Patbingsu Moment @ Caffe Bene, Sunway Pyramid.

12:59:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments

Kisahnya ahad lepas, tapi cerita hari ni..kira halal jela...Kelas Sally habis agak awal sebenarnya sebab kelas terakhir cancel...So, Ain datang dengan Siddiq ambik Sally kat INTEC dan terus shoot ke Sunway Pyramid..Bak kata Ain sebab Sally dah lama teringin...LOL...padahal dia pun sama...

Patbingsu ni kalau dalam erti kata mudah macam ABC kita tapi versi Korea la...Cuma pada awalnya Patbingsu ni variasi dia ada potongan buah-buahan, sirap buah-buahan, pes kacang merah dengan susu cair...Senang kata patbingsu ni mmg makanan popular dekat Korea la...


Kalau korang dah biasa berkunjung ke blog Ainim Rashihah, korang mesti ada perasan yang dia dah beberapa kali kesana...boleh baca entry SINI, SINI dan SINI...Sally pun pada awalnya terpengaruh dengan dia dan jugak kawan Sally...macam biasa la...kena ajak Ain kalau nak makan benda pelik-pelik...kekeke

Caffe Bene ni originalnya datang daripada Korea, so cuma ada beberapa cawangan dekat Malaysia ni...kalau tak silap ada jugak dua cawangan baru bukak...dekat KL ni yang Sally tau di Solaris, Dutamas & Sunway Pyramid laa...

Benda bulat yang atas tu macam buzzer la...bila dah siap order kita, benda tu akan bergetar untuk bagi kita tau...so, senang la...tak payah nak berkampung tunggu dekat kaunter tu....
 

Garlic & Cheese Honey Bread ( RM17 )

Garlic and cheese honey bread ni mmg sedap...memang besar...Sally boleh kongsi bertiga kot...walaupun harga dia agak mahal sedikit tapi okay la...janji dah pernah cuba sekali kan...yang penting...cheese dia tak muak! :)
 
Chocolate Devil Bingsu ( RM28.80 )

Tadaaaa! Inilah patbingsu yang Sally cerita dari tadi...ni Chocolate Devil Bingsu, terdapat dalam saiz double je...ohh...sebelum terlupa! Patbingsu kat sini boleh order dalam 2 saiz (double/single)...Single pun boleh kongsi berdua...Sally rasa baiklah korang kongsi...yang ni beli double pun penat nak habis walau kongsi bertiga...kalau saiz single dalam RM12.40, double dalam RM24.80 camtu la...

Chocolate Devil Bingsu ni promo item, pasal tu dia agak mahal sikit...dalam dia ada kek coklat, koko krunch, red bean paste, chocolate chips...kira mmg semua coklat la...sedap dan tak muak langsung!

Antara variasi bingsu lain yang ada... Coffee Bingsu, Strawberry Bingsu, Green Tea Bingsu, Cookies & Cream Bingsu...semuanya nampak sedap!

Untuk keterangan lanjut : http://caffebene.com.my
 

Errr...ni saje je posing..kekeke...muka penat baru balik kelas...err...tapi kaki tak penat...

p/s : Busy like hell. Hmmm.

You Might Also Like

13 comments:

  1. takutnya tengok choc devil..harga ya ampun...

    ReplyDelete
  2. sally. tanduk tu tak boleh blah. memang mengamit untuk datang

    ReplyDelete
  3. yang coklat bingsu tu aduhai kemain sedap lagi tengoknya hihihi

    ReplyDelete
  4. Perlu ke gambar tu melting macam tu ? Perlu ke perlu ke ? Ahahaha.

    ReplyDelete
  5. macam sedap je..boley try ni..jemput singgah blog nadia.

    ReplyDelete
  6. wah mmg fanatik korea..smpi bab makan pun korean..psst sally FB akak kena Friend baru leh komen..sorry...tq sudi bantu

    ReplyDelete
  7. haritu baru je pergi makan kat sunway pyramid. looks yummeh btw! heheh

    ReplyDelete
  8. Coklat devil bingsu tu macam ABC jerk.mmg ABC ke

    ReplyDelete
  9. cheese yang melelh tu memang menggiurkan....nyum nyum

    ReplyDelete
  10. sedapnya..Tak pernah rasa lagi Coklate devil bingsu tu..harga pun boleh tahan ye..ehhe

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, dahlah memang teringin nak cuba patbingsu. Bila baca ni, lagilah teringin.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!