Pengaruh Korea kepada rakan sebaya, makan Patbingsu kat Caffe Bene.

8:30:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Nampak tak tajuk Sally makin lama makin melampau...hahahaha...Sally sebenarnya tak tahu kenapa Sally ni macam agak obses sikit dengan Korea...Padahal bukannya ada apa sangat...hahahaha...Sejak Syifa' Azhar sambung belajar kat UniKL..dia memang selalu jadi mangsa kalau Sally teringin nak makan apa-apa...kalau teringin je dia mesti akan jadi manusia yang pertama tak senang duduk..hahaha...Sally pernah teringin nak makan something sampai menangis-nangis sebab sampai ke sudah tak dapat...Nampak tak kalau Sally dah teringin tu memang kena terus carikan..?

Sepanjang minggu lepas Sally asyik bebel dekat dia yang Sally nak makan bingsu...tapi masalah bila Sally takde masa dan takde orang yang nak teman kesana..Haihhh...Sally mmg sedih gila bila takde orang nak teman, selain daripada harga patbingsu yang tidak menggembirakan masa orang belum gaji...

Jadinya Ahad lepas, selepas Sally lapor diri untuk cover event Nivea (akan Sally update nanti)...Dah selesai tu Sally terus ajak Syifa' Azhar dengan Dayah & Ibu untuk makan bingsu kat Caffe Bene!

Walaupun belum gaji...kita tutup mata dan bayar je!



Sally malas nak cerita pasal asal usul Caffe Bene ni, jadinya korang rajinkanlah diri baca entri Patbingsu Moment @ Caffe Bene, Sunway Pyramid ni ataupun pergi Google! Hahahaha...Sally nak cerita pasal Bingsu je sekarang ni...


Disebabkan Sally dengan Dayah belum gaji, ibu pulak follow Sally je dan Syifa' masih belum dapat elaun...Jadinya kita ambil 2 je yang single okay...Kali ni Sally pilih Strawberry Bingsu dan Green Tea Bingsu.

Di Caffe Bene ni ada macam-maca jenis Bingsu, kalau Sally...Sally mmg suka Green Tea Bingsu dengan Coffee Bingsu...Chocolate Bingsu selalunya akan menjadi promotional item dan akan dijual dalam saiz double...So, cuba la kalau korang jenis sukakan coklat...


 Memang puas hati hari tu sebab dapat Bingsu yang menjadi idaman kolbuuuu..Hahahaha...If you're wondering why did I bring my mum to the event, itu sebab Sally tak nak tinggalkan dia pada hari cuti...dah la Sally kerja dari Isnin sampai Sabtu, Ahad pulak ada event...lagi laa...kesian dia kan....


Sebenarnya ada banyak sangat kedai yang dah mula menjual bingsu kat Malaysia ni...Macam Dal.Komm Cafe, Hanbing Korean Dessert Cafe dan macam-macam kafe yang datang daripada Korea majoritinya akan ada bingsu dalam menu mereka, tapi bagi Sally...Caffe Bene masih lagi antara yang paling murah..hihihi...Dalam ekonomi Malaysia sekarang ni...kita kena berjimat cermat okay?

Siapa pernah makan bingsu..? Angkat tangan sikit!

You Might Also Like

10 comments:

  1. Okay, tak pernah makan. Tapi nampak sedap amat. Stroberi tu memikat hati. ♥

    ReplyDelete
  2. kriuk kriuk bunyi perut tgk entry sally,,haha

    ReplyDelete
  3. Terliur hoii. Dekat Bangsar ada satu kedai dessert korea ni kaaan. Ingat nak pergi nanti :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan. dengaq pun tak pernah. nampak tak, nampak tak Jie belum terpengaruh dgn korea. hihii. tp tgk gambaq pun sesedapp je nampak. :D

    ReplyDelete
  5. alamak sedap nampaknyaaaa aduadu meleleh air liur kite

    ReplyDelete
  6. aaaaa nampak sedap sangat! bingsu ni aiskrim kannn? selalu nampak dalam running man :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  7. first time dengar korean dessert ni,itupun dlm blog ni..tapi tahu, mesti..sejenis dessert yg tak pernah tak sedap :k

    ReplyDelete
  8. haru tu p Midvalley nak try makan makanan korea..tapi..bila jumpa apek terus lupa daratan..

    ReplyDelete
  9. Hari tu teringin gila-gila nak try bingsu dekat Caffe Banne New York tapi diaorang jual yang untuk dua orang punya. Besar gila, mahal lagi. Terus tak beli sebab rasa macam membazir. Last-last beli taro bubble tea je. Taro bubble tea dia serious sedap gila!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!