Blackwood Coffee & Chocolate, Sungai Petani, Kedah.

10:23:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Fuhhh...bukan main jauh lagi kan Sally cafe hopping...sampai ke Kedah haa mencari kopi yang sedap...Sally sebenarnya bukan saje-saje datang ke Kedah tapi sebab ada Travel Hunt Darul Aman, yang mana salah satu program yang dijalankan bagi mempromosikan negeri Kedah...Sally akan kongsikan dengan lebih lanjut nanti...



Dengar kata di Kedah, Blackwood Coffee & Chocolate merupakan sebuah kafe yang agak popular di Kedah...yela...kalau kat KL ni mmg banyak kedai kopi hipster yang tumbuh mcm cendawan selepas hujan...tapi kat Kedah agak berbeza...mungkin juga sebab rakyatnya tidak terlalu inginkan kopi hipster macam kita-kita ni...



Bagi Sally dekorasi dalaman kedai ni tidaklah hebat sangat namun masih lagi sesuai untuk bersantai dan lepak...tapi mungkin lain orang lain citarasanya...Sally sukakan kedai yang lebih berkonsepkan rumah..hahahaha...eh, banyak cantik muka kau nak kafe ikut citarasa sendiri....hahahaha....


Blogger yang selalu dengan Sally akan tahu satu perangai Sally...kat mana-mana kafe yang ada Creme Brulee mmg Sally akan cuba..buat masa ni Sally tetap rasa Creme Brulee di Peter & Mawar yang paling sedap..hahahaha...maafkan saya...Kisah Creme Brulee di Peter & Mawar korang boleh baca di sekitar majlis Meet & Greet Session with Azrel Ismail

Bagi Sally, Creme Brulee di Blackwood agak sedikit keras dan tidak terlalu creamy, dan gulanya jugak tidak la hangus sangat...tak cukup panas pada Sally laa...hihihi...

Creme Brulee (RM8.50)


Disini basically berkait kopi dan juga coklat...Sally cuba 3 jenis air kat sini atas cadangan kawan Sally, oh! lupa nak cakap yang Sally ada kawan BOICE kat Kedah...Susah nak jumpa tapi alhamdulillah laa sempat jugak borak-borak sekejap...Ni patut kena bagitau CNBLUE ni fans dia berjalan satu Malaysia nak berjumpa..hahahaha...

Freezy Caramel Mocchiato (RM15.00)
Hazelnut Chocolate (RM12.00)
Freezy Hazelnut Mocha (RM15.00)

Bagi Sally, harga minuman disini agak "over-priced"...Terlalu mahal bagi secawan kopi ice blended, tolong jangan samakan dengan Starbucks...Ini bagi Sally kalau mengikut kafe-kafe di KL, mungkin lebih murah lagi daripada di Kedah...hmmm...bukan la nak perlekehkan Kedah, tapi walaupun kafe hipster di Kedah agak minoriti tapi jangan la sampai mahal sangat...kan?


Di sebabkan agak kenyang, jadinya Sally memilih untuk merasa pizza yang ada...Sally pilih Roasted Chicken Pizza...Sally mmg suka dengan pizza dia...walaupun crust dia agak nipis tapi tetap sedap...rasanya mungkin dia nak tiru "New York crust"...

Cheese dia, bawang, capsicum semuanya segar...dan Sally paling suka dengan pilihan cendawan yang diletakkan diatas pizza...tak payah makan cendawan butang dalam tin tu...semuanya cendawan yang segar!

Roasted Chicken Pizza (RM20.00)



Ni mmg BOICE gathering...Daripada kiri tu Kak Masha, Kak Norida...Thanks jugak kat Kak Norida sebab sanggup ambik dan hantar Sally ke resort lepas sesi melepak...huhuhu...Kalau korang ada di Kedah, boleh la cuba makan kat sini tau...

FACEBOOK

You Might Also Like

11 comments:

  1. Agak mhal jgk hrga coffee yg sally try tu😊

    ReplyDelete
  2. cantik tempat nie, kena pergi nie....

    ReplyDelete
  3. wow!harga boleh tahan juga mahal..

    ReplyDelete
  4. Pizza tu nampak best..nampak fresh..

    ReplyDelete
  5. Belanjaa pizza satu ! Eh hahaha !

    ReplyDelete
  6. pizza tu nmpk sedap! tapi tulah, agak overpriced sikit..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya PIZZA tuuuuu..Terliur amatttt..Hermmm old-skool sangat cafe die..Class class..! (^_*)

    ReplyDelete
  8. Terbeliak mata tengok harga minuman tu.

    ReplyDelete
  9. ye la..air macam mahal je harganya..tak de saingan kot tu yang dia berani letak harga macam tu..

    ReplyDelete
  10. Kopi kopi ni mak kurang suka sebabnya kalau pekat sangat boleh jadi pening kepala. Tapi suami mak suka sangat SS. Bilalah nak pergi Kedah agaknya. Norida tu mcm kenallah muka dia.... DIa pernah duduk KL tak?

    ReplyDelete
  11. fuh fuhhh ... ayaq liuq menjejes!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!