Kenapa Sally nak masuk dalam Bloglist Ramadan 1437H Hasrul Hassan?

1:06:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Diam tak diam, Ramadan dah makin hampir...Blogger Hasrul Hassan telah membuka peluang kepada 50 buah blog bagi mengisi Bloglist Ramadan 1437H Hasrul Hassan..Untuk mendapatkan tempias daripada trafik yang diperolehi oleh Sifu Hasrul kita, jadinya Sally pun nak mencuba nasib untuk mengadakan entri kenapa Sally nak masuk dalam Bloglist Ramadan 1437H Hasrul Hassan..?


Sally secara jujurnya memang jarang masuk ke blog Hasrul Hassan, kecuali bila Sally sebenarnya minat pada satu-satu topik ataupun bila Sally memerlukan tips dan panduan dalam berblog...Sorry Hasrul Hassan!

Sally ni jarang membaca blog, kadang-kadang je bila ada kelapangan baru baca...dan kalau ke blog Hasrul Hassan, Sally akan terus ke pautan "BUAT DUIT ONLINE"...Yela, pada zaman kemerosotan ekonomi, mmg kena pandai mencari pendapatan pasif dan bukan hanya menanti gaji setiap bulan...jadinya sebagai inisiatif, Sally akan godek label "Buat Duit Online" ni bila Sally kesini...

Sally rasa entri yang paling popular dalam label ni ialah 10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba 
sebabnya zaman sekarang, buat kerja sambilan menggunakan komputer atau kebergantungan kepada internet itu lebih mudah dan praktikal...Sambil-sambil mengasah penggunaan Bahasa Inggeris (kebanyakkan kerja online memerlukan kemahiran bahasa yang luas)

Sally pun banyak jugak menjawab "Market Survey" seperti yang dicadangkan oleh Hasrul Hassan dan pernah jugak menjadi "Personal Shopper" untuk beberapa produk makanan, tapi secara kecil-kecilan jela..hihihi...

Hopefully akan ada lebih banyak perkongsian tentang pendapatan pasif dan semoga terus sukses Hasrul Hassan!

Salam Ramadan Kareem.

You Might Also Like

6 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!