Resepi | Sugar Cookies Doraemon

9:30:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Kalau korang ada baca entri pasal Nur Batrisyia MSN 1st Birthday, mesti korang perasan ada Sugar Cookies berbentuk Doraemon kan...Sugar Cookies ni, mould dia kakak Sally yang beli...tapi sebabkan kekangan masa, jadinya Sally hanya mampu kongsikan rasa dia tanpa sugar topping tuu...

Resepi untuk cookies ni Sally ambil daripada blog kak Azlita MasamManis...suka tengok hasil tangan dia sebab nampak cantik, nampak kemas je...Teringin nak buat dekorasi macam dia tapi tangan ni mmg buta seni sikit...nak buat, nak masak tu takde masalah..tapi kalau nak suruh deko mmg kelaut la cerita dia...


Bahan-bahan cookies:
225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.

Cara-caranya:
1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
2. Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
3. Tambahkan telur dan esen vanilla dan terus pukul hingga sebati
4. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit.
5. Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.6. Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.


Kalau korang nak thrill lagi, korang boleh la search resepi royal icing...Sally tak nak share sebab stress tak sempat buat plus lupa nak beli royal icing! Hahahaha...so, selamat membuat cookies! :)

You Might Also Like

10 comments:

  1. comelnya rupa.. sayang nak makan.. :D

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.terliur aya.sejak pregnant sampai bersalin suka sgt nk makan biskut,kek dan coklat.huu

    ReplyDelete
  3. MD bab membaking buat2 kuih ni surrender.. Hahah! Kalau bab masak lauk2 semua tu kompiden lagi.. Tp nanti nak jgk belajar2 baking.. Boleh buat cookies utk anak2.. ^_^

    ReplyDelete
  4. macam best je. nanti nak try buat. hehe terima kasih resepi :)

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaaa cookies! Siqah kalau bab biskut memang gagal. Hehe. Siqah pun suka tengok blog Azlita. Gambar semua lawa2.

    ReplyDelete
  6. Omei sangat tau cookies bentuk doraemon. Heheh

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!