbeque Wings, Laksa Sarawak dan lain-lain.
Voucher Buffet Ramadhan Nook sudah pun mula dijual bermula 15 April sehinnga 28 Mei 2017 (early bird). Voucher bermula dengan harga RM100nett/voucher dan RM90nett/voucher untuk pembelian 36 pax dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi (60) 3 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com
5 Comments
Menarik juga hidangan-hidangan yang disedikan. Telan air liur ja tengok gambar tu! hehe.
ReplyDeleteGambar first tu, ya Allah mengancamnya! Okey, kena turun gi kafe sekarang cari makanan. Haha
ReplyDeleteNasi kambing sumbat.,.pertama kali dgr ni..:)
ReplyDeleteNasib baik tak tgk time bulan puasa. kalau tengok time puasa. terus call booking. haha.
ReplyDeleteomg yg ni menarekk lah babe!! oxtail soup tu OMG!!!!
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!